SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka aku memerap kat rumah je

Salam merdeka semua.

Orang pagi-pagi bagi salam aku dah petang baru bagi salam. Hehehe...

Pagi tadi dah online tapi tetiba pulak baru je nak buat entry tup tup semua padam. Ntah apesal tah. Kipas siling elok je berpusing. Aku nak membelek tak reti sebab wiring kat rumah ni semua laki aku yang buat. Kang tak masal kejung aku.

Ingat pagi tadi nak pi la tengok laki aku berkawad kat padang kota tu. Tapi tak pi pun. Sob.. Sob... Laki aku kata karang tunggu lama aku jadi hijau pulak sebab jaga budak bertuah lasak tu. 

Memang lasak semenjak-semenjak dah pandai berjalan n ada 4 batang gigi ni. Ummi dia pun dia gigit. Huhuhu.... Sakit oh...

Malam ni balik Shah Alam. Hmmmmm.....

Siapa-siapa yang selalu baca blog poyos aku ni tau la kot apesal aku mengeluh. Bila la ummi dapat pindah balik penang kan Amir.

Ok la. Nak pi mandi manda lepas tu siap-siap berbuka macam kan aku pun puasa. Hahahaha.... Lepas tu bersiap nak pi stesen keretapi.


Cepat la raya. Tak sabar nak balik kampung. :):):)




Notatapaktangan : Baju raya hapah tak beli lagi. Merajuk sebab tak dapat pi Padang Kota terus tak ada mood nak shopping raya. Kesian Amir. Nanti la ummi belikan baju raya dia.



Monday, August 30, 2010

Buang baby lagi?? Kali ni kat Shah Alam.

Berbulu betul badan aku  *dah memang ada bulu roma pun kan* baca kes buang bayi yang kat Shah Alam ni.

Ada ke patut sangkut kat papan tanda beri laluan. Ko ingat baby tu anak patung ke apa??? Tu nasib baik orang jumpa.

Kalau orang tak perasan mau dah kejung budak tu kat situ.

Sedih betul aku tengok la. Isk.. Isk...

Comel pulak tu. Sampai hati sungguh buang-buang budak yang comel lote tu.



Netbook ke notebook???

Tengah tunggu mesin basuh stop spin. So, mari berbelogging. Ehehehe...

Amir macam biasa la. Tengah tido. Kalau dia tak tido tak ada can ummi dia nak jadi blogger tegar ye. Sebab suka berkepit dengan ummi. Kalau ummi ngadap lappy dia pun nak tekan-tekan jugak. Oh, tidakkkkk......

Kawan laki aku ada jual netbook. Rasa macam nak beli. Tapi tengah pikir ni. Netbook kan cinonet. 10 inci je. Aku ni kalau kecik-kecik kejap lagi cepat la jadi bengang sebab tak puas hati kejap-kejap nak scroll ke atas bawah ke kiri kanan. Tapi murah laaa....

HP Mini 1k saje. Aku dah la tak ada lappy ni. PC laki aku kat rumah sewa sanun pun monitor dah jahanam aku tak tukar-tukar lagi. Aiyoooo... Patah kaki ku mau bisnes n berbelogging tau.

Korang rasa mana yang bagus ek? Netbook ke, notebook ke? Aku dalam dilema ni. Dilema nak mengabiskan duit. Huhuhu....

Benda alah tu kawan dia tengah promote. Ada 30 bijik je. Tak boleh booking plak tu. 1st come 1st serve.

Huuuuuu.... Mau beli ke tak?




Update subuh-subuh. :):):)

Assalamualaikum :)

Subuh-subuh dah gila update. Hahaha!

Kata cuti kan. Saje nak jeleskan orang keja. ;p

Ok, nanti update lain la. Saje nak bagitau aku tak keja hari ni. Dok kampung lagi. Tapi belum tentu aman bahagia ye. Ada la karang tu calling-calling. Huhuhu...

Papai. :):):)



Sunday, August 29, 2010

Ahad yang mendung

Assalamualaikum. :)

Update di hari Ahad. Kagum tak? Kagum tak? ;p

Macam biasa, kalau aku boleh update ni maknanya anak aku tengah sleeping handsome k. Sleeping beauty tak sesuai sebab anak aku lelaki. Hahaha!

Laki aku pun tak ada kat rumah. Pi melawat jenazah. Kawan dia meninggal dalam tido. Innalillahiwainnailaihirojiun. Sama-sama la kita sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.

Masuk hari ni dah 3 hari aku kat rumah terperuk tak pi mana-mana. Uuuuuuu... Abang Misai korang ni kan dia bz sokmo. Omak eh dah membebel sebab dia tak pasang-pasang lagi lampu lip lap lip lap anak mami.


So, since aku balik tu dia menggigih buat wiring segala la. Sampai pi param pun tak sempat punya mengadap benda alah lampu tu. Oh, laki ku dulu wireman eh. Maka segala wiring kat rumah dia buat sendiri. Bagussss... Save duit... Hahahaha!


Hari ni nak ajak jalan pun macam tak nampak jalan je. Gelap gelita mendung nak hujan pulak. Dah hujan gerimis pun tadi. Bergegar 1 badan aku lari belakang rumah angkat kain kat penyidai. Dah la baru aje sidai baju Amir. Huhuhu....


Bila la nak beli baju raya ni. Excited nak cari baju raya untuk anak bujang aku ni. Mesti comel kalau pakai baju melayu. :):)




 

Saturday, August 28, 2010

Amir dah pandai jalan :):):)

Salam. :)

Amir dah tido so boleh la update. Kalau tak dia pun nak menolong taip sekali.

Heaven betul dok rumah. Hehehe.. Tapi tak best sebab tak boleh makan even aku tak boleh posa. Adekah mau buat muka selamba makan depan mak mertua. Huhuhu...

Amir sekarang dah pandai berjalan ye. Huuuuu.... Bestnyaaaa... :):):)

Raya nanti mesti dah tegap. Sekarang jalan jatuh-jatuh la. Kalau nak cepat dia merangkak je. Hahahaha....

Dah boleh la beli kasut raya untuk Amir. Sukanya ummi. Hehehe... Mak excited lobih eh.

Gigi pun dah ada 4 batang. Makan pun dah laju je sekarang. Biskut baby yang keras tu kejap je ngap ngap ngap abes. Tapi banyak abes ditonyoh kat kusyen. Hohoho...

Dan sangat la melekat dengan ummi sepanjang ummi ada kat rumah ni. Ummi nak pi mandi dia nangis. Ummi nak pakai baju dalam bilik dia nangis. Ummi pi dapur kejap dia nangis. Manja betul. Tido pun celah ketiak ummi jugak. 

Mesti rindu berganda-ganda sebab ummi tak balik minggu lepas. Dah pandai anak ummi ni.

Ok la. Nanti update lain. Broadband adalah berperangai sedikit beruk. Slow gilaaaaa....

Tata! ;)




Thursday, August 26, 2010

Amir, tunggu ummi balik k

Sengih je hari ni. Sebab nak balik kampung. :):):)

Tak sabar nak jumpa Amir. Ntah-ntah dah pandai jalan dah anak ummi tu.

Jangan ummi balik dia merajuk sebab ummi tak balik minggu lepas pulak. Sadis je karang.

Rindunyaaaa.....




Sahur nasi goreng pedas :)

Ada meeting kejap lagi. Bulan puasa jarang ada meeting. Seronok ok. Hahaha...

Ye la, tak ada makan-makan. Jadi feeling nak meeting tu ke laut la peginya. Padahal ada makan-makan pun sama je feeling aku dengan meeting ni. Huhu...

Perut adalah bergelora. Hasil bersahur nasi goreng pedas kak ita.

Hehehe... Betul-betul mujarab melawaskan segala isi perut ni. Aku pun berapa hari sekali baru dapat 'melabur'. Agak kotor di situ. Huhuhu... Tapi bulan posa ni memang la. Aku susah nak berak. 

Sahur pagi tadi kak ita yang masak. Rajin-rajin semua housemate aku. Aku je pemalas. Hahaha... Aku dah bangun pagi tadi sebenarnya. Tapi kak ita kata,

'pi la sambung tido balik.'

Baiklah kak. Saya yang menurut perintah. Akekeke...

Aku dengan jujur pi sambung tido ye. Haram tak tolong masak. Sedar pun sebab dikejut suruh sahur. Lepas tu teringat dalam fridge ada daging burger. Goreng la buat lauk nasi goreng. Eh, nasi goreng ada lauk pulak. Wakakaka!

Tu je aku nak cerita. Sebenarnya aku nak bagitau aku ada meeting je. Ahahaha!




Kakitangan Kerajaan Dapat Bantuan Khas Raya RM500

Assalamualaikum. Morning :)

Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Sengih-sengih sampai nampak gusi. Hehe... Tengok berita semalam. Syukur... Gomen dapat bantuan khas raya RM500.

Alhamdulillah....

Boleh la buat simpanan. Rezeki di bulan Ramadhan.

Syukur sangat-sangat. :):):)

Sebelum 1 Syawal ni dapat la duit raya tu.

Alhamdulillah.... Semoga rezeki kita sentiasa diberkati Allah S.W.T




Wednesday, August 25, 2010

Jarang pi param

Dah 15 hari puasa baru perasan.

Aku banyak masak kat rumah dari pi param@baram. Tak sampai 5 kali kot pi param. Ye ke? Ye kot.... Huhuhu... Itu pun param dekat seksyen 7 ni. Dekat stadium tu tak pernah sampai lagi.


Dok kat rumah aje masak mana sempat. Tapi sebab aku selalu balik sampai rumah dah dekat pukul 6 housemate aku la yang selalu masak. Aku tolong makan je. Hikhikhik... Tq ye korang. :):):)

Selalunya aku masak untuk sahur. Ofkos, lauk wajib sahur adalah telur. Tak kira la telur masak apa pun. Sebab itu paling senang. Akekeke...


Tapi pagi tadi aku tak masak. Aku tolong tanak nasik je. Kak Ita kesian tengok aku migrain dari semalam tak hilang-hilang. Aku dah tau punca kepeningan itu. Kerana air kopi...

Aku suka kopi. Tapi sebab migrain aku jarang sangat minum kopi. Tapi kalau dah jumpa aku adalah tak boleh berenti. Eh.. Macam pantun la. Hahaha!


Sekarang aku adalah mengantuk sebab makan actifast 2 bijik time sahur tadi nak kasi hilang sakit kepala tu. Jadinya actido la. 

Petang ni berbuka apa ye? :D





Doa menghindari rasa malas dan mengelakkan cengkaman hutang

Bicara ilmu Jumaat lepas ustaz ada bagitau doa untuk diamalkan lepas solat.


Insya Allah, hati akan sentiasa tenang dan dipermudahkan urusan kita.




Syukur Alhamdulillah :):):)

Assalamualaikum semua. :)

Hehe.. Sengih sampai ke telinga. Hari ni gaji untuk gomen-gomen semua kan.

N check-check M2U pagi tadi *masuk keja terus check gaji. Hahaha..* tetiba macam pelik apesal duit gaji macam banyak pulak ni???

Terus timbul tanda soal banyak-banyak dalam kepala.

Setelah aku calculate-calculate rasanya tunggakan pelarasan gaji aku macam dah masuk je.

Alhamdulillah.... Syukran... Syukran.... :):):)

Dapat la aku simpan sikit n beli baju raya untuk anak aku. 

Terima kasih Ya Allah S.W.T. :):):)

Notatapaktangan : Ingatkan gomen dapat bonus raya tadi. Hahaha... Terkejut ai tau...


Tuesday, August 24, 2010

Nyut.. Nyut... Nyut...

Kepala dah nyut.. nyut.. nyut...

Hajat nak balik awal punah ranah. Sebab last minit ada orang mintak slide untuk meeting Khamis ni. Nak petang ni jugak pulak tu sebab dia nak submit kat bos.

Hmmm...

Dah tido tadi tak hilang jugak sakit kepala ni. Minyak cap kapak jangan cerita la. Bau dah menyengat kot. Huhuhu...

Nak makan ubat puasa la pulak. Tak nak la ponteng puasa. 

Arrr... 



MERDEKA yang macam suram je....

Kalau korang perasan kan.

Hari ni dah 24hb. Maknanya ada 7 hari lagi before MERDEKA. Tapi kenapa macam suram je ek sambutan dia.

Takkan la sebab MERDEKA time bulan posa semua pun macam tak larat je.

Ke sebab orang dah tak menghargai kemerdekaan negara kita.


Hmmmm....



Kena marah la

Tadi ada orang call marah-marah. Sob.. Sob..

Aku kan handle orang yang nak mendaftar dalam pangkalan data miskin tu kan. Orang tu marah pasal dia kata dah lama dia hantar borang tapi apesal nama dia tak ada dalam sistem.

Dia hantar kat cawangan. Cawangan pulak kata dah forward kat hq. Kat hq tu kat aku la. Lepas tu dah marah-marah aku pulak.

Ramai sangat dah orang mengaku miskin ni uncle. Sampai tak terjejak nama uncle ada ke tak ada. Rerupanya ada. Staff aku tak dapat detect. Dah bos dia ni la nak menjawab.

Tapi dengan segala skill lemah lembut, sopan santun dan penuh kesabaran dan kesusilaan aku berjaya menekel uncle tak marah-marah lagi. Huhuhu....

Dah la uncle cakap ubah-ubah. Kejap pencen banyak tu. Kejap silap tukar pulak. Aiyoooo... Boleh pulak macam tu.

Tak apa la. Aku ni tengah cuba menonjolkan ciri muslimah sejati. *muntah.. hohoho* Maka sabar je la ye senah. Kena marah pun senyum padahal dalam hati dah macam naga berapi-api.

Terus migrain makin teruk. Tapi still boleh kontrol senyum lagi. :):):)



Kakiku melecet :(

Kaki aku melecet. Gara-gara pakai kasut tutup untuk majlis berbuka semalam.

Dah pakai kasut tutup lepas tu ada tumit sikit la. Tak ada la sampai 3 inci ko. Ingat aku ni Mariah Carey nak pakai heels lepas tu main lari-lari anak lepas tu main terjun-terjun. Oh no...

Kaki stok sensitif pakai kasut tutup ni. Manja mengada-ngada. Hehehe...

Sepanjang-panjang menunggu YB bergerak ke sana ke mari la aku dengan kasut tutup tu. Maklum la, jadi usherer. Tapi meja yang aku jaga sorang pun tak datang. Hampeh yo.


Time nak balik pulak aku dengan staf aku jalan kaki je balik opis. Sebab poli dengan opis aku 2-3 kangkang gajah je. Time tu la berdenyut-denyut kaki den ni haa...


Apesal aku jalan kaki? Sebab masa pi poli tu kitorang naik kereta tumpang member-member je. Lepas berbuka semua stok balik rumah terus. Apejadah kan nak patah balik pi opis. So, kitorang yang menumpang ni dengan gigihnya berjalan kaki.


Beria aje staf aku yang study kat poli tu kata jauh. Tak ada la jauh mana pun. Tapi cukup la buat melecetkan kaki aku ni. Hukhukhuk...


Especially jari kecik kaki aku ni. Dah kembung dah haa... :(:(:(


Dah la nak cari pintu pagar kecik sebelah poli tu pun kitorang boleh sesat. Hahaha! Lawaks. Siap kena buat u turn sebab ada longkang besar gila. Kalau tak pakai kain memang dah loncat dah.

Mana la tak menambahkan kemelecetan kaki ni. :D:D:D



Awal-awal pagi dah migrain

Assalamualaikum. :)

Aku migrain pagi ni :(

Bawak kereta sensitif betul tengok cahaya lampu kereta lain.

Orang datang opis pagi-pagi bau perfume wangi gila. Aku bau perfume minyak cap kapak ni haa...

Kalau teruk sangat maybe aku balik je tengahari karang.

Sadis betui la.




Monday, August 23, 2010

Berbuka puasa dengan pak menteri

Baru lepas berbuka dengan pak menteri. macam besar nau bunyi berbuka dengan menteri kan. Hahaha.. Padahal bukan dok semeja pun. Dia dok meja VIP. Aku dok ceruk nun belakang sayup-sayup supaya orang tak nampak betapa gelojohnya aku makan. Wakaka...

Kesian dekat staf aku tadi. Dah sampai dah depan dewan tu. Tetiba sentap dengan sorang officer ni. Semata-mata sebab husband dia tak pakai baju melayu.

Masa tu dah pukul 7 pulak tu. Isk.. Isk... Kesian sungguh la. Aku pulak yang rasa bersalah.

Kepala agak pening-pening ni. Maybe sebab berdiri tunggu pak menteri dengan perut kosong. Rasa macam tak larat je nak drive.

Tapi takkan nak tido kat opis lak kan.




Ada orang ngidam....

Parah ok. Parah.

Aku nak balik kampung khamis ni. Ada orang kat kampung mengidam nasi ambeng.

Nak suruh aku bawak dari Shah Alam.

Hoh! Apekejadah kah???

Nak suruh aku pi pasar bawak mangkuk tingkat letak nasi n lauk asing-asing sebab takut basi. Huhuhuhu...

Belum pernah dibuat orang la weeeeiiiii....


Malu 30 inci muka kalau macam tu.





Amat sleepy

Ngantukssssnyeeee...

Selalu time lunch hour aku tido. Tapi hari ni tak tido pulak.

Ralit sangat dok mengasingkan data ni haaa... Berpinau bijik mata. uhhhhuuuu....

Perut pun dah berlagu riang ria raya ni. Sabar la ye wahai perut. Ada lagi 6 jam sebelum berbuka. Sabar.. Sabar...

Ok, mau pi solat jap. Jom.. jom...




Majlis berbuka puasa aku sengsorang je la

Tadi ada staff masuk.

Nak tanya pasal majlis berbuka 3hb depan. Nak confirmkan husband ikut ke tak pi majlis tu nanti.

Sob.. Sob...

Diorang ni.... Bukan tak tau husband aku jauh. Takkan la nak amik cuti semata-mata nak datang berbuka posa kat Shah Alam ni.

Bila tanya boleh ke bawak adik? Jawapan tu macam tak boleh je.... Keseorangan la aku macam ni. Hukhukhuk....




Berubah-ubah... Tensi...

Heeee... Angin taufan betul la aku dengan sistem yang aku jaga ni.

Aku bukan budak IT tapi aku kena jaga sistem. Agak sengal di situ.

Ok, meh aku story mory apa la pekerjaan aku ni. Keja aku adalah bermain dengan number ye. Walaupun tak suka kalau dah keja buek ajo la. Keja biar ikhlas. Huhu...

Aku ditugaskan jaga statistik orang miskin guna 1 sistem ni. Haaa... Gila ko nak jaga orang miskin 1 negeri ni. Kira sistem ni pangkalan data orang miskin la.

N target Malaysia adalah nak mengsifarkan miskin tegar pada hujung tahun 2010. Cuba korang kira. Ada berapa bulan lagi nak sampai hujung tahun. *menggelabah*

Kalau orang miskin kat negeri ko adalah sikit memang sangat yahooo yabedabedu la. Sebab tak payah serabut serabai nak kena menjawab bila data ko tu nak sifar. Tapi kalau ko jaga negeri yang ada 9 buah daerah macam aku sekarang itu adalah sangat menggelupur k.

Dengan penduduknya yang kebanyakan semua sukaaaa sangat nak mengaku diri tu miskin sebab nak dapatkan bantuan. Memang azab oh.

Dah kena siasat balik sorang-sorang dari senarai nama yang buat registration. Itu 1 hal. Yang aku agak serabut serabai ni aku dah penat la mengeluarkan nama-nama yang boleh mengurangkan figure tu tetiba figure tu naik balik.

Bila check nama yang aku dah keluarkan tu masuk balik.

Ini la kalau ramai sangat dah ada ID. Kalau macam tu, baik dari awal tak payah bagi aku jaga. Tak ada la aku asek nak sentap je bila bos membebel.




Jual Nombor ke?

Dari minggu lepas aku asek la kena call dengan 1 number ni. Lepas tu tanya pasal sorang perempuan nama nor azira binti abd rahman. Aku dah bagitau wrong number so ingatkan tak ada la dapat call lagi.

Semalam dapat lagi missed call lepas tu 1 msg tanya benda yang sama. N cakap yang mak si nor azira ni beli barang kat Sen Heng Kuantan.

Aku Kuantan tu baru sampai sekali kot seumur hidup aku ni.

Pagi ni pulak dapat msg dari Sen Heng ucap terima kasih sebab shopping kat situ.


Errr....


Siapa pulak yang pandai-pandai jual no aku ni???




Sahur marbeles

Assalamualaikum semua :)

Pagi-pagi ni kepala aku rasa macam dicompressed sikit. Hmmm.. Masa time sahur tadi sakit perut. Takkan bawak ke kepala pulak kot. Musykil di situ.

Oh, sahur sungguh meriah sekali lauk aku. Bihun sup semalam ada lagi. Lepas tu lauk sambal goreng jawa yang aku masak penuh semangkuk n Mr Keli. Hehehe...

Rasa Mr Keli tu sejibik sejibon macam rasa sardin ok. So, tak ada la pelik sangat kot keli dalam sos tomato. 

Dan sambal jawa adalah menjadi kecuali kurang potato. Aku dah siap masak baru aku perasan aku lupa goreng kentang n masukkan dalam sambal aku. Tsk.. Tsk... Tapi tetap marbeles.

Hahaha! Puji diri sendiri. ;p

Hmmm... Hari ni banyak keja nak kena settle. N petang karang aku kena jadi usherer untuk majlis berbuka puasa. Bukan la jadi usher penyanyi tu ok. Ni function berbuka puasa ketua kampung dengan pak menteri dekat politeknik.

Nasib la poli tu belakang opis aku je. Tapi pintu masuk nak kena pusing pulak. Boleh tak agak-agak kalau aku panjat je pagar poli kat belakang nun? ;p;p;p



Sunday, August 22, 2010

Bihun sup Chinese Style

Hari ni berbuka makan bihun sup.

Hmmm...


Yummy... ;p~~~

Sekarang dah pukul 4. Dah boleh start berkuntau kat dapur. Hehehe...




Cuaca panas dan kering kan

Panas ek cuaca hari ni.

Baru balik dari Giant ni. Ramai sungguh umat manusia. Rasanya gaji belum masuk lagi. Tapi parking memang full la. Siap q panjang oh tunggu orang nak keluar parking.

Time-time puasa ni memang orang rajin berjalan ek.

Ingat tadi nak menyinggah ke PKNS. Pun banyak jugak kereta sampai parking kat luar-luar tepi tasik nun. Terus cancel....

Ingat nak pi cuci-cuci mata tengok baju raya. Nak cari baju raya untuk anak bertuah yang rindu kat ummi dia tu. Hmmmm...

Nanti la kot. Balik ni pi cari dengan Abang Misai. Boleh berdondon-dondon time raya. Warna pun tak tau nak pilih lagi. Heeeee...
 





Amir pun dah pandai rindu Ummi

Assalamualaikum. :)

Hari ni Ahad. Boleh pulak aku beronline ye. Pinjam lappy kak ita. Huhu.. PC aku tu tak cari lagi monitor baru. Bajet tarak. :(

Semalam memang sungguh la bukak puasa memparamkan diri. Aku beli nasi beriani kambing. Banyak gila. Macam nak pecah perut mengabeskan. Tak abes karang rugi pulak. Nasib la tak banyak beli benda lain.

Semalam video call dengan Amir. Masa Abang Misai hala ke Amir dia sibuk main tudung aku. Kata Abang Misai tido pun dia peluk tudung tu. Muka Amir pun sebik je tengok muka ummi semalam.

Kesian anak ummi. Rindu kat ummi ye. Sabar ye sayang. Jumaat ni ummi dah ada kat rumah. Boleh kita berkepit puas-puas.

Ok la, aku nak pi beli barang dapur sikit kat Giant. Ingat nak masak sambal jawa hari ni. Adik aku pulak nak masak bihun sup.

Hehehe... Time-time puasa ni memang kerajinan melampau sikit. ;p




Saturday, August 21, 2010

Jom buat facial treatment

Hari ni dok nganga kat Shah Alam... Kan aku tak balik kampung. Sangap je rasa. Selalu time-time macam ni tengah bersilat dengan Amir yang lasak tu. Huhuhu...

Kelebihan tak dapat balik ni 1 je la. Dapat rest lama sikit. N tido macam tak reti-reti nak bangun. Muahahahaha! *tawa dalam tangisan sebenarnya* Sampai orang heran dia ni tido ke mati. huhuhu...

Petang ni pulak aku follow adik n kak eta, housemate kitorang pi buat facial treatment kat rees skin.. Eh, macam mana eja ek? Ala, yang dok masuk tv pakar kejelitaan apa jadah tah tu. Pukul 4 baru la diorang bertreatment.

Aku follow sambil tunggu diorang je. Tak buat segala treatment. Diorang ada kupon. Kalau tak ada kupon memang tak pi kot. Agagaga~~

Ingat nak mengacau customer service mayfair la. Nak tanya soklan pasal kurus. Wakakaka! Maklum la perut gendut ni sangat menyakitkan mata ai okeh. ;p Tanya je la kan. Macam ada duit la nak masuk tempat-tempat gitu. Oh.. tidak....

Dan maybe akan berbuka di luar hari ni. Sebab treatment je dah pukul 4. Bila pulak nak balik masak kan. So, gantung periuk di hari minggu. Ehehee...

Dah tak tau nak taruk penutup apa. Tata. :):):)




Friday, August 20, 2010

Sebab Kenapa Amalan kita ditolak Allah S.W.T

Entry ke 1000. Hehehe.. :)

Just nak share sikit bicara ilmu yang dengar pagi tadi.

Sebab-sebab amalan kita ditolak di setiap langit sebelum sampai ke Sidratul Muntaha oleh Allah S.W.T:
  1. Mengumpat (Ditolak di langit pertama)
  2. Suka bermegah dengan kebendaan (Diterima di langit pertama kalau dia tak buat yang no 1, tapi ditolak di langit ke 2.)
  3. Suka bersifat takbur yakni bercakap besar (Diterima di langit pertama & ke 2 kalau dia tak buat yang no 1-2 tapi ditolak di langit ke 3)
  4. Suka bersifat bangga diri yakni suka dipuji (Diterima di langit pertama hingga 3 kalau dia tak buat yang no 1-3, tapi ditolak di langit ke 4)
  5. Mempunyai perasaan hasad dengki (Diterima di langit pertama hingga 4 kalau dia tak buat yang no 1-4, tapi ditolak di langit ke 5)
  6. Tidak bersifat Rahim yakni suka melihat kejatuhan orang lain (Diterima di langit pertama hingga 5 kalau dia tak buat yang no 1-5, tapi ditolak di langit ke 6)
  7. Bersifat riak (Diterima di langit pertama hingga ke 6 kalau dia tak buat yang no 1-6, tapi ditolak di langit ke 7)
  8. Tidak ikhlas di dalam perbuatannya (Ditolak oleh Allah S.W.T di Sidratul Muntaha)
Ini adalah daripada keterangan ustaz tadi. Mohon ditegur jika ada yang lebih arif baca blog ni dan perasan kalau ada kesilapan. Yang buruk adalah dari diri aku yang hina ni, yang baik tu datangnya dari Allah S.W.T.

Jadi, jom la kita sama-sama muhasabah diri kita. Ada tak sifat-sifat tu dalam diri. Ustaz tu kata sifat-sifat kat atas ni memang tak boleh dibuang dari dalam diri kita tapi hanya boleh dikikis dengan iman dan amal. 

Jadi, renung-renungkan dan Selamat Beramal. *gaya Prof Izzi :D* 




Telefon yang pelik

Fon ofis aku ni adelah amat pelik.

Bukan la pelik boleh berjalan atau ada tangan ke, mulut ke. Itu bukan pelik. Itu scary ok. Huhu..

Pelik sebab bila ada orang call je tetiba la bertalu-talu call lain nak masuk. Time aku tengah tak ada keja tak pulak nak bunyi.

Tapi bila dah start bunyi tu mula la. Tengah bercakap dengan orang lain mula la dengar bunyi call masuk.

Nak cakap dengan orang pun jadi tak selesa. Sebab dok bunyi tut tut tu kan. Dah tu tak berapa dengar la orang nak cakap. Suara orang pun jadi putus-putus.

Diorang ni ada instinct ke nak call aku pada masa yang sama? Hehehe.. ;p




Jom tambah Pahala

Ada bicara ilmu kejap lagi. Ceramah pasal puasa. Sambungan last week.

Seronok dengar ustaz tu bagi ceramah. :)

Jom sama-sama tambah pahala di bulan Ramadhan ni.

:):):)




I miss u like crazy

Salam pagi. :)

Selalu hari ni aku excited. Excited nak balik kampung. Excited nak jumpa Amir.

Tapi hari ni pagi-pagi dah jadi cengeng. Pagi-pagi dah buat drama air mata. T_T

Sebab minggu ni tak dapat balik. Kekurangan pitih. N minggu depan aku nak sauk cuti sampai Merdeka.

Hmmmm... Miss u like crazy sayang.

 




Thursday, August 19, 2010

Bila rindu....

Ummi sangat rindu sama kamu....

 
Minggu ni ummi tak balik. Amir jaga diri baik-baik k. Jangan lupakan ummi.

Hmmm... 

Terfikir macam mana orang dekat sini dengan senang hatinya suruh aku berkorban pi buat keja jugak untuk weekend even dah tau aku cuma boleh jumpa anak time weekend tu.

Wonder if diorang pernah rasa apa yang aku lalui sekarang?

Baru tak jumpa sehari pun macam dah nak pecah dada.



mee kari sodap.. Slurrrppp.. Slurrrppppp... ;p~~

Hehehe...

Semalam memang jadi la berbuka dengan mee kari yang isi berlambak-lambak. Sodappppp... :p~~

First time adik n housemate aku buat tu. Jadi pulak. Maka kembang kempis hidung sekelian alam. Wakakaka!

Aku nak tepek gambar but like i said before *chewah! mokcik skiping london.;p* card reader yilek la.

Nanti dapat gaji aku cari cable fon terus la. Tak payah la macam nak tercabut insang asek nak bukak belakang hp n keluarkan memory card.

So... Tunggu la lepas ni blog ni penuhhhh dengan gambar kalerful gitu. Hahahaha!

Sebab mee n kuah banyak lebih even dah banyak aku sumbat masuk perut pagi tadi pun sahur mee kari. Hehehe... Lepas tu santap nasik pulak. Ooo... Oooo....

Gumuk la ini maciam... ;p

 




#Spreadthelove with @Churp2! Be part of the family and we could both be rewarded! What are you waiting for?

#Spreadthelove with @Churp2! Be part of the family and we could both be rewarded! What are you waiting for?

Jom join sape-sape yang ada tweet. Dia macam nuff jugak. Kita promote guna tweeter n dapat duit. :)

Nak duit raya jugak oooo....

Kerajaan Pulau Pinang bagi duit raya kat staff depa.

Federal agencies tak dapat duit raya ke?

Huhuhu...

Gaji 25hb ni kena spend elok-elok sebab lepas raya baru gaji masuk. Huuuu... Kena korek duit tabung la cenggini....




My boy dah setahun.. Ummi love u so much....

Salam. Selamat pagi semua. :)

Alhamdulillah... Happy ye hari ni even nak happy sungguh-sungguh tu adalah sedikit kureng sebab orang yang aku happykan adalah jauh di mata.




Amir sudah cukup setahun hari ni. Tapi ummi terkilan sebab tak dapat ada dekat dengan Amir time Amir celebrate birthday hari ni kan. T_T

Tetiba mata aku berair....


Nanti aku update lain ye. Teremo tetiba. Sob.. Sob...




Wednesday, August 18, 2010

Ngeri tengok mata sendiri

Tengok cermin sebab nak test termometer dahi tu. Tapi tetiba jadi ngeri tengok mata sendiri.


Merah gilaaaaa laaaa.... Urat mata berselirat-selirat merah-merah macam orang sakit mata. Huhuhu.. Takut ooo...


Serius.. Tak pernah tengok urat mata tu jadi merah cenggitu.


Dah macam berdarah je mata ni. Over la pulak kan sampai macam tu.


Isk... Isk...




Macam mana nak guna forehead termometer ni???

Kalau korang perasan blog aku ni macam dah lama je aku tak tepek pic yang aku snap sendiri kan.

Ini kerana card reader aku yang kecik cinonet tu telah menghilang entah ke mana. Huhuhu... Rasanya hari tu Amir main. Mesti aku lupa nak simpan balik.


Ok, tujuan sebenar entry bukan nak cerita pasal card reader yang hilang tu. Tapi nak tanya macam mana nak guna forehead thermometer ni wehhhhh...

Hish.. Aku nak tepek pic google pun tak boleh la pulak. Blogger tengah upgrade menda tah sebab dah lain pulak rupa kalau nak add pic tu. Tapi tak boleh add pulak.

Alaaa... termometer yang rupabentuk macam kertas sekeping lekat kat dahi tu. Tadi staff aku keluar pi beli barang so aku kirim la beli termometer. Aku nak digital punya tapi dia kata tak ada. So, beli la yang tepek kat dahi tu.


Instruction kat kertas ni kata kena letak kat dahi barang 15 saat sampai kaler berenti bertukar. Ok, Done! Tapi kena mengadap cermin la sebab bacaan kena baca masa benda alah tu atas dahi.


N kat sini kata 'green indicate the correct temperature'. Tapi aku punya tadi warna merah.


Adekah itu menandakan aku demam?


Tolong la aku yang memang ngok ngek sikit bab-bab macam ni.





Demam ke?

Badan aku ni dah rasa macam panas-panas je ni. Sebab demam ke sebab aku pakai baju 2 lapis? Huhuhu... Baju kurung aku ni jarang. So, kena la pakai inner. Bulan-bulan posa ni nak buat tayangan percuma ke?

Bulan tak posa pun kalau baju jarang memang pakai inner la. Gila ko nak suruh aku kena bambu dengan laki aku ke hape? Hahaha!

Jadi produktiviti keja adalah menurun.

Macam nak balik half day pulak. Tapi karang ada orang jerit 1 opis ni kata tak ada istilah half day! Padahal dah 2 hari selamba orang yang dok jerit-jerit tu balik half day.

Dah rasa macam nak tertido dah ni. Demam ke aku ni? Dah lama rasanya aku tak demam. Hari tu housemate aku semua terlentang aku sorang la yang gagah perkasa. Family aku kat kampung pun demam gak hari tu.

Asal puasa je mesti aku demam. Huhuhu....




Hati-hati! Ingat Bulu Kambing, Rupanya BULU BABI!!!

Kegelian... Kegelian... Yeckkkkk!!!! Yeckkkk!!! Yeckkkk!!!

Aku dapat dari email n aku copy paste balik ke sini. Aku nak forward terus dari email tak boleh sebab pic tak keluar. So, bila pic tak keluar korang tak nampak la sebenarnya memang wujud babi berbulu ni.

Macam kambing biri-biri ok.

Hish... Mintak dijauhkan la kalau hasil bulu babi ni dibuat carpet, sejadah, kopiah semua tu. Agak-agak boleh beza ke bulu babi ni dengan bulu binatang lain??? Aku tengok sama je. Boleh menimbulkan kekeliruan. Nauzubillah....

Umat Islam kena lebih berhati-hati. Ni lagi satu agenda tersembunyi yang nak mempersendakan agama Islam ni.



Sheep or pig? The mangalitsa was bred from hardy Hungarian pigs (Bakonyi and Szalontai) crossed with the Šumadijas from Serbian. It is totally swine. It produces less meat then the naked pink pigs you're used to seeing, so it has become quite rare. Image credit: Dreamstime


Meremang tengkuk tengok gambar babi ni tau.