Pengalaman doktor pelatih lelaki nak seluk???
Hahahaha!
Siapakah gerangan agaknya yang search tajuk gitu. Adekah doktor pelatih lelaki?
Atau ibu-ibu yang nak bersalin?
Aku time bersalin tak ada la pulak doktor pelatih yang buat keja seluk menyeluk ni. Tapi ada la 2 orang doktor lelaki.
Sorang doktor lelaki chinese yang badan agak besar dan tinggi. Huhuhu... Seluk kerana nak tau dah bukak berapa cm n check ketuban aku betul ke dah pecah. *boleh tak percaya aku cakap ketuban dah pecah ye*
Sorang lagi doktor lelaki indian. Masa tu dalam labour room. Masa dia check tu dah pukul 7 pagi. *ingat lagi ok* Lepas dia seluk tu tak lama terus selamat la aku kena sorong ke OT. Huhuhu...
Paling aku tak boleh lupa doktor laki cina tu boleh tanya lagi aku no hp husband aku time aku dah rasa macam nyawa kat hujung tanduk. Untuk dia inform aku nak kena cser coz masa tu laki aku baru nak pi breakfast so dia tak ada kat depan labour room.
Lepas tu suruh pulak aku sign surat untuk kena cser. Hadoi laaaa... Ntah rupa apa dah sign aku masa tu.
Pengalaman tak boleh lupa tu.
6 comments:
aku tak suka kena seluk, gila lah.
tapi hubby aku sampai sekarang berbangga dia yang dapat seluk dulu sebelum dokter lain seluk. cis!
entah hape hape.
hehhe.
faryn - aku laaagi la x suke... huhuhu.. tp aku sampai dah x igt brp kali aku kena seluk.. huhuhu...
pasti la hubby ko bangga sbb dia dpt seluk dulu.. hahaha!
waduhhh.. risaunya akak.... tapi kelakar kan..
diarihatiku1976 - hahaha.. bile igt balik mcm kelakar pun ada... Alhamdulillah semua selamat.. :)
ssb pengalaman kena seluk ngan doktor lelaki ni la, Maria tak suke, sanggup simpan duit gi branak kat private hospital ngan doktor khas pompuan... yg penting pompuan... tapi kena simpan duit la, budget nak beranak...
Ramai doktor Muslimah menyatakan OnG adalah fardu kifayah bg mereka. Ini satu kesilapan. Medan jihad doktor Muslimah adalah di bidang ini. Fardu kifayah yg belum terlaksana sepenuhnya adalah fardu ain kepada mereka yg pakar. Dalam konteks OnG adalah fardu ain kepada doktor wanita sekira ada kemampuan.
Permintaan, rintihan dan gesaan para ibu terutama Muslimah wajib didengari. Kita bukan sahaja berbincang isu darurat dan rukhsah malah lebih dari itu. Perasaan yang teramat amat malu seorang wanita apatah lagi Muslimah apabila very private part mereka diperiksa oleh doc lelaki memberi tekanan emosi yang mendalam dan trauma selepas bersalin. Antaranya mereka tidak mahu lagi mengandung, mengalami kemurungan , perasaan bersalah, keretakan rumahtangga dll.
Walaupun pada hakikatnya doktor lelaki yg melakukan pemeriksaan atau membidankan tiada perasaan syahwat, atau berseronok menjamu mata. Malah saya yakin dan percaya mereka ikhlas membantu demi menyelamatkan nyawa ibu dan anak.
Justeru saranan dr zainurrashid dan rakan2 Gynae beliau agar doktor perempuan terutama Muslimah menceburi bidang ini wajib disahut dan disokong. Insya Allah Jihad para doc Muslimah akan mendapat rahmat Allah dan dimudahkan kehidupan dunia dan akhirat.
Saya pasti ibu ibu mengandung akan amat amat menyanjungi anda semua kerana berkorban menyelamatkan nyawa dan maruah mereka serta bayi yg dikandung. Saya berdoa dan sentiasa berdoa agar pengorbanan MO Females di OnG Department sentiasa dibantu oleh Allah, menjadi hujah di padang mahsyar nanti, dan dibuka seluas luasnya pintu syurga untuk mereka.
"Sesiapa yang membuka jalan berbuat kebaikan, maka Allah mudahkan perjalanannya ke syurga."
"Sesiapa yang berusaha menutup aib saudaranya, nescaya Allah akan menutup aib mereka "
Semoga satu dasar baru KKM boleh digubal berhubung isu ini dan menggembirakan para ibu muslimah dan para suami tanpa menafikan profesionalisme dan kredibiliti doc lelaki.
Untuk para MO Females OnG dan female Gynaes, biarlah kita susah sedikit di dunia sementara ini, asalkan kita bahagia kekal abadi di akhirat.
Post a Comment