Aku kat rumah. Sedang bermc hammer.
Tak larat gila aku pagi tadi. Dengan hingus meleleh. Sendi-sendi sakit. Malam semalam pulak badan aku panas macam kalau letak telur boleh jadi half boiled kot. Huhuhu...
Pagi-pagi terus aku sms bos aku cakap aku memang tak larat gila. Semalam nak drive balik pun aku bawak 50km/hour je. Siapa dok belakang kereta aku confirm menyumpah seranah berbakul-bakul. Nasib la. Kepala aku dah nenong time tu. Aku drive laju-laju karang cium bontot kereta lain pulak.
Lepas aje aku sms terus masuk call dari opis. Yee.. Patutnya kan aku kena pi meeting kat Putrajaya hari. Biasa la. Kalau aku tak ada bos memang gelisah sikit. *statement nak kena lempang*
Staf aku la yang tolong call. Sebab ko yang tolong call lepas tu tanya soalan merapu rapek yang aku dah berbuih mulut terang kat bos aku pun tolong marah ko. Boleh tak? Aku dah la tengah pening. Ko tanya soalan yang memang aku rasa ko sendiri boleh tengok kenapa aku kosongkan column tu tanpa letak apa-apa figure.
Dah nama pun pencapaian until Disember 2010 confirm la baru tau takat bulan 1 je Senah wehh... Kalau sasaran tu memang la penuh coz itu just unjuran. Eh, berapa kali aku nak explain ni tak paham-paham jugak.
Lepas tu bos dah termalu gamaknya ubah suruh staf aku tanya berapa percent pulak. Adoi laaa... Kira la sendiri. Bukan susah pun. Aku tengah baring atas katil tu mana la aku bawak kalkulator segala tido sekali dengan aku. Pc pun kat luar bilik oke.
Ingat aku ni bersahsiah statistik yang melampau ke sampai tido pun kena bawak mesin kira?
Dah weng-weng kepala aku ni makan ubat banyak sangat.
Aku nak sambung tido. Pi klinik tadi ubat n checkup segala sampai RM46.
Pengsan...
*_*'
No comments:
Post a Comment