Aku beli nasik tadi lepas balik klinik. Kata tak boleh cabut lagi gigi kan. Terus beli nasik. Kalau tak dah kena makan bubur aje la.
Nasik lauk bergedil besar gabak, sikit sayur n hati. Nak tambah darah la konon.
Amik lauk pulak yang tak menarik dengan harapan aku tak bernafsu nak makan banyak kerana dalam proses untuk menguruskan diri yang dah montel.
Yeee... Aku dah montel. Sebelum ni tak nak ngaku. Tapi lepas tengok gambar yang snap-snap kat Genting tengok muka bulat aje. Penuh aje gambar. Tak sukeeee!
Hoh, dan memang lauk adalah tak menarik.
Sebab bergedil dia rasa macam tempoyak.
Apekah?? Makcik ni buat bergedil letak tempoyak ke? Special punya bergedil gamaknya.
Kalau tempoyak yang buat makan dengan sambal belacan memang feveret aku. Tapi kalau dah bergedil rasa tempoyak terus tak lalu aku nak telan.
Tapi tak apa. Kan dah tak pasal-pasal aku tak lalu nak makan. Sekali gus buat aku berdiet. Akekekeke...
4 comments:
1st time dengar begedil rasa tempoyak...hihi
jasfyra - iyee.. sungguh bergedil tu ada rasa tempoyak.. tempoyak tumpah masa diorg uli begedil tu kot.. hahaha!
hukhuk...mesti dia bubuh kentang dalam bekas tempoyak. takpon, dia bubuh dalam fridge yang ada tempoyak. kan? kan?
puterikurekure - heheh..maybe la.. rasa tempoyak kuat tu..
Post a Comment