SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, December 24, 2009

Petua kempiskan perut gendut

Sebelum aku bagi petua yang diperturunkan dek kawan aku masa pi Genting tu, izinkan aku gelak berguling-guling ala hindustan sat.

Hohohoho! Hahahaha! Wakakakaka!

Ok. Meh aku bagi petua dia.

Kawan aku la bagi ni. Karang korang kata aku pulak yang buat ajaran sesat. Dia kata ini mak dia ajar n mujarab sebab mak dia pernah buat. Hahaha!

Cara-caranya:


-Mula-mula tarik nafas dalam-dalam. Tahan n jangan hembus dulu.

-Lepas tu cuba bayangkan yang perut korang tu macam pensil.



-N dengan nafas yang tengah dok tertahan tu korang cuba tulis 1 sampai 10 menggunakan perut. Lepas tu baru lepas nafas.



Hahahaha! Aku nak demo karang muntah hijau lak korang tengok aku bergelek perut. Tapi itu la petua dia.


Bukan la aku suruh taruk pensil kat perut oke. Bayangkan yang perut korang tu macam pensil aje. Tak payah la pulak sediakan kertas segala. Konon-konon tulis atas angin guna perut.


Eh, tak reti la aku nak explain.


Rasa-rasa korang paham tak apa aku cuba sampaikan ni.


Akekekeke!





1 comment:

puterikurekure said...

mcm pensil ek.
hehehe.

susah nak tulis nombor tu. takpe..usaha tangga kejayaan.

=)