SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, December 24, 2009

Dah abes hibernate dah

Aku hibernate kejap je. Sebab tengah emosi kan. Karang benda merepek aje aku taip kat sini.

Tadi aku nangis. *malu la. blushing jap*

Sebab aku dah geram sangat. Aku mintak tolong masing-masing ada aje alasan.

Last-last aku nangis terus ajak staf aku pi tukar tiket train. Dah makhluk tu buat function pagi Ahad. Tak ada siapa pulak nak pi. Tak mati aku kena marah nanti dengan bos.

So aku la yang terpaksa pi tu sebab masing-masing alasan macam kan ada family n dah kawen anak seploh.


Yang sorang tu lagi best, kata pagi tadi dah fly pi Sarawak. Tengok-tengok claim dia ada lagi tak lengkap. Tiba-tiba muncul kat opis lepas bagitau macam tu. Ko terjun dari flight ke apa? Nampak sangat menipu tu kan.

Bila dah sampai stesen komuter Batu 3 nasib baik la kat sana tak ada jual tiket intercity sebab stesen Batu 3 tak ada komputer. *miskin bebenor sampai sebijik komputer pun tak ada*


Terus ingat nak ke stesen Shah Alam. Tiba-tiba budak sorang ni call. Kata, tak apa la. Dia pi. Kesian kat aku sebab nak kena tukar tiket semua.


Ceh...


Dah bos ko ni macam orang gila ke hulu ke hilir dengan emosi terganggu air mata air hidung semua meleleh ni baru la korang kesian.




Apa hari-hari aku nak kena nangis ke?


Lepas ni jangan harap korang nak manja-manja dengan aku. Aku nak jadi bos paling kejam. Tak suka boleh blah. 



Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die!









1 comment:

puterikurekure said...

alhamdulillah...ada jugak yang offer diri saat2 akhir.

amiy blanja la budak tu donut. hehehe~ korang makan berdua je. biar yang lain menganga tengok korang makan. sape suruh tak tolong amiy kan?