Aku ingat nak balik awal.... Tapi ni dok melangut kat opis lagi. Huuuuuuu...
Dok menunggu transfer gambo dari hp ke pc.. Berzaman menunggu. Apa ke lombap bonar ntah?
Well, sepanjang aku balik kampung tak ada la yang menarik perhatian pon. Sana sinun orang dok buat kenduri kawen. Dah kata pun cuti sekolah.
Tapi aku berjaya membuat 1 kemajuan. Ngehngehngeh..
Iaitu.....
Aku berjaya drive kereta Abang Misai! Yeaaayyyy!!! *tepuk-tepuk. ^_^*
Selama ni memang horror la aku nak drive kereta laki aku tu. Adik beradik aku panggil kenderaan berat. Padahal kereta Wira aje pun. Hehehe...
Aku tak berani bawak la u olls.. Kereta Abang Misai potong spring maaa... Dah la tu bunyi mengaum-ngaum macam harimau kebulur.
Takut la aku nak bawak. Aku dah la ganas. Kot satgi aku bawak tersondol bumper kuat-kuat dah tertanggal pulak skirting kereta tu. Tak mati aku nak jawab.
Tapi sebab Abang Misai dah suruh bawak sebab aku nak pi balik rumah mama n dia kesian takut Amir kepanasan dia suruh aku drive. Abang Misai lak time cuti tu la dia kena keja. Mencik tau!
Macam la rumah mama tu jauh bebenor. Kalau jerang air atas dapur pun tak sempat nak panas la kalau aku berjalan. Heheheh...
Apa nak buat, aku kawen dengan orang dekat sangat. Cari pakwe sampai Sabah Sarawak nun. Last-last sangkut dengan orang 1 taman jugek. Wakakaka!
Tak mencabar kan.
No comments:
Post a Comment