SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, April 6, 2010

Nak bagi hadiah apa sempena b'day si chenta hati?

Idea.. Idea.. Idea...

Eh, apa hadiah yang menarik nak bagi sempena birthday chenta hati?

Aku ni bab bagi present memang telor ayam la. Apa pun tak boleh pikir. 

Eh.. Chopp... Choppp...

Nak bagi hadiah kat siapa ni?

Aku nak bagi hadiah kat Abang Misai la. Birthday dia 19hb April ni. Yang aku tau dia suka belek kereta. Sikit-sikit kereta. Sampai aku jeles dengan kereta tu. *sewel tak jeles dengan kereta*

Buleh tolong bagi aku suggestion yang bernas tak?

Sebab otak aku dah cramp. Tak dapat berfikir dengan waras lagi. Yang aku ingat last aku bagi hadiah segala mak nenek kat laki aku time kawen aje. Hantaran tu semua kira hadiah la. Aci tak? Hahahaha! Dush sekali!


Birthday dia tahun lepas pun aku tak ingat apa la aku bagi. Belanja makan aje kot.


Dah la tahun ni tak dapat nak celebrate sama. Semuanya sebab cuti kena beku sebab nak election. Apa kena mengena ntah election dengan cuti kitorang ni. Menyampah pulak aku.


Birthday dia hari Isnin. Ada pulak aku selamba badak EL. Hahaha! *niat tak elok dah tu*


Nak bagi tie, laki aku tak keja opis. Nak bagi perfume, perfume hantaran pun dia tak usik lagi. Sayang kata dia. Ha'ah, sayang bebenor la. Heran betul aku. Perfume pun nak sayang.


Nak bagi apa ni????



5 comments:

Intan and The Boys said...

bagi peluk cium bertalu2 sampai si suami lemas. hahahaha~

ok2. tau dah ngarut dah ni.

material eh...hmmmm beri la tayar kereta baru yang prestasi baeeekkkk punya 4 bijik. sure abg misai awak tu tidor tersengih2 sepanjang malam. ;)

Unknown said...

salam. bagi je hadiah kete kalau dia minat kete. huhhuhu

amiys said...

puterikurekure - hahaha.. peluk cium? i loikeeee...

nk bg tayar tu yg pyh tu.. karang dia drift tak hengat pulak.. wakaka!

asfaliza - hadiah kete? pengsan~~ huahuahaua!

ejaMaria said...

owww... hasben kite 10 april nih... pun tgh congak2 cari hadiah... budget nak amik jam tangan... tengah survey harga dulu

amiys said...

ejamaria - nak belikan jam dia dah ada jam pulak.. termasuk dlm pakej hantaran skali.. hahaha!