Tengah tunggu tren kat stesen keretapi ni. Confirm delay lagi. Buhsan sungguh.
Sakit belakang ni. Hasil daripada mendukung si budak Amir yang aku rasa kus semangat jugak la. Tapi nampak makin kurus.
Malas gileeeee nak keja besok.
Dah la hari jumaat lepas aku rasa macam bodoh piang.
Kan aku kena pi Hulu Selangor. Lepas aje abes meeting tiba-tiba pulak dapat sms daripada bos kata bos besar nak jumpa pukul 5.30 pulak. Apa lagi, berdesup la peginye..
Aku dah lega la sebab aku boleh blah awal untuk kejar tren. Pi sana pun menumpang orang. Nak ke stesen komuter masa tu aku tengah dok pikir nak tumpang siapa.
Tunang kawan opis aku pun pecut kereta macam kan nak terbang sebab nak kejar masa. Takut lewat la konon kan.
Bila dah sampai tu aku tengok officer lain relaks aje. Dok bersidai kat bawah. Rupanya bos besar tak datang lagi. Kitorang anggap lewat sikit la.
Ok, tak apa. Kita tunggu. Tunggu punya tunggu punya tunggu pukul 7 baru bos besar sampai. Dalam pukul 8.30 baru la dia abes dok berborak dengan bos-bos kecik.
Baru aje nak mula datang pulak orang dari jabatan lain nak jumpa bos besar. Aku dah mula rasa macam nak mencarut dah. Ok, tak apa. Kita bagi masa lagi.
Sekali pukul 9.15 baru abes berbincang. Aku dah lalalalala~~~~ *geram ok*
Yang paling menyakitkan jiwa, ucapan bos besar tak sampai pun 10 minit. Huargghhhh!!! Amat la bernasib baik aku bukan keturunan hulk. Kalau tak confirm aku dah tukar kaler.
Dan sangat bernasib baik jugak kawan yang tumpangkan aku tadi sudi menghantar aku terus ke KL Sentral. Dari Hulu Selangor ke KL Sentral lebih kurang 20 minit aje. Percaya tak?
Ok la, aku nak naik tren dah.
Kesimpulan yang boleh aku buat... Lepas ni aku tak percaya dah apa bos aku cakap.
No comments:
Post a Comment