Blogging dari dalam tren. Seriously, i'm addicted here. Hahaha! Tapi tak ada la sampai mengabaikan keja seharian weh. Agak-agak la kan.
Okeh, kempiskan perut seketika kerana tukang check tiket dah datang.
Wakaka! Wth la kena mengena kempiskan perut dengan orang check tiket kan. Perut aku sangat menggelembung maka memang harus tunjuk kempis kat orang. Malu sehhh... Tahan napas... Huh huh huh....
Aku nak siapkan keja sebenarnya. Tu yang on notebook n tenet ni. Dah kata nak dapat benda alah semua dalam sistem. Kalau tak on tenet macam mana nak buat keja.
Dah alang-alang menyeluk pekasam biar la terus masam. So, blogging adalah aktiviti sampingan.
Oh, sebenarnya nak story tadi masa tunggu tren abah dengan adik aku yang hantar. Laki aku pi kursus seploh hari. 24hb baru balik. Kesian kat Amir. Tadi masa aku dah siap-siap dia punya excited terlompat-lompat nak berdukung. Dia ingat aku nak pi keluar jalan-jalan so dia nak ikut.
Dah bijak si Amir sekarang. Kalau aku keluar pintu dengan pakai baju gaya-gaya nak pi jalan n tinggalkan dia punya la kuat dia meraung. Nasib baik la aku keluar nak tunggu tren tadi dia tak melalak. Kalau tak mesti sayu aje hati aku ni. T_T
Tadi abah aku jumpa wallet orang tercicir kat stesen keretapi. Last-last terjumpa dengan tuan dia masa aku nak naik tren. Pakcik tu hantar menantu dia. Terus berborak macam dah kenal lama. Hahaha!
Eh, pening pulak kepala aku dok mengadap lappy dalam tren yang bergerak ni.
Adakah ini maknanya aku kena tido?
Hahaha! Alasan. Siapkan keja anda dulu baru boleh tido.
1 comment:
sayu gak hati auntie yg membacanya amir... amir anak yg tabah...
Post a Comment