Kitorang sesat barat mencari tempat nak buat registration tu. Nombor fon yang penganjur bagi lagi la harammmm tak dapat call. Semua masuk voicemail. Aku memang dah nak bertukar kaler dah tadi.
Korang bayangkan. Tempat yang kitorang nak cari tu dari opis sampai ke sana dalam 60km je. Aku punya meter dah mencanak sampai 100km. Baik aku balik Penang. Huhuhu...
Oh, Muhammad Amir sudah sihat dan kembali riang ria. Makin lasak pulak tu. Nak pengsan ummi dia jaga.
Hari tu dia tak nak makan or minum susu sebab mulut dia penuh ulser. Kesian anak ummi.
Ye la, kita yang baru sebijik ulser pun dah macam apa lagi sakit. Dia pulak penuh 1 mulut sampai ke bawah lidah. Dua kali la pi jumpa doktor. Dapat ubat tenyeh kat mulut.
Tengah buat apa la tu dengan abah dia. Sebab dah 2 hari tido celah ketiak ummi. Kalau tak 1 rumah dia nak jelajah. Dengan suara nyaring jerit-jerit. Rindunyaaaa.....
Pagi tadi ada drama swasta dalam tren. Huhu...
Ada sorang pakcik ni tegur couple ni dok berpeluk ke apa ntah. Tiba-tiba suara makin tinggi. Aku yang kepochi ni pasang telinga la.
Patut la dia angin. Dia tegur n budak tu pulak boleh menjawab. Muda lagi la couple tu. Ko, kot ye pun orang dah tegur mengaku aje la salah. Ni selamba cakap,
'Pakcik tak ada hak nak tegur saya.'
Wah.. Wah.. Wah... Hangin la itu orang tua. Sebab tak hormat dia. Yang perempuan tu pun sama jugak naiknyaaaa. Suara pun tinggi jugak. Adoi la budak-budak zaman sekarang.
Budak tu mengaku dah bertunang. So, pakcik tu kata la,
'Kalau dah bertunang pun awak tak ada hak lagi nak peluk cium tunang awak.'
Ntah apa lagi la diorang ni menjawab.Pada Budak perempuan tu pun menjawab suara dah terketar. Aisey beb. Senyap aje sudah. Terang-terang memang betul pun pakcik tu tegur. Yang nak tunjuk hero depan tunang ko tu buat apa. *kalau betul la dah bertunang kan*
Masa nak balik pun ada budak laki ni tepuk bahu budak tu,
'Senyap aje dah la dik. Lain kali tak payah nak jadi hero.'
Wakakaka! Nak gelak aku. Muka si perempuan dah pandang tempat lain. Ye la, malu deh 1 gerabak dengar.
So, lain kali naik tren kalau dah gatal sangat nak berpeluk cium kalau anda belum kawen sila la amik kabin ye. Itu pun kalau dapat la kabin. Aku pun tak sure apa syarat nak beli tiket bahagian kabin tu. Perlu ke status kawen atau tak. Hehehe...
Kalau dah tak mampu tak payah la gatal nak peluk cium di khalayak. Kawen la cepat-cepat. Hohohoh.
2 comments:
macam2 kan budak sekarang bukannya rasa malu tapi menjawap le pulak.....
ada apa dengan tunang?
dosa same je cam bukan muhrim
lain la kalo dah sah jadi suami isteri..
Post a Comment