SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, January 21, 2010

Amir dah 5 bulan... ^_^

Kalau dah gila blogging memang tak boleh buat apa la. Balik rumah dah ngantuk pon sempat lagi nak ngadap blog terchenta.

Esok aku kena balik kampung jugak la. Pulak tu sengal ubi amik tiket pukul 3 petang. Siapa cari aku lepas pukul 12 memang lesap dah la aku.

Abang Misai la bagi arahan. *ceeeaaa.. salahkan laki padahal sendiri menggedik nak balik kampung*

Kesian kat Amir jugak. Abah dia nak kena keja sampai Sabtu tak balik rumah. Haruslah aku kena balik jugak babysit Amir.

Oh, Selasa lepas Amir check up untuk 5 bulan. Dah 5 bulan anak ummi. Dah tak debab lagi lor. Sebab dia dah mula melasak.

Berat pun tak naik. Statik aje 7.5kg. Mana tak statik. Sekarang ni nak pakaikan pampers pun jenuh aku bersilat.

Dalam tab mandi pun terpusing-pusing. Huhuhuhu...

Kalau letak atas toto kejap aje la dia berguling sampai atas lantai. Lepas tu suka sangat terhantuk kepala sendiri kat lantai tu. Risau aku.

Kena cucuk untuk 5 bulan tu dia nangis bukan pasal kena cucuk. Pasal aku dok pegang kaki dia. Amir tak suka orang baringkan dia atas pangku. Dia nak duduk.

Pulak tu pandai dah sekarang buat macam orang sujud nak sembahyang tu. Lepas tu loncat-loncat angkat bontot. Hahaha! Very funny anak ummi ni tau.

Mulut pun bising aje menjerit-jerit dengan suara nyaring dia tu.

Mana tak aku tergedik nak balik. Rindu oooo kat Amir.

Hope lulus la interview tu.

Amiiinnnnnn...

2 comments:

ezzati said...

alahaii..msti comel kann..tempekla gamba dia guling2..hehe

aMiYs said...

ezzati - ahaha.. x sempat nk amik gmbr sbb amir suka berkepit celah ketiak klu ummi dia ada... nnti aa try amik gmbr bdk lasak tu..