Pagi-pagi pukul 10 tu dah keluar. Destinasi adalah pasar seksyen 13 dekat Giant tu. Saje la dah lama tak jalan ke sana. Gigih membawak Amir. Nasib baik ada stroller. Sampai-sampai aje Amir tido. Hahaha.. Memang time tido dia pun.
Panas gilo la pagi tadi. Tapi demi memenuhi nafsu nak mencuci mata *sambil merembat jika ada terberkenan* gigih jugak berjalan. Kesian si Amir. Ummi gila berjalan. Huhuhu... Bukan selalu mood nak berjalan sana sini aku datang.
Beli baju kelawar aje. Hahaha! Sewel. Nak tengok tudung tapi aku kalau membelek karang pening kepala Amir dengan adik aku nak tunggu. Tak apa. Kita tengok-tengok dulu. Minggu depan kita rembat ok. Muakaka!
Lepas tu ke PKNS pulak. Jalan-jalan lagi. Masuk SACC Mall. Lepas tu ke Alam Sentral. Memang gigih la.
Dari Alam Sentral ke seksyen 9 pulak. Makan-makan kat restoran cina muslim Al-munawarah. Amir pun makan jugak. Makan nasi kosong aku suap. Nak pulak dia makan. Aku masak bubur beria siap blend dia makan 2-3 sudu lepas tu tutup mulut rapat-rapat. Siap muntah lagi. Ni ok pulak. Amir... Amir... Apa yang ummi makan tu la dia nak makan.
Oh, brader-brader kedai tu cukup berkenan dengan Amir. Siap dapat tembikai free. Ahahaha... Amir pulak dari malu-malu ayam tiba-tiba main lambai-lambai. Hihihi.. Ramai peminat anak ummi ni.
Lepas makan singgah kejap ke Giant kat Masalam tu. Jumpa kawan-kawan lama. Tapi Amir telah membuat perangai. Rupanya dah berak daaa... Ahahaha... So, kitorang pun cepat-cepat beli barang n nak balik.
Dah nak dekat sampai rumah tiba-tiba menyinggah Wisma Jakel. Nguahahaha! Ate tempat belakang rumah saje. Singgah la kejap. Ramai yang amat manusia. Tengah sale gila babun la katakan. Amir terlentok time aku masuk kat Jakel tu. Pusing-pusing kejap terus blah.
Ok la, tu la aktiviti seharian aku hari ni. Gambar ilek. Malas nak snap. Ok, aku nak mandikan Tuan Besar yang baru bangun tido. Tata! Jumpa esok.... ;))
1 comment:
pi jalan2 seronok kan
Post a Comment