SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, April 15, 2010

Sexual harrasment di opis

Siapa pernah kena sexual harrasment ni? Angkat ketiak sekarang.

Hell kan kalau kena benda-benda macam ni.


Aku la orang yang kena tu. Hari Jumaat lepas yang masa kena pi Hulu Selangor tu.

Sebab aku kan dok jauh dari husband terchenta. Maka lelaki-lelaki gersang durjana kat opis aku telah membahankan aku ok.


Rasa macam nak aje aku bagi cium tapak kaki aku sorang-sorang. Yang start pulak tu yang dah pangkat bos yeeee... Bos unit lain la. But still 1 opis.

Dah tua tapi perasan muda rumaja. Hakktuihhhh...


'Amiys ni dah lama tak balik kampung baik la pi balik aje. Nanti laki ko get ready dengan cuka getah pulak kat rumah tu. Huiiii... Aku boleh rasa ooo macam mana perasaan tak dapat seminggu.'

Macam vavi tak statement dia. Dia pulak tu boleh samakan condition aku dengan perempuan yang masuk paper hari Jumaat tu yang kena simbah dengan cuka getah sebab laki perempuan tu nak seks tapi tak dapat.


WTH la punya pemikiran kan.

Nama aje pangkat tinggi. Tapi tak paham istilah sexual harrasment ke? Sedangkan double meaning kan pisang pun boleh mengadu inikan pulak statement mangkuk macam tu.


Dah bos start anak buah apa lagi. Sama la naiknya.

Sepanjang aku kat opis Hulu Selangor tu sepanjang masa tu la aku kena bahan. Macam-macam ayat keluar. Lepas tu sekor-sekor buat muka gatal.

Korang pernah kena ke sexual harrasment kat tempat keja macam ni?




3 comments:

mrzn said...

Pernaaahhh, maklumlah laki duk jauh..selalu kena statement camtu..

Cik Siti Hajar said...

pernah kak..

minggu lepas pegi kedai..
tengah pilih2 aiskrim kan kak..
tetibe ade lelaki tu bukak zip seluar die..
ape lagi..terus lari marathon lah kite..;p

DYLA said...

ahahhahaa. nak tergelak baca. memang betul, kite ni keje ngan senior2 memang ramai yg buat ayat2 kurang senonoh. layan kan aje..