SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, December 2, 2009

Mengantuk disorongkan bantal peluk

Semalam aku abes meeting pukul 11.30 malam lebih kurang ye.


Dan aku amat la di tahap orang yang mengantuk disorongkan bantal ni haaa.....


Abes meeting pulak tak balik terus. Dok soksek soksek kejap, pukul 12.30 baru sampai rumah. Dah sampai rumah tak terus tido.


Aku salin lauk pauk lebih time meeting malam tu sebab ramai tak makan. Lepas tu aku bersantap sorang-sorang. Perut aku dah masuk angin dah masa tu. Kentut aje keja aku time orang dok bermeeting tu. Nasib baik tak mengeluarkan aroma yang 'harum' semerbak. Wakakaka!


Kalau tak confirm member sebelah dah muka hijau dok tahan nafas. Akekeke!


Lepas makan aku basuh muka, gosok gigi lepas tu on pc jap.


Pukul 1.30 baru aku tido.


Dan hasil daripada tido lewat tu aku berjaya memberikan keceriaan pada punch card aku pagi ni. Warna merah tu kan ceria. Huhuhu....


Meeting malam semalam adalah pemanas untuk meeting pagi tadi. Baru je sat-sat ni abesnya. Lega sebab tak sempat nak present paper coz meeting ditangguhkan. *menari ronggeng jap*


Sekarang aku nak mengepam sebab tek aku dah bengkak. Malam semalam aku dah malas nak buat pekerjaan tu.


Perut pun asek sakit je nih. Tiba-tiba pulak cibi maruko chan lepas breakfast pagi tadi. Apesal aku sorang aje yang cibi?




2 comments:

Mak Su said...

rajinnya, maksu dulu biarkan jer kering di baju, pemalas sungguh

AmiYs said...

mak su - heheh.. klu x sakit mmg buat bodo je... ni dh menggelupur bru sibuk nak pam.. :)