SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, June 16, 2010

Janji nak cerita pasal Ayam Penyet kan.. Ni dia...

Oh, aku janji nak story pasal pi restoran Ayam Penyet (AP) hari tu kan. Hehehe... Kalau ayam penyet ada depan mata dah basi dah asek tangguh-tangguh je dari hari Ahad.

Disebabkan terover excited AP dah bukak kat Shah Alam maka tergedik la vontot besar aku ni nak pi makan kat sana. Nak merasa katanya.


So, kami bertiga pun gigih keluar time hujan renyai-renyai demi AP yang macam dah panggil-panggil kat telinga sampai geli-geli bulu telinga. Wakakaka! :D

 Signboard AP dalam kedai betul-betul depan meja akak u ols

Aku order nasi putih n of course la AP sebab nama kedai pun AP kan. Tapi banyak lagi menu lain sebenarnya. Keli penyet pun ada. Apekah??? Hahaha! Boleh disingkatkan menjadi KP. Muahahaha! Udang penyet ada. Segala-galanya penyet la.


Yang penyet-penyet tu masakan jawa timur. Adik aku order nasi putih, sup bakso yang bebola dia gila liat macam getah *ahahaha!* n ikan masak asam pedas. Ikan tu dia tak bagi pilihan. Setelah ditilik, maka rasanya seperti ikan tongkol ya buk. Huahuahaua! Ikan asam pedas tu masakan minang.

 Masa ni sup bakso belum sampai lagi

Overall rasanya ok-ok la. Sebab aku suka makan ayam jadi rasa ayam adalah sedap sepanjang masa. Hikhikhik. ;p


Asam pedas kureng kick. Tak pedas ponnnn... Tapi sambal AP aku pedas giloz. Sambal bakso pun begitu jua.

Oh, sup bakso dia ball-ball kat dalam tu aku lupa pulak ada berapa bijik dia taruk. Agak besar la ball-ball itu. Tapi liatnya huuuiiiii.... Boleh tanggal gigi palsu i tau. Muakakaka! Pakai gigi pelesu ke senah?


Sudahnya adik aku suruh aku perabis ball-ball liat yang kalau aku baling rasanya boleh melantun balik kat muka aku kot. Ahahahaha!

Aku rasa macam nak pi lagi sekali sebab time aku pi tu tuan besar telah membuat perangai yang bisa menggegar kuasa ultraman dalam diri ummi dia. Makanan pun macam tersangkut kat tekak aje. Tak begitu menikmati ye tuan-tuan dan puan-puan.

Punya la dia buat perangai. Letak dalam baby chair tu tak reti dok diam. Nak panjat sana sini. Kejap lagi menjerit-jerit tarik-tarik tudung ummi nak mintak dukung. Aiyoooo... Sabor aje la ummi Amir ni.

Sebagai penutup, tengok la pic-pic budak kecik bertuah dekat restoran AP sebagai selingan. ;p

 'Amir, tengok tu, ummi nak snap pic la.' kata Cik Alid

 'Cik Alid, tengok tu, ummi snap pic kita.'

Amir buat muka terpenyet sempena makan kat AP. Hahahaha! :D

Sekian saja review dari saya, Amiys Redzuwan bagi Jalan-Jalan Cari Pasal. :D:D:D

p/s:aku jumpa perempuan sombong kat kedai ni la. Nanti kalau aku ada masa aku cerita. Aku tengah posa ni nanti kureng pahala i ngumpat-ngumpat orang tau. ;p





2 comments:

|| a - j . E . E || said...

ko nih saje tau.. kan aku da teringin nak makan ayam penyet wong solo. mana nak cari wong solo kat labuan nih? haihhhh

amiys said...

ajee - hahaha... xkan la kat sana xde... lg dekat maaa... ;p