Aku pi klinik la tadi. Kan aku ada cerita pasal tangan aku sakit kat entry ni kan. So, sebab aku macam malas nak bangun awal pagi tadi aku pun bersiap pi klinik dulu.
Bukan sebelah aje yang sakit. Dua-dua belah wrist aku ni haa.. Dah lama pulak tu. Mulut laki aku tu dah berbuih suruh aku pi klinik tapi aku tak pi jugak. Konon-konon busy sangat la.
Maka dengan semangat waja dan jitu aku pon ke klinik seksyen 7 tu. Ramai sungguh manusia. Nak register aje sejam la aku tunggu.
Masuk aje bilik doktor terus aku cakap wrist aku ni dah dekat sebulan sakit. Adekah doc tu terus tanya aku ada keguguran rambut tak? Pasti la, hari-hari gugur dah macam nak botak ni haa... Terus doc tu buat muka risau. Eh...
'Ni nak kena check darah ni. Tapi sebulan la baru tau result.'
Erk.. Apekah? Macam kan aku ada sakit kronik aje sampai test-test darah ni. Dengan doc buat muka risau camtu. Aku lagi risau la.
Nak amik darah lagi.... Ades... Ingatkan dah lepas la zaman-zaman amik darah lepas beranakkan si Amir. Kena lagi ke?
Dah la yang tukang amik darah tu lelaki. Punya la slow motion dia amik darah tu. Hoooo... Apekah begitu sopan santun. Sekali aje aku rasa amik darah tak sakit. Dengan sorang nurse kat kampung aku. Lain-lain semua huhuhu... Sakit oke.
Dah lepas amik darah amik ubat lak. Nasib baik settle cepat. Sempat la aku buat usaha murni tolong sorang aunty ni. Punya lama dia tunggu depan bilik doc tu. Asal dia tanya nurse yang dok keluar masuk bila nak panggil no dia semua kata belum sampai turn.
Rupa-rupanya kad dia ada lagi kat kaunter registration. Aunty tu tak dengar orang panggil no dia terus dia menonong pi bilik doc.
Kesian aku tengok kan. Orang tua lak tu. Sorang-sorang aje. Datang dengan siapa pun aku tak tau.
Eh, lupa pulak. Aku puasa la hari ni. Ganti puasa sebulan sebab berpantang hari tu. Puasa untuk menyelamatkan poket jua.
Aku dah beli stok ikan kering dengan telur untuk buat makan hari-hari sebab bajet aku dah lari melampau-lampau dah. *sedih*
K, aku nak settle report. Hari ni sampai Khamis ada meeting. Meetingggggg aje kejanya. Huhu...
No comments:
Post a Comment