SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, June 24, 2010

Sudah 10 bulan

Oh, Amir dah pun 10 bulan Sabtu lepas.

Happy 10 months young my baby. :):):)

Perkembangan Muhammad Amir sepanjang sebulan dok dengan ummi ni :):):)

  • Dah pandai duduk sendiri. Amir baru je pandai duduk since datang Shah Alam hari tu.
  • 1 week later dia merangkak pulak. Oh, seronoknya ummi dapat jadi orang pertama yang dapat tengok Amir pandai merangkak.*sebenarnya babysitter orang 1st tu.. huhu.. tapi aku nak jugak ngaku :D* Sebelum ni Amir combat macam askar je. Dah pandai merangkak ni lagi laju la dia.
  • Masih tak suka pegang botol susu sendiri. Penat ummi ajar Amir buat selamba dek aje lepaskan botol n main benda lain time isap susu. Ish.. Ish.. Ish....
  • Kalau ummi marah dia lagi seronok la nak buat benda yang ummi tak bagi tu. Siap boleh sengih-sengih gembira lagi. Geram sungguh tengok budak bertuah ni.
  • Suka tolong ummi 'kemas rumah'. Wuwuwu...
  • Pandai babai orang kalau kita cakap babai n suka tunjuk-tunjuk sana sini.
  • Gigi masih belum menampakkan diri. Abah Amir pulak yang dok risau-risau anak dia tak ada gigi lagi.
  • Berat sudah 9.2kg. Semalam bawak dia pi beli barang kat pasar malam n Bintang macam nak senget bahu ummi.
  • Baru lepas korek mata ummi sebab ummi buat-buat tido sebelah dia. Adoi laaa!
  • Suka kalau orang ramai. Menjerit-jerit kegembiraan ye.
  • Kalau mood nak berborak tu datang memang non stop la dia membebel.
  • Sekarang Amir sukaaaa banget berpaut-paut kat segala kerusi, meja, kabinet sebab nak berdiri. Sangat horror ok sebab dah berapa kali terlentang dah.
  • Suka buat bunyi macam orang susah nak bernafas. Eeee... Menakutkan ummi ok.
  • Tak suka makan bubur ummi buat dengan penuh perasaan kasih sayang. Tapi nak makan apa yang orang lain makan. Perasan dah ada gigi n dah besor. ;p
Ok la. Ada lagi tapi aku macam lupa. Sebab tiba-tiba emo ada msg dari opis mintak slide kat aku untuk meeting apa tah hari Isnin ni. Padahal tak ada bagitau pun bila nak buat meeting tiba-tiba mintak slide macam aku sorang aje la yang ada kat opis tu boleh buat keja.


Sebelum emo aku makin panjang nauzubillah baik la stop dulu. Karang sambung lain.








No comments: