SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, June 7, 2010

Kipas untuk Amir

Akhirnya berjaya menidorkan Amir. Fuhhhh....

Patutnya pukul 9 time tido dia tapi dia tak boleh tido memandangkan keadaan yang panasnya macam duduk dalam sauna ok. Free aje aku bersauna 2 minggu nak masuk 3 minggu ni. Kurusnya tak jugak. Huhuhu...


Pukul 12 lebih tadi baru dia tertido. Itu pun setelah opis ni berjaya merabakkan lagi poket aku untuk beli kipas. Kesian sangat tengok Amir tu kepanasan.

Itu pun dia tido tak berbaju. Togel aje haaa....


Kesian anak ummi. T_T

Maintenance bangunan ni kata pukul 2 nanti aircond dah ok. Kalau tak ok siap la. Aku bom bangunan ni. Cakap asek pusing-pusing. Menimbulkan amarah betul tau!


Ni time dia tak nak tido tadi. Padahal mata dah kuyu-kuyu nak tertutup. Punya la lawan dengan mata sebab panas.

 Kipas yang aku rembat kat Giant 13 tadi. Kipas paling ayam sekali la. Brand Nuodi. ;p

Emergency ni. Rembat aje la cap ayam pun. Senang kalau datang time cuti tak ada la berpeluh ketiak aku. Jangan sesiapa berani rembat kipas ni. Aku beli pakai duit sendiri ok. Nak harap duit opis tunggu aku dehydrated dulu.

Bilik dah beraroma haruman taik Amir dah ni. 2 kali dia yak yak. Adekah kerana panas boleh menyebabkan budak kecik asek terberak je. Hohoho!


Ni pulak lunch merangkap breakfast aku. Kelam kabut punya pasal makan pun tak sempat. Itu pun beli masa beli kipas tadi. Sekali harung.

Baru aje la lepas makan lepas si Tuan Besar tu tido tadi. Perut aku berdondang sayang abes dah. Dondang sayang versi headbanging dah jadinya. Wakakaka!

Dah beli kipas taruk kat opis baru teringat kipas kat rumah baru aje jahanam semalam. Langsung tak nak berpusing dah. Huwaaaaaa!!!!

Tunggu hujung bulan la baru beli kipas untuk rumah pulak. Akak dah kering. Wuwuwu!


3 comments:

Intan and The Boys said...

amboi...happynya amir dok ofis dalam kepanasan tu.

okla tu amiys. amir nak duduk diam2 kat ofis tu. baik budak amir ni.

mrzn said...

Bestnyer kt opis leh bwk anak..

mrzn said...

Bestnyer kt opis leh bwk anak..