SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, June 11, 2010

Sedang menahan....

Hari Jumaat rehat panjang tapi aku macam malas pulak nak keluar hari ni. Nak angkut pulak tuan besar tu merata. Lagi la pengsan akak. Huhuhu... 

Oh, sekarang ni si tuan besar tu ntah ke mana akak cleaner tu bawak jalan. Tengok kucing kot. Jangan dibedalnya kucing tu sudah la. Sedangkan patung kucing dia yang gerak-gerak tu pun selamba dia hentak-hentak. Inikan pulak kucing betul. Lagi teruja la dia.


Aku nak terkucil dari tadi menahan sebab dok layankan Amir. Semua orang keluar pulak so tak ada siapa nak pegangkan dia. Tahan punya tahan bila akak cleaner tu dah bawak tuan besar berjalan ada orang cuci toilet la pulak. Huwaaaa!!!!

Tahan lagi sehingga berjaya. Hohoho!

Nasib baik aku dah makan pagi tadi. Bawak bekal sendiri. Nasi aku masak lembik so Amir boleh makan sekali. Goreng telur mata sebijik. Goreng ikan bilis dengan bawang n cili padi. Letak pulak kicap. Pergghhhh! Simple tapi marveles lah. *sebab dah lapar semua pun marveles. Haha!*

Aku nak pi jenguk toilet kejap la. Akak tu dah abes cuci ke belum. Tak tahan betul dah ni. Wuwuwuwu....





No comments: