SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, April 2, 2010

WareHouse SaLe Coklat kat Glenmarie Shah Alam... Lai! Lai! Lai!

Mengantuk. Bos semua tak ada kat opis. Tadi bos kecik nak heret jugak aku ke Hulu Selangor tu tapi aku tak nak. Macam-macam alasan aku bagi. Dah la nak siapkan keja ko lagi. Pun nak heret aku jugak. Reason dia takut tak dapat jawab kalau orang tanya.

Macam la aku reti sangat nak jawab. Bantai aje la. Selalu banyak aje cadangan kalau dalam meeting. Tapi bila suruh present suka sangat nak lari.


Tadi aku pi memborong coklat. Haaaa... Lepas tension kot. Hahaha!


Even aku tak suka makan coklat tapi disebabkan ada warehouse sale coklat aku pi aje. Buleh bawak balik kampung bagi adik n anak buah aku.


Aku pun mula-mula tak tau ada warehouse sale tu. Tapi kawan aku bagitau. So, lepas lunch bergegas ke kilang coklat tu ek.


Siapa-siapa nak borong coklat sila la. Tarikh warehouse sale tu sampai esok aje. Sampai pukul berapa aku kurang pasti. Tapi hari ni sampai pukul 6 petang.


Address aku tak ingat. Yang aku tau dekat dengan opis aku kat Glenmarie ni. Masuk lorong belakang politeknik lepas tu terussssss sampai hujung jalan n ko akan jumpa kilang Network Food Industries. Depan kilang tu ada gereja besar gabak.


Brand coklat paling glamer produk kilang tu adalah CRISPY.


Banyak lagi coklat lain. Aku borong sampai RM40. Penuh tu tangan kiri kanan. Hehehehe...

 Banyak tu aku beli. Huhuhu...

So, siapa rasa dia hantu coklat sila la datang. Aku dah tolong promote kilang tu free aje ni.

3 comments:

Mak Su said...

borong kaw kaw :)

gee ryder said...

wallawey bestnye!
sempat ke tak nk gi ni esok..

btw, slm kenal :)

aMiYs said...

maksu - dah borong ke? hehe

gee ryder - salam kenal jugak. :) sempat ke pi borong? heheh..