SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, May 31, 2010

Jom ke klinik

Punya kusyuk buat keja sedar-sedar dah dekat pukul 1. Kagum aku kerana berjaya mengusyukkan diri. Huahuaha!

Lunch hour ni aku nak pi bank kejap la. Nak cash kan cek nuffnang aku yang dah berkurun dapat tapi tak cash out lagi. Ada la sikit buat belanja dapur.

N aku nak ke klinik kejap. Aku risau pulak apesal aku macam peod awal sangat ni. Selalu tak ada pun macam ni.

Pada yang menghantar komen, blogger buat perangai tak semenggah lagi. Aku nampak ada komen tapi bila nak tengok hilang. Dekat email ada tapi tak boleh nak publish. Maka bersabar lah jika anda anda memberikan komen bernas anda ye.

Aku nak siap-siap pi klinik sat.

Daaaa....




Boleh ke letak garam dalam makanan baby

Baru abes meeting yang aku rasa kalau aku tak masuk pun tak apa tadi. Cet... Buang masa emas aku je. Ecececece ;p

Aircond opis masih lagi di takuk lama. Ketiak aku dah berkepam dengan peluh. Kalau macam gini gayanya pakai deodorant sebotol pun berpeluh jugak senah. Bila la diorang ni nak repair aircond. Adakah perlu menunggu aku menjadi makhluk ganas kerana kepanasan melampau?


Eh, nak tanya la. Kalau macam Amir yang dah umur 9 bulan tu kan boleh ke apa yang kita masak untuk dia letak garam. Bukan la sebeban garam aku nak taruk. Just nak bagi rasa tu ada. Sebab Amir ni kalau tawar memang hampeh la nak masuk mulut dia.


Dia makan 2-3 sudu lepas tu dia tak nak dah. Penat ummi masak dengan penuh kasih sayang tau. T_T


Sesiapa yang dah menjadi ibu-ibu lebih dulu dari aku share la macam mana korang masak untuk anak. Kot aku boleh buat untuk Amir lepas tu dia suka pulak. Heheh...


Laki aku amat risau ye sebab Amir belum tumbuh gigi. Bayang gigi pun tak nampak. Lepas tu Amir tak boleh berjalan lagi.


Aku tak ada la risau sangat. Sebab tumbesaran baby ni lain-lain kan. Amir dah boleh berdiri paut-paut tu dah pencapaian bagus la pada aku setakat ni. Laju jugak la tu sebab dia baru aje boleh duduk sendiri dah boleh terus panjat-panjat.


Aku nak buat keja sat. Sat lagi update lain.




Seronok dapat masakkan bubur untuk Amir

Salam pagi dan salam 1 Malaysia.

Hahaha! Semangat patriotik tiba-tiba.

Aku dah sampai opis. Hasil daripada pecutan mengalahkan nenek Schumacher tadi. Dah lambat keluar rumah. Huhu...

Bangun pagi macam biasa la. Kelentung kelentang kukus balik bubur Amir kasi panas. Sekali nak pi mandi itu anak teruna sudah bangun jugak lor. Merengek-rengek cari aku yang dok bersilat kat dapur.

Housemate aku belum bangun lagi masa tu. Nak kejutkan tolong tengok Amir rasa macam menyusahkan diorang la pulak. Jadi aku pun dengan tunggang terbaliknya melayan si budak kecik tu sambil buat keja kat dapur.

Bila housemate aku dah bangun berdesup aku pi mandi. Sebelum pi mandi tengok-tengok si Amir dah berak pulak. 

Lepas mandi basuhkan berak dia dulu. Sebab nak hantar ke pengasuh. Adakah perlu menghantar dengan keadaan berak begitu? Tak perlu ye kawan-kawan.

Aku bersiap dah macam kartun punya nak cepat.

Ni tengah lenguh-lenguh 1 badan. Hasil daripada berexercise bawak Amir ke tasik semalam. Hahaha! 

Ok la. Aku nak mamam sat. Semalam aku makan koey teow aje tengahari sebab seronok layan Amir.



Sunday, May 30, 2010

Amat la penat berjalan-jalan bersama Amir

Tak tido lagi aku dah pukul 11.30 ni. 

Baru abes masak bubur Amir n segala mak nenek benda yang nak disettlekan. Penat gila vavi la. Huhuhu...

Petang tadi bawak Amir ronda-ronda Shah Alam. Tak ada la 1 Shah Alam ni aku ronda. Setakat pi Giant 13. Dalam tu Amir mengamuk. Rupanya nak tido. Tersenget-senget la bahu aku dukung dia, sebelah tangan pegang stroller sebab dia tak mau dok dalam stroller tu. Nak berdukung.

Tak tahan dukung lama-lama aku letak dia dalam stroller lepas tu aku buat tak tau je dia melalak. Kejap aje lepas tu senyap. Tengok-tengok dah lena dah.

Lepas tu dia dah jaga aku bawak pi tasik Shah Alam pulak. Tengok kura-kura n burung bangau. Banyak betul burung bangau. Bukan Amir yang excited, tapi ummi dia la excited terlebih tengok burung padahal selalu aje tengok. Hahaha!

Dalam pukul 5 lebih tu balik. Sebab Amir dah kencingkan ummi. Wawawaaaa!

Pampers dia dah berat sangat. Ummi punya excited bawak Amir jalan-jalan sampai tak perasan pampers Amir dah kembung. Huhuhu...

Balik aje rumah macam nak pengsan dia punya penat. Aku ingat dah nak merangkak aje panjat tingkat 5 tu. 

Pic 1 hapah tak snap. Sebab Amir masa kat tasik dok meliuk lentok la badan dia kena dukung. Nak duduk bawah main tanah. Sabor aje la aku ni.

Ok la. Aku nak lena jugak. Penat woooo...

 



Lena sungguh dia tido :)

Kat rumah lagi. Tak pi pasar pun lagi. Wuwuwu...

Pagi tadi hujan. Lebat tak lebat boleh membasah kuyupkan orang jugak la. Dah tak dapat keluar.

Then dalam pukul 8 lebih macam dah terang-terang so mood ceria nak keluar. Aku pi la mandi. Keluar aje dari bilik air tengok Amir dah lena ditepuk-tepuk dek housemate aku. Alololo... 

Memang pukul 9 time tido dia pun. Tak apa la. Ingat nak tunggu Amir bangun baru la dapat keluar. Tapi Amir tido lena gila pulak. Tak menguit langsung. Huhuhu...



N weather kat luar pun dah kembali memendungkan diri. Awan dah mula menakung air yang banyak nampaknya.

Isk... Isk... Kesian kat Amir. Ummi tak bawak lagi dia round Shah Alam. Kot tak boleh la melepak tepi tasik.


Kena tunggu cuaca ok la baru boleh jalan-jalan.


Ummi jangan lupa bawak Amir jalan kat tasik tau. Aunty-aunty yang rindu kat Amir tu ummi cakap ummi susah nak snap pic Amir sekarang sebab Amir dah lasak. ;)))




Bangun awal pagi

Awal-awal pagi berblogging.

Ni semua gara-gara Muhammad Amir yang bangun pukul 5 lebih di pagi ahad dan menghempas-hempas mouse ummi sampai ummi terjaga.

Tu pulak tengah sibuk mengemas suratkhabar lama.

Hari ni ingat nak pi pasar seksyen 13.

Mau survey-survey tudung atau benda-benda yang menarik. Hehe...

Ok la, Amir dah buat muka nakal dia sambil pandang ummi. Ntah apa yang dia nak buat tu.

Chiow... :)



Saturday, May 29, 2010

Apa aje aku buat hari ni

Baru lepas meng'iron' baju untuk keja lusa. Semangat gila iron baju awal. Hahaha!

Sebenarnya bukan semangat tapi buat-buat semangat. Kalau asek tangguh aje bila tahun aku nak iron baju. Sekali stok seminggu aku iron. 

Amir dah tido. Dia dah tido aku pulak tiba-tiba sentimental tengok dia. Macam sedih-sedih sebab Abang Misai tak ada. Shish... Lagi sebulan baru dapat jumpa. *rindu lah saya*

Belakang aku ni sakit gila la. Ni kesan-kesan peod la ni. Kalau peod mesti belakang aku ni rasa macam nak patah. Ubat dia adalah baring golek-golek aje. Huhu..

Tapi dengan adanya Amir aku tak dapat bergolek sesuka hati ye kalau siang. Sebab lasak sungguh budak kecik ni. Tadi berapa kali berdentum. Lepas tu panjat iron board pulak.

Iron board yang pendek tu. Aku koser nak beli gedabak-gedabak sangat. Amir boleh panjat iron board n berdiri atas tu sambil paut kat kabinet tv. Huuuiii... Kus semangat aku berlari-lari terpa kat dia tadi.

Oh, petang tadi tak dapat keluar lagi. Hujan lobat bonar eh.

Kesian Amir. Punya la bosan anak ummi.

Sudahnya aku bawak dia melepak kejap kat bawah. Punya la suka dia. Mulut macam bertih dok uuu aaa uuu aaa. Hehehe...

Ok la. Aku nak baring jap. Sakit belakang mula melanda.






Pening

Kepala tengah pening-pening lalat. Kurang darah gamaknya aku ni.

Sebab aku baru je peod tengah bulan hari tu. Ni peod lagi. Tak sampai lagi 28 hari. Bukan tu macam darah penyakit ke?

Cuaca nampak macam mendung. Tapi kejap-kejap macam panas. Kalau ok boleh la bawak Amir jalan-jalan. Kesian dia dok terperuk aje dalam rumah.

Sungguh kepala aku sakit gila. Nak tido la kejap sementara Amir tido ni.




Berdua saje :)

Berdua aje dengan Amir pagi ni. Huhu...

Amir tengah tido tu. Time ni la nak online pun. Kalau Amir dah bangun jangan harap. Dia pun sibuk nak main mouse, kemas rumah, panjat sana sini nak berdiri. Harus la aku nak buat keja pun tak senang.

Pi dapur karang terkodek-kodek dia ke dapur. Nak tolong masak kot. Hahaha..

Kalau dia dok senyap sorang-sorang kat depan aku pulak yang risau. Ye la, main berdiri-berdiri macam dah terror siap lepas tangan sebelah lagi. Karang berdentum dah benjol sana sini pulak.

Petang semalam ingat nak bawak Amir keluar jalan-jalan. Tapi hujan lebat pulak. Bawak turun bawah kejap aje la.

Itu pun aku dah berpeluh setengah liter. Ko, nak mengendong si Amir yang dah 8 kilo kot naik turun tingkat 5. Mau tak keluar segala urat dawai aku. Muahaha!

Tengok la petang ni macam mana. Kalau cerah mengilih boleh la keluar jalan-jalan.

:):):)




Friday, May 28, 2010

Baru dapat update

Amir dah tido. Baru la ummi dia dapat berblogging dengan aman.

Kalau dia tak tido memang keja dia kalau tak membontot ummi dia, pi kat kerusi lepas tu berdiri siap pegang kerusi sebelah tangan aje. Memang horror ok.

Sekali terjelepuk pasti meraung sampai nak keluar anak tekak.

Baru pandai berdiri itu aje la keja dia. Cari kerusi paut nak berdiri.

Time dia tido boleh la nak relaks sikit. Basuh baju, lipat baju segala la.

Aku nak baring-baring kejap. Sakit pulak belakang aku ni dok main kejar-kejar dengan si Amir. Nampak sangat usia dah bertambah. Huhuhu....


Daaaa.....




Thursday, May 27, 2010

Ketiak dah hebat berpeluh

Petang ni meeting. Memang malas gila babun aku nak masuk.

Dah la banyak keja. Lepas tu kejap lagi ada la tu yang tak puas hati pasal data la. Apa la. Yang bos aku ni awal-awal dah pesan itu ini. Nak tengok slide la, apa la. Last-last dia dah selamat menghilangkan diri.

Ayat biasa dia,

'Saya nak amik anak balik sekolah'

Nak aje aku sekeh. Anak ko dah form 5. Besar panjang dah. Tak reti kot nak balik sendiri. Bila orang lain tak attend meeting sebab anak nak operate boleh pulak cakap,

'Ala bos, apesal pulak dia nak cuti lama-lama. Anak dia buat small operation je.'

Ni kejap lagi mulut macam burit ayam la tu mintak itu ini. Padahal boleh aje kalau tak balik rumah.

Yang aku ni apehal pulak tiba-tiba emo? Huhuhu...


Aircond tak ok lagi la. Aku dah nak bertukar kaler hijau ni. Warggghhhh!!!!


Sauna pun tak macam ni. Boleh migrain tau tak buat keja berpeluh-peluh ketiak ni.




Fakta ke Auta

Sebelum eden terlupo baik la buek kan. hehehe... Ni nak buat tag dari Mommy Pinky yang very the pinky. Hahaha!

Apo eh soalan?

(a) tulis 23 perkara rawak wak wak ( random dem dom ) tentang diri awak(tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever laa .)

Mari kita bermula ok. ;p
  1. Nama saya macam Jepun. Hait! Siapa yang tau diam-diam ek. Nanti i glamer pulak. Auuwww!!! *nak kena penampar*
  2. Saya anak no 2 dari 8 beradik.
  3.  Sudah ada seorang baby boy yang ensem. Heheh...
  4. Kalau dah ada baby pasti la sudah ada suami juga. Akekeke..
  5. Nak jadi doktor tapi cita-cita merudum ke tanah sebab dulu study main-main. padan muka anda.
  6. Suka kaler purple. Kaler lain pun suka tapi purple selalu di hati.
  7. Nak belajar menjahit baju ni. Ada sesiapa nak ajar? ;))
  8. Seorang isteri dan ibu jarak jauh. Tapi untuk sebulan ni jadi isteri jarak jauh je. Ibu jarak dekat sebab my Amir ada dekat Shah Alam. Yip! Yip! horreeyyyy!!!! :D
  9.  Berangan nak baby twin. ngehngehngeh...
  10. Saya seorang yang pendiam dan pemalu. Hahahaha! *tipu kot*
  11. Pernah nyaris-nyaris nak jadi inspektor sahab. Wakaka! Kandas time interview.
  12. Masa study pernah keja part time jaga koop kolej lelaki. Tapi ada jugak lelaki jeles dengan i tau... Hahaha! 
  13. Suka makan dan makan dan makan dan makan lagi... Sekarang dah kembang setaman negara. T_T
  14. Tengah kepanasan kat opis ni. Econ rosak.... Tak suka okeh!
  15. Teringin bebenor makan angin ke oversea.
  16. Sekarang saya adalah seorang yang kejanya asek mengira aje. Tapi saya tak suka math.
  17. Suka drive laju-laju kat hiway.
  18. Lebih suka KFC dari McD
  19. Angan-angan nak badan selim melim macam supermodel. Hahaha! Bongok aje.
  20. Masa sekolah dan belajor kat U saya adalah seorang yang hitam berkerak. Sekarang pun hitam jugak. Perasan la nak putih kan senah. Huhu..
  21. Bersalin kena emergency csect ye. Amir takmo keluar ikut pintu. Dia nak ikut tingkap.
  22. Seorang blogger tegar yang kadang-kadang ok, kadang-kadang sewel sikit, tapi selalu emo. Huahuahaua!
  23. Nak buat bisnes dengan jayanya. Amin...
(b) tag pulak bende ni kepada rakan blog anda ( sekurang kurangnya 5 orang )
  -Siapa la jadi mangsa ni. Puan Yat, Dokter Faryn, Puan Suliana, AngahSayang, Puterikurekure dan Ejamaria. Hehehe...  Sekurang-kurangnya 5 kan. Aku kasi lebih. Hahaha!

(c) kalau tak ikut peraturan , di mana keseronokan 'TAG-TAGGED-TAGGING' niyh
 -Saya Yang Menurut Perintah. Wakakaka!  





Bestnya kalau dapat ais time ni

Aku adalah hampir menjadi hewan panggang dalam opis sekarang ni.

Aircond rosak ok. Panas gila la weiiii!!!

Dah aku jadi macam jepun dok terkipas-kipas guna kipas souvenir kenduri. Sikit-sikit terkipas. Sikit-sikit terkipas.

Ntah bila nak betulkan aircond ni pun tak tau la. Hangit ok bau badan macam ni. Nasib baik bawak cologne. Petang karang ada meeting simbah cologne je la kasi wangi-wangi.

Nak buat keja pun dah jadi tak produktif. Eceh... Dan-dan tak produktif. Hahaha! ;p

Aku rasa nak berendam dalam ais dah ni.

Wuwuwuwu...




Nak bunga.....

UiTM kan tengah konvo sekarang.

Jadi orang jual bunga adalah bersepah di tepi jalan. Macam-macam ado. Tepi Petronas ada orang jual. Tepi Jakel ada orang jual. tepi kedai perabot nak pi masuk hiway federal pun ada. So, mata aku pun dah berbunga-bunga.

Maka aku pun menggeletis nak bunga jugak. Masa Abang Misai datang hantar Amir tu ada la aku hint-hint nak bunga.

'Eh, banyak betul orang jual bunga kan. Abah tak nak beli ke?'

Ayat cuba memancing ok. Hahaha!

Laki aku buat dek aje. Cis! Cis! Memang cistat betul tau.

Geram ni. Nak bunga jugak-jugak.

'Abah tak pernah bagi ummi bunga pun.'


Haaa... Amik ko. Cakap direct aje terus. Huhuhu...


Sekali balik dari kenduri kawen hari Ahad tu lalu la tepi kedai perabot tu. Memang ramai la orang jual bunga. Tengok aje la dengan muka monyok.


'Abah tak nak belikan ummi bunga punnnn....'

Ayat merajuk di situ. 


'La, kenapa tak berenti tadi? Kalau ummi berenti abah dah belikan dah.'


Ceh... Ye la tu. Tak surprise langsung.


Aku nak bunga cenggini... Sob.. Sob... Pic adalah digoogle n dipinjam dari blog Daela.

Ada sesiapa nak bagi aku bunga tak?

Hukhukhuk...





Masih bertaklimat

Selamat pagi semua. Aku macam biasa la. kat opis. 

Pagi-pagi buta dah melantak mee goreng basah dengan telur mata. Lapar gila. Semenjak menjaga Amir ni aku memang sentiasa lapar sebab Amir sangat la lasak. Hahaha!

Pagi ni ada lagi taklimat HRMIS tu. Tapi hari ni untuk pegawai penilai. Cis! Kalau tau semalam aku tak payah turun pun tak apa. Hari ni nak kena turun lagi pulak.

Dah la petang ni ada meeting.

Mintak jangan la meeting tu meleret tahap gila babun sampai pukul 6-7. Mengamuk pulak budak bertuah tu karang.

Semalam Amir tido macam tak berapa nak nyenyak. Sikit-sikit merengek. Mesti dok rindu kat abah dia tu. Dah, hari-hari pun berkepit bawah ketiak abah. 

Tak apa. Kali ni berkepit bawah ketiak ummi pulak. Hahaha!

Intan, nanti saya upload pic Amir eh. Dia sekarang ni payah bebenor nak bergambor. Gerak sana. Gerak sini. Abes gegar-gegar pic tu. Huhuhu... 





Wednesday, May 26, 2010

Esok kena meeting jugak

Dah 4.30 lor. Kejap lagi nak balik. Slide dah siap. Tinggal nak touch up sikit lagi. Huhuhu...

Tak sabar nak balik jumpa si kenit kat rumah tu. Hehehe...

Esok jadi jugak la meeting. Start pukul 3 pulak tu. Isk...

Aku tak suka betul kalau meeting petang-petang ni. Kejap lagi meleret la tu. Abes sampai pukul 6-7 petang. Memang menggelupur la aku nak balik amik Amir.


Mintak la esok settle meeting cepat sikit. Jangan ada ahli yang mengarut-ngarut stok nak kena tembak dengan aku sudah. Hahaha!


Ok. Nak kemas-kemas mau pulang la.





Antara ulaman feveret

Alhamdulillah.. Baru lepas makan. Makan free ye sebab taklimat HRMIS tu.

Nak tau aku makan apa.

Makan ni....


Siapa tak kenal sila berpindah ke Amerika sekarang jugak. Hahaha!

Aku makan petai. Lauk lain ada la. Tapi ada pulak ulam petai tu. Memang all time feveret lah.

Walaupun bau petai adalah amat menyengat tapi aku suka sangat makan. Lagi best makan mentah. Mentah la, yang tak campur dalam masakan macam sambal udang ke, sambal bilis ke. Lagi kick kata orang. hahaha!

Korang suka tak makan petai?




Cabut dari taklimat sebab tak best

Aku cabut dari taklimat.

Bukan suka-suka hati nak cabut. Tapi timbalan aku panggil masuk meeting 1 lagi. Ingatkan nak tanya apa la. Sekali nak tanya,

'Kenapa nama orang ni dulu ada dalam sistem sekarang dah tak ada?'

Itu aje soalan dia. Beria la aku naik. Simpan soalan tu sampai abes meeting tak boleh kot?


Dah aku malas nak turun balik. Lagi pun aku tengah syok key in SKT aku tiba-tiba pulak sistem nak hang. Aku pulak yang nak jadi hang Jebat menunggu nak loading lama sangat.


Aku nak siapkan slide la. Esok nak meeting. Dah malas aku nak turun bawah dah. Esok pun boleh sambung buat.





Saya ada taklimat HRMIS hari ni

Selamat pagi semua...

Kejap lagi aku ada taklimat HRMIS. Untuk sasaran kerja tahunan (SKT) n blablabla...

Macam malas aje la nak turun sebab keja adalah selambak. Dengan nak buat slide segala mak nenek. Aku pun tak sure jadi ke tak meeting esok. Kalau postponed bagus jugak. Asek nak meeting aje. Macam mana report aku nak nampak banyak penurunan dalam data tu.

Pagi tadi hantar Amir dia masih lagi melalak. Tapi quite ok la dari semalam. Melalak saje nak ikut ummi pi keja.

Tak apa. Next week seminggu Amir dok melepak dengan ummi kat opis. Babysitter Amir nak balik kampung cuti sekolah.

Nasib baik la aku ada bilik sendiri. Boleh la Amir nak tergolek-golek dalam bilik ummi yang agak luas ni. Hahaha! Jangan Amir tolong kemas paper keja ummi sudah la. Nangis ummi nak kemas balik karang.

Ok, aku nak check SKT aku jap. Ada ke tak ada aku simpan ni. Rasanya ada tapi lupa kat mana.

Selamat berhari Rabu. Hehehe...




Tuesday, May 25, 2010

Umur berapa elok start insuran anak?

Amir dah titon. Bahagia aje tengok dia ada kat sebelah bila tido n bangun tido.

Dia pun dah ok dah gelak-gelak dengan orang-orang dalam rumah ni. Tak ramai pun. Ada 4 orang je campur aku. Hehehe...

Tapi aku la tak mandi-mandi lagi ni sebab tunggu dia tido dulu baru aku boleh settle segala keja. Kalau tak aku pi ke dapur kejap je si Amir dah merengek cari aku.

Aku nak tanya la. Umur berapa yang elok start kan insuran untuk anak ek?

Aku ingat nak buat insuran untuk Amir ni.

Wokey la. Mau mandi n sambung buat keja yang terbantut.

Gudnite alls.




Tak balik lewat dah lepas ni :D

Oh... kena tag dengan Mommy Pinky lor. Hehehe... 

Nanti saya buat ye. Sekarang perut adalah sama rata dengan meja dah dia punya tinggi. Wakaka! Makan banyak sangat. Tak apa... Mayfair ada kat belakang rumah. Sediakan aje ongkosnya.

Waahhhhh... Berangan la ko nak pi Mayfair. Kot boleh bayar ansuran bulan-bulan RM50 nak jugak aku pi. Hahaha! Kalau tak simpan aje la niat tu ye senah.

Tengah mood malas tahap gila babeng. Tapi kena buat jugak keja. Tak buat karang tak ada can la aku nak balik on time.


Sekarang sebab Amir dah ada kat sini sharp pukul 5 aku dah terjengul depan punch card.


No more balik lewat-lewat malam ok.


Lagi sejam nak balik. Heee... Sukeeee! Sukeeee!!!!!






Amir ok :)

Yeee.. aku balik kejap tadi. Just nak jenguk aje. 

Pengasuh tu kata Amir dah ok. Dia nak sms tadi tapi cdt pulak ilek pocik.

Tak apa la. Lepas ni ummi tak risau dah nak biar Amir kat pengasuh.

So, boleh la aku makan dengan tenang sekarang. Hahaha! Tadi sampai tak lalu nak makan dok teringat takut Amir buat perangai.




Patut ke tak aku balik?

Korang rasa macam mana?

Aku patut balik tengok Amir ke tak lunch hour ni?

Isk... Isk...




Nak balik! Nak balik!

Aku dah menggelupur nak balik tengok Amir. Padahal baru pukul 11.30.

Buat keja pun macam serba tak kena aje.

Ye la, anak manja ummi tak biasa dengan orang. Mesti dia sedih kena tinggal. Hukhukhuk...

Nak makan pun tak lalu. Nak beli makanan pun aku dah tak tau nak beli kat mana. Memang sadis la aku rasa ni.

Staf aku pulak dah MIA. Pi hantar borang kat opis satu lagi rasanya. Aku pun dah tak perasan dia ada cakap dengan aku ke tak.

Adoi laaaa....

Tolong la tenangkan aku yang kelam kelibut ni. Ada pulak aku amik cuti sebulan karang. Hohoho! Lepas tu nganga la nak bayar segala hutang piutang.


Tapi bos mesti tak approved cuti aku punya. Biasa la, double standard.

 



Amir nangis... T_T

Lunch hour ni aku balik kejap. Tengok Amir.

Tadi call akak pengasuh tu. Tanya Amir macam mana. Dia kata lepas aku keluar aje rumah Amir melalak macam nak terkeluar anak tekak.

Tersedu-sedu sambil ketuk-ketuk pintu.

Ye, aku nak nangis sekarang.

Kesian Amir. Tapi aku sendiri sebenarnya dah letih ulang alik Penang-Selangor every week. Sebab tu la aku nak jaga Amir kat sini.

Tengahari kejap lagi mesti bengkak bengkil mata dia.

Tadi pun masa aku call dia tengah tido. Protes pasal ummi dia tinggal dia. Minum susu pun tak nak.

Alahai la anak ummi ni.





Lenguh 1 badan

Badan adalah lenguh-lenguh hari ni.

Dari tangan sampai ke kaki la lenguh dia. Sebab Amir sepanjang ada dekat rumah keja mengempeng aje dengan ummi. Haha!

Ummi pi dapur pun dia cari jugak.

Pagi tadi time aku bangun tido Amir tak bangun lagi. So, aku pi la dapur basuh-basuh botol dia n masak air. Toleh-toleh tengok dia dah tak ada kat tilam. Berderau darah aku.

Lari-lari ke depan tengok dia dah nak masuk bilik.

Alahai anak ummi. Cari abah dia la tu. 

Dia macam pelik-pelik apesal sunyi aje dalam bilik.

Kesian anak ummi.

Sabar ye. Lagi sebulan abah abes kursus. Nanti abah datang tengok Amir. 






Hari pertama Amir dengan pengasuh baru

Morning.

Aku kat opis. *sama aje ayat kalau pagi-pagi*

Tadi pi hantar Amir. Dia punya melalak la masa pengasuh tu nak dukung. Siap tarik-tarik baju dengan tudung ummi dia sampai tersenget-senget tudung ummi.

Terpaksa aku masuk dalam n dudukkan dia kat lantai rumah. Itu pun dia pegang baju aku punya kuat siap bergayut-gayut lagi. Adoi laaa... Tak sampai hati ummi nak tinggalkan Amir.

Nangis siap keluar air mata tu.

Macam mana la dia sekarang. Aku nak call tanya tapi takut aku pulak yang tak sampai hati terus pi amik Amir. Hish....

Mintak la dia nangis kejap aje tu.

T_T





Monday, May 24, 2010

Aku yang sentimental tiba-tiba

Abang Misai baru aje bertolak balik kampung pukul 8.30 tadi. Tiba-tiba rasa macam sayu-sayu. Apesal ntah nak sentimental.

Muhammad Amir dah tido. Tadi lepas abah dia balik Amir dok tercari-cari. Dia pi masuk bilik tapi tengok tak ada orang. T_T

Aku yang nak nangis tengok. Ye la, Amir kan manja dengan abah dia. Tido pun selalu bawah ketiak abah.

Ni tengah blur pikir macam mana la Amir esok ni. Sebab dia dah kenal orang. Hari tu pun aku tinggalkan kejap dengan adik aku sebab aku kena pi opis ahad tu dia dah melalak. Dia tak kenal adik aku sebab tak selalu jumpa.

Esok ni jenuh la nak tinggalkan dia.

Hukhukhuk...

Mesti tak sampai hati.

Tadi pun dia macam dah nak melalak masa pi jenguk rumah pengasuh tu.

Amir jangan meragam ek esok. Ummi pi keja kejap je.







Bz la senah

Baru nak mengupdate. Saya membz dengan Muhammad Amir ye. Keja nak berkepit je.

Hari ni aku cuti. Cuti suka-suka hati. Wakakaka!

Ok la, saje je nak bagitau tu. Hahaha! Pang sekali.

tata...




Friday, May 21, 2010

Tutorial letak signature dalam entry

Sebab Puan Suliana tanya macam mana nak buat signature so, mari i buat tutorial terus. Hahaha! Padahal dah lambat nak blah dari opis.

Ok, langkah pertama sila masuk ke web http://www.mylivesignature.com/. Banyak lagi web lain yang boleh guna untuk tepek signature. Aku malas nak menggoogle. Maka, kalau rasa yang ni tak best anda boleh la google ye. Tapi aku tuto guna web ini saje.


Langkah kedua, nampak tak pic yang aku tepek tu. Haaa.... Nampak arrow merah tu? Klik aje situ kalau malas nak register. Aku pun proceed terus without register.


So, bila dah klik dia akan keluar macam kat atas ni pulak. Macam biasa klik aje kat yang aku taruk arrow merah tu. Tu untuk makhluk macam aku yang tak kreatif ni. Kalau rasa dah terror guna mouse buleh guna yang bawah tu. Kalau lagi nak rasa real punya signature amik lagi 1 yang bawah sekali. Scan aje terus. Muahaha!



Bila dah klik akan keluar macam gini. Masuk aje nama apa yang korang nak letak sebagai signature then klik aje next step.


 Lepas tu akan timbul ini. Ni nak pilih font mana idaman kalbu. Klik la kat dalam kotak yang aku merahkan tu. Tu semua choices untuk font. Then kalau dah puas hati macam biasa klik next step.




 
Then akan keluar untuk pilih size font pulak. Kalau rasa nak besor pilih la paling besor. Sepuluh kalau tak silap. Macam biasa, lepas dah tetap pendirian klik next step.


Yang ni untuk pilih kaler background n kaler signature tu. Godek ikut sesedap rasa nak kaler apa. Macam biasa kalau dah suka next step pliz! Hehehe...




Seterusnya pilih slope. Ko nak senget ke atas melampau-lampau ke, nak statik macam biasa pun ada. Pilih-pilih. Lepas tu next....


Dah siap. Then klik kat bawah nun yang aku bulatkan nun.

Pilih generate HTML code.

 Akan keluar gini. Atas tu kalau nak plain aje. Kalau nak tambah apa-apa, macam 'salam sayang' ke, 'mmmuahhh-mmmuaahhh' ke, pilih yang bawah. Aku amik plain saje. Malas nak tambah dah. So, klik mana-mana korang suka code akan digenerate.


Amik code tu, copy then masuk kat setting blog korang. Pi kat formatting lepas tu scroll ke bawah.




 Taruk code kat post template. Then save setting ye. Lepas tu korang taip la entry baru, publish maka keluar la signature korang.


Ada faham semua anak-anak sekelian? hehehe... Amacam, ada tokoh jadi cikgu tak?


Senang aje buat signature ni. Sebab semua dah ready. Kalau yang suruh aku buat code sendiri memang pengsan la kan. So, selamat berjaya pada sesiapa yang nak try. Hehehe...


Sekian saja dari Cikgu Amiys hari ni. Saya mau pulang. haha! Tata!




 

Testing

Hahaha! Saje nak test signature kat bawah nun.

Ok, sila sambung buat keja.

:D







Kemas rumah pukul 2 pagi

Salam semua. :)

Pagi yang excited gila nak balik pukul 3 kejap lagi. Hahaha!

Oh, aku belum abes kemas rumah lagi. Gila banyak benda aku nak kena kemas. Nampaknya, kena buat kerahan tenaga adik aku la sebab aku nak balik kampung amik Amir. Sebelum Amir sampai sila sambung kemas rumah. Ahaks!

Before mengemas sempat lagi aku masak. Selalu aku tukang makan je. Huahuahaua!

Semalam aku buang barang yang tak guna, sapu n mop lantai n susun-susun sikit. Tapi nampak macam lagi messy pulak. Huhuhu... Ko, habuk tak agak-agak punya tebal. Sampai hitam tapak kaki aku ni.

Dah selalu balik keja aje terbongkang atas katil. Penat giloz.

Semalam ntah dari mana datang kegigihan iron lady aku kemas rumah sampai pukul 2 pagi. Kagum tak? Kagum tak?

Hasil daripada terlebih rajin kepala pun dah ting tong sebab tak cukup tido.

Huhuhu...

Sambung lain kejap lagi. Aku nak mencekik. Lapor.

Thursday, May 20, 2010

Bukan makan daging goreng kunyit. Tapi....

Baru je lepas makan. Alhamdulillah...

Bukan makan daging goreng kunyit. Tapi kobis goreng kunyit. Huhuhu... Teringin sangat daging goreng kunyit tu. Tapi bila dah panjat tingkat 5 ni memang harapan tipis nak turun pi kedai ke apa.

Balik tadi malas sangat nak menyinggah. Dah sampai rumah, selongkar-selongkar peti ais masak aje la apa yang ada. Hahaha! Sudahnya kobis yang aku goreng kunyit kan.

N telur mata masak sambal. 

Kira ok la tu. Maybe esok aku akan gigih mencari daging goreng kunyit sebelum balik kampung. Hahaha!

Dah, aku nak menuai kebun jap lepas tu sambung kemas rumah. Hehehe... Ntah apa-apa la aku ni malam-malam baru nak mengemas.

Teringin...

Bukan aku nak menyanyi ye. Even nama sebenar adalah iras-iras nama penyanyi lagu tu. Hahaha...

Tapi aku teringin nak makan ni....

Pic macam biasa.. Hasil rembatan google..


Daging goreng kunyit....

Huhuhu...

Perlu ke tiba-tiba teringin... Tengah membuak-buak ye keinginan nak makan daging goreng kunyit ni. Waaaa!!!

Kena pulak ada nasi putih panas-panas. Perghhh!!!

Kan dah meleleh air liur.

 

Selamat Pengantin Baru to Yan n Din

Kepala adalah sangat weng-weng. Aku pun tak tau apesal.

Esok nak balik kampung. Hehehe... Tiket pukul 3 petang ye. 

Sebab timbalan aku dah bagi green light. 

'Ala, awak balik la petang Jumaat tu. Lagi pun bos tak ada. Saya pun tak ada.'

Ah, heaven sungguh bila kamceng dengan timbalan ni. Hahaha!


Tapi dapat balik awal tu dengan syarat oke. Sila la datang untuk taklimat ahad ni.

Ok la. Tak apa. Aku datang kejap lepas tu aku blah. Sebab aku nak kena rush ke kenduri kawen best pren aku Yan.


Oooo... Yan... Selamat Pengantin Baru. Hehehe... Lagi 2 hari sebelum anda bergelar isteri orang. Jeng.. Jeng....

Tiba-tiba aku yang feeling-feeling pengantin baru ni. Hakhakahak! 


By the way, ko jangan risau pasal muka ko penuh or separuh ye Yan. Hahaha! Tetap cantik gitu. 


Aku nak tido jap. Kepala pening. 




Macam mana nak kecikkan bontot?

Siapa-siapa yang dok bagi komen, sorry tak dapat publish. Ntah problem apa ntah. Aku tengok kat email ada. Tapi bila nak publish keluar la segala kod mak nenek ntah apa aku tak faham. Tapi kalau dah ok aku publish tau.

Siapa-siapa ada petua macam mana nak mengecikkan bontot?

Huhuhu...

Ye... Bontot aku dah makin besar melebar dah ni. Kain baju kurung aku ni sendat tang bontot sesaje. 

Pinggang semua ok. Tang bontot yang tak boleh blah sangat tu.

Seluar jeans lama aku sebelum preggy dulu pun tak muat sebab bontot ni la. Huwaaaa!!!!

Ada sehelai seluar jeans gedabak aku dok pelasah pi mai pi mai balik kampung tu dah koyak tang bontot jugak. Adoi laaa... Perasan pun masa balik kampung last week. Ntah siapa la yang nampak kan. Hahaha! Bongok je rasa.

Tolong bagi aku petua cepat. Sebelum aku emo sebab bontot besar. Muakaka!

Amir tido dengan tiger

Hahaha!

Bukan la tiger betul-betul.

Gilo apo nak bagi anak sendiri tido dengan tiger. Kalau anak tiger yang cinonet tu tak apa. Mak bapak tiger, oh no!!!!

Tiger ni aku belikan untuk Amir lepas balik dari kenduri kat Teluk Intan. Sebab teman Amir sebelum Amir masuk tido yang suka digentel-gentel ekor iaitu Kungfu Panda dah hilang masa pi kenduri.

Ntah siapa merembat buat main aku pun tak tau la. Dah kata sepupu aku ramai. Kecik-kecik pulak lagi. Aku taruk dalam bakul susu Amir time balik tengok dah lesap.

So, sebagai ganti kitorang pun cari la menatang alah soft toys kat Tesco. Dan Amir berkenan yang ini.


So comel tido dengan encik tiger kan :)

Sekarang, sebelum tido ni la dia hewan yang Amir dok gentel-gentel ekor. Hahaha! Pelik betul Amir ni. Ekor menatang tu jugak yang dia suka.



Boleh tak nak half day?

Morning everyone!

Hari ni aku ingat nak half day la. Boleh gitu?

Dengan kepala berdenyut sebab gigi aku ni tiba-tiba pulak nak sakit. Rasa ngilu-ngilu. Sekali ada bunyi berdesing kat telinga aku ni confirm akan meroyan la aku.

Di samping mahu mengemas rumah yang dah lama aku tak kemas. Huhu... Semua main campak. Bilik aku jangan cerita la. Dah kata pagi keluar nampak bulan balik pun nampak bulan. Weekend aje dah selamat ada kat kampung. Memang pengsan la tengok bilik sendiri dah bersawang bagai.

Rajin terlebih sebab laki aku n Amir nak datang.

Amir dah la sekarang rajin mengemas. Kejap lagi ada aje la barang yang bersepah tu dia tolong kemaskan. Hahaha!

Ngaaa..

Aku nak buat keja. Pengarah aku nak pi Kelantan hari ni. Confirm dia nak tengok report-report yang ada.

Chiow!

 

Wednesday, May 19, 2010

YOUTH'10 Festival, PWTC Kuala Lumpur 28-30 Mei 2010

Ni nak promote ni. Mukadimah tak ada terus nak promote. Hahaha!

Siapa-siapa yang suka festival-festival ni. Terutamanya anak-anak muda belia la ye. Yang pokcik mokcik tu idok le tak boleh pi. Tapi festival ni untuk youths sahaje. Anda youth kah?

So mari la ke YOUTH'10 Festival *klik la kalau berminat nak tau ye* yang akan diadakan secara besar-besaran untuk mengumpul seberapa ramai youth kat Malaysia ni. 

Festival ni akan diadakan dari 28-30 Mei 2010 di PWTC KL.

Macam-macam ado la kat festival tu.

Kalau suka havoc-havoc, gumbira-gumbira nak cari jodoh ke. Ahahaha... Sempat lagi nak mencari jodoh tu. Boleh la meramaikan majlis.

Nak masuk boleh la dapatkan free passes. 

Senang cerita nak tau banyak tengok aje kat sini.

Ok, itu saje. Daaaa!

Siapa rindu sama budak ini? My baby boy dah 9 months today.

Amir dah genap 9 bulan hari ni. Clap! Clap!


Pic ni latest sekali. Last weekend punya pic. Masa ni tengah tunggu atok Amir amik ubat kat klinik. Time ni Amir tengah demam.

Tak ada senyum simpul dah Amir ni sekarang. Susah bebenor nak snap pic dia tengah gelak sebab nanti dia gerak-gerak nak capai hp cap ayam ummi dia ni.

Susah ok nak bagi dia pakai topi. Tu pun kira nasib baik la melekat sekejap atas kepala. Senget-senget pulak tu. Sebab nanti dia tarik. Hahaha! Rimas kot. Tengok la tu. Pandang ke lain. Sibuk pandang kereta lalu lalang.

Ni kat rumah. Time tengah kusyuk main-main. Suka main tupperware pulak tu. Kejap-kejap dia bukak tupperware tu. Kejap lagi tutup. Tapi bila dah tutup tak boleh bukak dia mengamuk. Muahaha!

Pic bawah tu Amir dok masuk bawah kerusi. Penat dah jerit tak bagi. Dia sengih-sengih lepas tu masuk jugak. Hahaha! Suka sangat menyelit bawah kerusi tu. Apa yang dia cari pun ntah la. Pandai pulak tu pusing-pusing keluar sendiri.

Dah 9 bulan anak ummi. Sekarang Amir dah pandai melambai. Kalau cakap bye-bye dekat dia nanti dia angkat tangan kodek-kodek tangan dia lambai orang. Ahahaha! Itu ikut mood ye. Kalau mood adalah rajin dia lambai. Datang angin dia sebut la bye seploh kali dia akan bolayan.

Dah pandai kiss orang jugak. Kalau suruh sayang nanti dia rapatkan muka dia n kiss. Selalunya dia kiss abah dia aje. Sob... Sob... Kecik hati ummi.


Dah pandai memanjat juga. Baby cot tu dah kena turunkan 1 level ke bawah. Sebab dia dah pandai angkat badan dia lepas tu berdiri. Siap berdiri sebelah tangan lagi konon-konon hero la. Lepas tu tergolek bedebum tebabo melalak dalam baby cot tu. Abes lebam pipi terlanggar palang katil tu.


Dekat kerusi pun sama. Pantang nampak kerusi. Terus tarik-tarik badan n berdiri. Huhuhu... Jenuh nak cover tak bagi jatuh.


Gigi tak menampakkan lagi tanda-tanda nak tumbuh. Tak ada gigi pun perasan macam ada gigi jugak. Hahaha! Sibuk gigit-gigit ummi kalau ummi marah dia.


Oh, tak sabarnya nak balik jumpa Amir n bawak dia ke Shah Alam.