Pagi breakfast makan epal 2 bijik. Tak sampai 2 bijik. Sebijik setengah je. Dan perut sudah berbunyi. Huhuhu...
Hari isnin lepas aku tiba-tiba teringin makan murtabak maggi. Apa tu murtabak maggi? Hehehe...
Aku pun kenal murtabak maggi ni masa dok rumah sewa time study dulu. Housemate aku la yang introduce. Sedap oh.
Sebab dah lama tak makan tetiba isnin lepas tergedik-gedik teringat kan. Maka, gigih ke Giant beli barang dapur untuk masak.
Tak banyak mana pun dia punya bahan tapi melampau shopping sampai ke Giant. Wakaka!
Pic murtabak maggi yang dah siap. terliur tak? ;p~~
Sebab aku masak aku kata sedap. Hahaha! Puji diri sendiri. Sonang yo nak masak pada sesiapa yang baru kenal menda alah ni. Aku pun berYM dengan Yani my best fren tanya resepi. Agagaga~~
Bahan-bahannya:
Maggi sepeket
Telur 2 biji
Bawang putih n bawang merah
Tu bahan asas je. Kalau rasa nak sedap tambah la ayam ke, daging ke. Nak tambah sayur pun no hal. Sebab masak sendiri kan. Hehehe...
Cara-cara masak pulak:
Celur maggi n asingkan. Lepas tu pukul telur 2 bijik macam nak masak telur dadar. Masukkan rencah maggi tadi dalam telur. Kalau tak nak pun tak apa tapi pandai-pandai la buat rencah sendiri.
Style aku, aku tumis bawang putih n merah tu. Taruk sikit sos tiram. Taruk ayam yang dah potong kecik-kecik, taruk sayur campur yang frozen tu. Nak taruk cendawan pun muleh. Ikut selera sendiri la kan.
Abes tumis aku angkat n campur dalam telur tadi. Maggi yang dah celur tu pun letak dalam telur tu. Gaul-gaul bagi rata. Then, siapkan kuali leper. Panaskan minyak n tuangkan maggi yang dah gaul dengan telur tadi tu dalam kuali. Buat la macam masak telur dadar.
Ada yang celur je ayam n sayur-sayur tu. Lepas tu masuk dalam maggi n telur n kacau-kacau. Macam aku cakap la. Ikut la kreativiti masing-masing. Hehehe...
Hasilnya marveles! Hahaha! Macam tak cukup sepinggan. Boleh la try pada yang terliur tu. :D:D:D
1 comment:
sedapnyaa lapar2 ni
Post a Comment