SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, June 8, 2010

makan pun tak sempat dah

Waahhh... Lega dah settle buat slide untuk meeting. Bos dah tengok n dah betulkan n etc.. etc..

Dan jugak akhirnya dapat la aku bersantap. Perut dah mengganas dengan gelombang tsunami sebab lapar sangat. Dari malam semalam aku tak makan.

Balik semalam sampai rumah dah pukul 7. Amir sampai tertido dalam kereta on da way balik sebab penat sangat tunggu ummi dia.

Ye la. Aku dah nak balik dah pukul 5 tu. Tiba-tiba aku dah settle kemas barang Tuan Besar tu bos kecik aku cakap pengarah nak jumpa. So, terpaksa la pulak menunggu. Dah la panas gila dalam opis. Aku nak cabut cepat la sebab badan adalah sangat berlengas. Amir pun tak selesa aku tengok.

Dengan Amir sekali aku angkut dalam bilik pengarah. Lantak ah. Huhuhu...

Settle dah pukul 6 lebih. Aku dah ngantuk gila sebab kelmarin tu tido lewat. Amir pun aku tengok dah terpisat-pisat je. Kesian anak ummi. 

Balik-balik aje aku terus migrain ok. Mandikan Amir semua lepas tu main-main kejap dengan dia n dok tepuk-tepuk bagi dia tido dengan aku-aku sekali tertido. Malam apa pun tak sempat nak makan dah. Tido adalah lebih nikmat dari makan. Kiranya semalam aku makan sekali saje.

Pagi tadi pulak sebab nak edit balik n settle segala slide presentation tu aku tak breakfast apa pun. Sadisss....

Dah pukul 1 lebih baru dapat makan. Itu pun nasib baik la ada meeting kat bawah n ada makanan lebih. 

Si Amir pun macam faham aje ummi dia bz. Dia relax aje layan diri n main-main dengan staf opis ni. Tak segan silu pulak. Huhuhu... 

Boleh kurus aku kalau hari-hari macam ni.






3 comments:

puterikurekure said...

skang ni memang bawak amir datang ofis ke? dah tak hantar kat babysitter?

puterikurekure said...

skang ni memang bawak amir datang ofis ke? dah tak hantar kat babysitter?

ejaMaria said...

baik nye Amir... bunyi cam tak meragam ape pun, lepas ni hantar balik Penang sure dia meragam... hehehe