SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, April 14, 2010

Bertukar menjadi raksasa gorgon!

Petang semalam adalah hari yang buat aku nak bertukar menjadi raksasa gorgon kelas 1.

Kereta aku buat hal lagi!!!! Langsung tak boleh start. Aku dah menggelabah nenek kat parking lot tu.

Naik balik ke opis mencari muka-muka yang boleh menyelamatkan diri ini. Nasib baik aku balik tak ada la lewat sangat. Orang still ada kat opis. Dibuatnya time tu semua jantan terhangat di pasaran dah tak ada aku nak buat apa?


Masuk aje opis nampak sorang. Terus soalan aku,


'Awak ada jumper tak?'


Hahahaha! Bukan nak tanya khabar dulu. Terus tanya jumper. 


'Tak ada la puan. Azri ada. Tapi dia pulak dah tak ada.'


Ceeeee..... Aku nampak dia kecik aje. Lepas tu terus dia duduk balik sambung mengadap pc.


Aku keluar balik. Dekat lif jumpa sorang lagi jejaka opis terus soalan aku sama seperti di atas. Nampak sangat desperate. Huhuhu...


'Tak ada la puan. Tak apa, nanti saya tengok.'


Oh... Lega ada yang sudi menolong aku yang sememangnya failed bab enjin kereta. Bawak aje aku pandai. Padan la dengan muka aku kan.


Budak sorang ni datang dari ofis zon. Rupanya ada 3 orang. So, semua pun tolong menggodek.


'Puan, dah berapa lama bateri ni.'


'Ada la 2 tahun.'


'Tukar aje la puan. Dah patut tukar la ni.'


Hahaha! Baik punya ko mengena aku ye. Budak-budak tu bawak waja. So, nak tukar bateri tak muat la pulak.


Langkah seterusnya, tolak kereta n try start enjin. Datang lagi 2 orang datang meramaikan jemaah. Termasuk budak 1st yang aku tanya tadi. Bagus. Ini lah yang kita cari. *ala-ala Halim Othman* 

 Staf aku yang tengah tunggu bf dia pun turun. Tapi dia tak tolong la tolak. Apa jadah tolak kereta pakai baju kurung. Nak suruh tersembam? Biar la jejaka-jejaka mancho lagi bujang trang-tang-tang tu yang tolak. 


Nak dekat pusing 1 basement harammmm tak boleh start jugak. Aku dah WTHlakenapasekarangkobuathallllll!!!! 


Sampai la bf staf aku to the rescue walaupun dia tak ada jumper sebab dia pomen. Hahaha! Hensem ko. *sempat lagi scan orang*


Dan pertolongan dari sorang lagi budak opis juga tiba. Kereta dia pun myvi maka kasi tukar sama itu bateri. Bila dah boleh start tu terus la aku dengan kadar tak bertangguh mencari kedai bateri ditemani staf aku n bf dia. 


Ye la, aku pi sorang-sorang karang ntah apa tokei kedai tu cong aku. Elok harga bateri 100 dia pau aku 200. Tak naya? Pomen kan ada di sisi. So, gunakan dia sepenuhnya. Wakakaka!


Aku kena RM145 setelah ditolak dengan harga bateri lama sebanyak RM10. Kalau tak RM155 la. Itu pun bf staf aku jugak tolong tanya. Kalau tak confirm aku bayar aje RM155 lepas tu bateri lama tu tuan kedai amik free aje.


Sekarang aku tengah blur nak belanja apa la dekat budak-budak yang dah tolong aku yang sengal ni.





3 comments:

zee nazeri said...

Kaum hawa ni bwk kete mmaaang pandai, tp tang rosak mula la peluh jantan, betina, pondan kuar..
masa tu la 'nyesalnya aku tak amik no phone pomen yg nak ngorat aku dlu'..huhuhu

Ejamaria said...

belanje KFC pun ok ape...;)

aMiYs said...

zee - betul la tu.. pandai bwk aje.. hahaha! bila rosak terbangang2 la x tau buat apa...

ejamaria - pikir mcm tu gak.. lunch karang cari kefsi la utk bdk2 tu...