SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, April 22, 2010

Terapi stress

Aku mengular hari ni. Sebab rasa macam bodo piang aku siapkan keja sampai melangut kat opis sampai pukul 10 malam tapi benda tu tak guna pun. Mak Tiri tak datang pun amik slide tu kat opis.

Jadi kerana perasaan sudah separuh nanar elok la keluar membawa diri. Aku tak pi klinik lagi la. Esok la kot. 

Dan oleh kerana sandal kat kaki aku dah buruk bebenor keadaannya mari kita bershopping!!! hari ni gaji wehhh... Hahaha! Terapi untuk aku yang stress macam orang nak beranak ni.


Itu la sandal yang aku nak tukar. Dari awal aku preggy sampai la ni aku pakai. Dah nak tertanggal tapak gamaknya. Berjasa betul dah tu. So, budak-budak sekolah boleh la buat cerita 'Aku Sepasang Sandal'. Muakakaka!

Sandal BATA aje. 

Sudah beli kasut baru. Huahuahaua!

Nanti aku amik gambo tepek kat sini.

Kasut tak mahal pun. Asal selesa kat kaki aku sudah.

Aku nak tido sat. Cari idea nak merapu kat blog ni. Dah lama rasanya aku tak merepek-repek.

Bos pun semua tak ada. Memang gudnite la u olls... Wakakaka!


No comments: