Aku saje dok google-google jumpa lak pasal ni. Kot korang rasa korang ada simptom macam kat bawah ni copek-copek la jumpa doktor. Tu yang ramai orang dok bunuh diri tu. Huhuhu...
Kemurungan
Apakah gangguan kemurungan?
-Kita semua berasa sedih apabila kejadian yang tidak diingini berlaku.
Tertapi gangguan kemurungan adalah suatu penyakit yang
melibatkan badan, perasaan dan juga fikiran anda.
· Ia bukannya kemuraman yang sementara.
· Ia bukannya satu tanda kelemahan.
· Ia bukanya sesuatu yang kita boleh tamatkan dengan sendiri.
· Ia tidak boleh dihilangkan dengan keinginan sahaja.
· Mereka yang menghidap kemurungan tidak dapat menguatkan
diri mereka dan pulih dengan sendiri.
Sekiranya kemurungan tidak dirawat, ia boleh berpanjangan selama
beberapa bulan ataupun tahun. Ia boleh menyebabkan penyakit fizikal
serta meningkatkan risiko membunuh diri.
TANDA-TANDA KEMURUNGAN
Mereka yang murung mungkin:
· Berasa sedih atau ‘kosong’ secara berpanjangan.
· Hilang minat atau hilang semangat.
· Mengalami masalah tidur.
· Hilang selera makan serta turun berat badan.
· Tidal dapat menumpukan perhatain dengan baik.
· Memikirkan tentang mati.
· Mempunyai symptom-simptom fisikal yang berpanjangan seperti
sakit kepala, masalah gastric/ perut dan kesakitan yang kronik.
APAKAH YANG MENYEBABKAN KEMURUNGAN?
Biasanya melibatkan kombinasi beberapa faktor:
· Kecenderungan genetic-Penyakit yang boleh diwarisi.
· Mereka yang memandang rendah terhadap diri sendiri.
· Tekanan diri alam persekitaran.
· Kejadian dalam kehidupan yang tidak diingini./
· Ketiadaan perhubungan yang memberikan sokongan.
RAWATAN KEMURUNGAN
MEMBANTU DIRI ANDA SENDIRI.
-Sekiranya anda murung, anda mungkin berasa tidak bertenaga, tidak
berdaya dan tidak berguna lagi. Ini adalah pemikiran-pemikiran yang
negatifyang merupakan sebahagian dari tanda0tanda kemurungan.
Fikiran-fikiran yang negatif ini akan hilang selepas kemurungan dirawat
dengan berkesan. TETAPI sementara itu:
· Jangan menetapkan matlamat yang sukar dicapai untuk diri anda
sendiri.
· Jangan pikul terlalu banyak tanggungjawab.
· Pecahkan satu tugas besar kepada beberapa tugas kecil dan
tentukan prioritinya.
· Jangan buat keputusan yang penting bagi kehidupan anda semasa
anda murung.
· Jangan bersetuju dengan fikiran-fikiran anda yang negatif.
MEMBANTU ORANG YANG MURUNG.
· Bawa dia berjumpa doktor atau kaunselor
· Berikan dia sokongan dan galakkan.
· Berikan dia dorongan
· Berikan nasihat yang berguna.
· Bantu dia menentukan matlamat yang realistic dan boleh dicapai.
· Jangan salahkan dirinya kerana mengalami penyakit.
· Jangan benarkan dia meminum alcohol.
· Sekiranya dia bercakap tentang mati, beritahu pada doctor yang
merawatnya.
Langkah langkah ke arah kesihatan mental yang baik.
1. Bersenam selalu
2. jaga pemakanan anda
3. Tidur dengan cukup
4. luangkan masa untuk beristirehat
5. jadi realistic tentang diri anda sendiri.
6. Buat perubahan pada diri anda beransur-ansur
7. Bincanglah masalah anda bersama teman serta saudara.
8. Rancang masa anda dengan baik
9. tangani perasaan negatif secara berkesan
10.Bentuk keluarga yang bahagia.
copy paste from http://www.jknsabah.gov.my/downloads/Kemurungan.pdf
Kat sini pun buleh tengok jugak. http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1186625976263
Senang cerita google aje kalau nak tau banyak lagi. Hehehe...
Kat sini pun buleh tengok jugak. http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content.jsp?lang=remaja&sub=0&bhs=may&storyid=1186625976263
Senang cerita google aje kalau nak tau banyak lagi. Hehehe...
2 comments:
alhamdulillah, kite takde simptom2 kemurungan ni.
sebab tu la org tua2 kuat pantangnya. salah satu sebab nak elakkan dari meroyan ni la. kan? kan?
puterikurekure - yup.. maybe la.. kena ada sokongan kuat hubby gak..
Post a Comment