SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, April 1, 2010

Kalau akak nak berkira... Saya punnnn boleh berkira jugakkkk....

Aku nak terberry sebenarnya ni. Tapi kan... Tempat kitorang buat keja ni tengah renovate. Tak settle lagi keja-keja renovate tu. 


Aku tengok toilet dia pun tak selera. Kembang tekak akak ni. Euwwww....


Macam semalam la. Jenuh aku tahan kencing. Buleh kena batu karang kalau tahan lagi lama. Time balik tu memang serbu stesen minyak. Aku pilih toilet kat Petronas. Cun sikit. Boleh la membuang dengan tenang. Dekat Esso lampu toilet pun tak ada. Haruskah aku teraba-raba untuk membuang. Tercicir merata pulak karang. Hish.... 


Bilik ni sejuk la pulak. Wuwuwu... Aku ni dah la tak tahan sejuk.


Esok nak balik kampung. Laki aku kena keja shift pulak lepas ni. Dengan pengasuh Amir sekarang dah pandai demand.


Nak tau apa yang dia demand? Meh sini aku nak story.


Kitorang kan hantar Amir kat pengasuh. Disebabkan aku ni dok kat tengah semenanjung n laki aku kat kutub utara so bila dia pi kursus keadaan menjadi rumit sikit la. 


Kitorang pernah tanya pengasuh ni tak apa ke kalau tolong jaga malam since mak mertua aku tak larat nak jaga Amir yang lasak dia dah jenuh orang nak kejar tu. Kira pengasuh ni jaga sehari semalam la kan.


Dia kata ok. Tak apa. Dan perkataan yang sewaktu dengannya. So, tak apa la kalau macam tu.


Kan baru-baru ni laki aku pi kursus kat Langkawi. So, sepanjang laki aku kursus Amir memang dok rumah pengasuh. Hujung minggu aku balik aku amik la Amir.


Semalam laki aku call bagitau aku story yang buat aku hot 1 badan. Dah la penat baru balik dari Hulu Selangor. Tiba-tiba pulak dengar cerita gitu.


Laki aku bayar duit pengasuh tu. Kitorang bayar pengasuh tu RM250 sebulan tak kira kitorang hantar Amir cukup hari bekerja or tak. Selalunya memang tak cukup sebab kalau aku cuti aku tak hantar Amir. Kalau aku accumulate dah ada lebih sebulan la hari kitorang tak hantar Amir ke pengasuh.


So, time bayar tak ada pulak dia cakap apa-apa dengan laki aku. Lepas tu dia boleh sound kat adik ipar aku, kitorang tak bayar lebih ke sebab dia dah tolong jaga Amir malam-malam.


Waaahhhhhh....


Terus mulut aku dah naik high pitch time bercakap tu.


Hello akak. Nak sound boleh tak sound depan-depan. Bukan aku tak mampu nak bayar pun. Ni apehal pi sound dekat adik ipar aku pulak kan. Padahal laki aku tiap-tiap hari hantar amik si Amir tu. Ko dah sengal apa?


Kalau kitorang tak hantar Amir seminggu dua tak ada pulak ko offer nak pulangkan duit ke apa? Kot la ko buat ayat,


'Amir hari tu tak dok seminggu. Hangpa bayaq la kurang sikit.'


Sedap sikit la telinga aku ni. Ni tak ada pun. Senyap la pulak kan. Tak boleh ke pikir cover la balik yang malam tu dengan hari yang aku tak hantar Amir. Lagi pun bukan susah mana nak jaga Amir time malam. Dia memang tido aje. Berkuit pun nak susu or cari puting. Lepas tu lena la sampai pagi.


Kalau dah start berkira macam ni aku pun nak start berkira jugak la. Aku kira bayar hari aje. Nak ke macam tu? Kalau aku tak hantar aku tak bayar. Baru puas hati aku. Haaaa....


Seminggu aje dah nak berkira. Lepas tu sibuk la kata anak dia dok rindu nak tido dengan Amir semua. Piiidaaahhh!!!


Lain kali state la term n condition nak jaga anak orang tu macam mana. Bayar macam mana. Ni bila kita tanya jawab,


'Eh, takpa la'

'Tak kisah la. Boleh ja.'

'Bayar la macam-macam mana pun. Akak ok je.'


Lepas tu pandai pulak nak berkira. Cakap berbelit-belit!



6 comments:

Ejamaria said...

sabar... dgn pengasuh ni, bila dia dah jaga anak kita ngan elok, dia sayang anak kite - kite lebih kurang je la, jgn kecik hati sangat ye... nnt ape2 hal nak cari pengasuh lain pun bukan senang... tak pun dia buat tak elok kat anak pun susah gak... k, tak yah la berkira sangat... bagi la dia buah tangan sket ubat sejukkan hati dah penat jaga seminggu... penat tau jaga budak...

aMiYs said...

kak, bukan nk berkira ke apa. tp ckp la sendiri dgn kitorg ni.. yg pi ckp dgn org lain buat apa... nk main sampai2 pulak.. padahal hr2 jumpa laki kita.. nak fon pun boleh.. sblm ni tanya xnk pulak ckp.. kata semua ok..

Mrs. Amie said...

Babe, no offence ya.. i rasa kan pengasuh tue takut kot nak ckp dgn u.. kan? mungkin dia segan ker.. tapi dgn adik ipar u dia tak malu.. sbb tue la..agagaga.. pastu kan babe.. yerla.. mcm kitalah.. kalau gi keja bos bayar sebulan gaji. tapi kita mc ker, leave ker.. dia tetap byr sebulan gaji..mana dia ada potong gaji kan? camtue la kot pengasuh tue rasa..cuma dia bukan badan professional..agagaa.. nie pendapat i jer.. just my 2 cents ok..

aMiYs said...

amie, dia nk malu apa.. bukan x kenal pun dgn laki i.. dh kenal lama.. bukan kami ni mkn org... x elok la sound kat org lain mcm tu.. dh mcm kitorg ni kedekut sgt pulak la nk byr kat dia... tu yg i geram tu...

puterikurekure said...

sabar ye amiys. orang2 ni kadang2 malu tak bertempat. konon2 malu la nak mintak depan2. tapi dia tak tau kite ni lagi malu kalau org lain yang sampaikan.

sabar ek. ada orang memang camtu.

Mrs. Amie said...

ha...betul ckp puterikurekure! hihihi... sabar babe! i rasa dia shy shy cat! hihihihi.. but i know how u feel..