SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, April 27, 2010

8 months already

Aku kat dalam tren on da way nak balik Shah Alam. Of course la tren ni tak sampai Shah Alam. Sampai KL Sentral aje. Lepas tu aku kena amik komuter pulak ke Shah Alam.

Ni dekat tempat tido. Mula-mula aku beli tempat duduk kelas ekonomi. Tiba-tiba pulak rasa nak melayan perasaan. So, tukar tiket tempat tido. Ada kosong nasib baik. Mahal pun mahal la. Daripada aku tiba-tiba sawan menangis kat seat aku kejap lagi. Tak ke haru.


Tapi kat tempat tido ni bukan jenis kabin ye. Jenis tempat tido main tarik-tarik tirai saje. Meh aku tunjuk.




Tren dah jalan dah. Tadi tengah dok tukar kepala.


Lately ni aku sangat sentimental. Ntah la. Kenapa aku pun tak tau. Tak ada la aku nangis depan orang ke apa. Nangis sorang-sorang aje. Too stress? Maybe.


Meh la borak pasal benda lain. 

Amir dah 8 bulan. Sekejap aje dah besar.


Sekarang Amir dah pandai gelak-gelak bila main dengan mainan dia sorang-sorang. Dah tau bila aku nak pi jalan dia pun tergedik nak ikut. Dan tak boleh aku tak ada depan mata. Dia akan nanges n cari aku. Kalau aku kat dapur ke dapur la dia datang. Hahaha!


Merangkak? Cannot lagi meh. Dia combat aje. Laju. Tapi dah pandai nak memanjat. Cakap pun pandai. Panggil abah dia. Ummi dia tak reti nak panggil.


Suka main gigit-gigit pulak tu. Habis pipi aku dia gigit. Kalau dah ada gigi abes la bertobek muka ummi ni.


Tapi satu aje yang aku heran. Dia tak suka makan. Aku buat la bubur nasi campur sayur n bilis. Siap lenyek-lenyek. Dia makan sikit lepas tu dia sembur. Penat ummi masak Amir oiiii...


Nestum pun makan sikit. Kentang lenyek pun sikit lepas tu dia luah-luah. Berat dia pun dah turun sampai 7.5kg saje. BMI lagi la dah masuk garisan merah. Isnin bawak pi klinik nasib la nurse tu jenis tak kuat bebel. Kalau tak mesti kena punya la.


Jap eh, orang check tiket. Muda rumaja, ensem pulak tu. Wakakaka! Cucuk bijik mata tu baru tau.


K la. Aku nak lepak-lepak layan perasaan. Pakcik katil sebelah ni keja asek buang kahak la pulak. Loya tokak acik ni haaa.. 





1 comment:

@e_da said...

jujur dari hati sy katakan, kdg2 kalau amiys cerita pasal amir hati sy sayu sgt.. boleh mengalir air mata (kan dah melelh dah)... kamu anak beranak sgt tabah... sy pun tak sehebat kamu!

sy plak yg touching terleih.. huhu