Ecewah, solehah aje bagi salam. Hehehe... Dush sekali kat dahi.
Aku kat opis la. 7.30 dah sampai macam semalam jugak. Keja pun macam banyak aje atas meja yang dah tak 5S ni. Hahahaha! Buat 5S hangat-hangat taik kambing bulat-bulat je. ;p
Hari ni saya puasa lagi. Saya mahu mengganti puasa yang masih banyak berbaki. Sob.. Sob.. Nanti untuk adik Amir harus merancang supaya due date adalah bukan pada bulan puasa atau yang terdekat dengannya. Kecuali jika tidak disengajakan. Huahuaha! ;p;p;p
Eh, macam best pulak bersaya-saya ni. Wakaka! Macam skema pun ada. Oh, saya adalah ganas maka tukar kembali. Bertukar!!!
Aku macam biol-biol aje pulak pagi ni. Pagi tadi pun sahur makan megi aje. Sebab semalam masa mendodoikan Amir aku telah mendodoikan diri aku sekali. *selalu pun macam tu. Huhu* Maka terbongkang la aku sampai Amir dok uk ek uk ek nak susu baru tersedar.
Baiklah, harusss menyiapkan keja. Hari ni dah start meeting besar kat Concorde tu. Karang mesti timbalan aku dok ulang alik mintak itu ini.
Tapi seperti biasa. Setiap pagi aku kena berkunjung ke bilik termenung sebab perut dah mengganas dah ni. Huhu...
Selamat bekerja dengan ikhlas semua. :):):)
1 comment:
betul tu....
Post a Comment