Hari ni moh aku sambung cerita.
Alkisahnya semalam kan rehat panjang. Biasa la, gomen. Huhu... So, aku telah gigih bershopping seorang diri kat tesco shah alam. Nak beli pampers dengan susu Amir je sebab dah kureng.
Oh, Amir pakai CD. Tapi bila ke rumah pengasuh aku kasi pampers aje. Kalau dok dengan aku berCD la dia.
Pusing ke tempat pampers terus mata aku terbelalak macam nak terkeluar dari soket. Bukan sebab murah. Tapi mahal nak mati lah. Hohoho...
Tak pernah-pernah aku pi tesco harga drypers M 84 tu sampai RM40++. Tapi semalam terpaksa putih mata tengok drypers tu harga dia RM43.90. Nak tercekik aku tengok. Kat Giant hari tu RM46. Apekah gila mahal?! *_*
Ok, setelah dah berpatah hati aku pun cari susu aje la. Beli susu aje dulu untuk Amir. Pampers tunggu la sale. Sob.. Sob... Tapi dok melilau jugak dalam tesco tu.
Jalan punya jalan aku nampak pampers dekat rak belah-belah shampoo. Tempat promotion la selalu kalau rak depan tu. Tengok-tengok harga RM30.90 saje. Masa ni hati dah berbunga dah. Huhu..
Gigih jugak angkut pi scan. Tapi still RM43.90 ye.
Ahhhh... Pedulik ah! Aku angkut gak pi cashier. Bila dia scan naik harga 40 lebih tu. Terus aku sound,
'Saya amik kat depan ni. Harga Rm30.90. Apesal scan harga lain?'
Taktik ok.. Taktik...
'Ooo.. Ye ke? Kejap ek'
Terus cashier tu panggil runner dia n suruh tengok harga.
Akhirnya... Akhirnya... Aku dapat harga RM30.90 tu ye. Miahahahaha! Harga yang 30 hengget tu rupanya harga promotion semalam diorang lupa nak tukar tagging.
Itu gunanya anda pernah bekerja retail ni. Sebab kalau ada 2 tagging harga ko akan mendapat harga yang murah kalau ko kata harga yang ko tengok tu harga yang murah ok. So kawan-kawan sila amik note di sini.
Hehehe.. Mengajar yang kureng senonoh sikit hari ni.
1 comment:
Good info..tq
Post a Comment