SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, January 27, 2010

Call sibuk nak berbisik pagi-pagi buta. Kan aku dah reject.

Ngantuk tahap boleh tido sambil berdiri.

Aku tido lambat gila semalam. Dekat-dekat pukul 1 baru boleh tido. Dok tertonggeng-tonggeng susun barang n amik gambo segala. 

Lepas tu baru aje terlelap hp bunyi pulak. Aku tengah mamai-mamai tu main jawab aje la. Ingatkan laki aku.

Tapi aku macam pelik-pelik aje time jawab tu sebab orang yang dok bercakap dengan aku tu berbisik macam dalam kelambu ok.

'Hello.. Hello.. Amiys kat mana ni? Dalam bilik ke kat luar?' *sila lakonkan semula dengan gaya berbisik*


Aku dah confuse dah masa ni. Apakejadah tanya aku kat dalam bilik ke kat luar bilik pulak. Takkan laki aku tanya macam tu pulak kan. Aku tanya balik,



'Kenapa pulak kalau kat dalam bilik? Kenapa pulak kalau kat luar?'


'Kalau kat luar takut kawan dengar.'


Ehhhh... Otak aku masa ni dah berfikiran songsang ye. Dah la tengah mamai. Aku tengok nombor kat hp. Nombor siapa ntah.


'Siapa ni?'


'Ni abang la. Abang ni....'


Abang mana pulak la sibuk berbisik dalam tepon ni. Mendatangkan kemusykilan sungguh. Lepas tu terus aku teringat sorang brader masa aku jadi pencacai kat Giant dulu. Macam suara dia. Dah la dah kawen. Ahh, sudahhh...


Terus aku jauhkan hp dari telinga. Lepas tu aku reject. Then aku sambung tido.


Lantak engkau la situ. Malas aku nak layan. Aku ngantuk.





5 comments:

butterfly said...

hehehehe..
mengong erkk org tu...

faRyn faRhana said...

gila stalker wehhh!! careful okey :)

aMiYs said...

butterfly - sgt mengong kot... huhu..

farhana - tu la.. sungguh menakutkan usus perut aku.. hoho..

puterikurekure said...

dia tak tau amiy dah kawen ke? huhuhu.

aMiYs said...

puterikurekure - tau.. tp tu la.. apesal tah sibuk call mlm2 buta.. hish.. takoot...