Wahhh.. Sungguh mengantuk di pagi hari. Dah semalam dekat pukul 1 pagi baru tido. Ntah apa yang aku buat pun tak tau. Nak kata iron baju setakat 2 pasang aje pon yang aku iron. Lepas tu tergolek-golek depan tv layan cerita Bones, lepas tu NCIS, lepas tu Criminal Mind pulok. Huhuhu...
Ni aku lupa aku dah off iron tu ke belum. Hoh.. Dengan hp lupa bawak. Apa nak jadi dengan kepala otak aku ni. Lupa, lupa, lupa. Banyak makan semut kot.
Ok, iron dah tutup. Hahaha! Pang sekali kat dahi tu bagi kuat sikit daya ingatan.
Ni aku ada baca kat majalah Nur ni, menarik tajuk dia. 10 isyarat anda dibuli di tempat keja. Ko, baca majalah Nur aku. Kalau tak komik Utopia yang aku balun baca. Hohohoh.. Dah tua pikiran macam budak-budak.
Ok, ok. Meh aku copy balik pasal isyarat anda dibuli di tempat keja. Cuba korang check tengok. Kot-kot la ada yang kena. Confirm kena buli la tu. Huhuhu...
- Ketua anda sering mencari kesalahan anda jika ada sebarang masalah yang timbul berkaitan kerja anda. Pada masa yang sama sering membandingkan hasil kerja anda dengan hasil kerja orang lain.
- Ketua anda sengaja mengatur mesyuarat pada masa dan tarikh yang sememangnya dia tahu anda tidak boleh hadir misalnya anda bercuti atau temujanji dengan klien. Dengan cara ini anda terpaksa membatalkan cuti atau lain-lain perkara yang penting atau anda sering ketinggalan terhadap isu-isu yang dibincangkan ketika mesyuarat. *hoh! terasa kejap. wakakaka!*
- Ketua anda sabotaj dengan mengatakan 'dia terlalu sibuk' untuk memberi maklum balas atau kelulusan dengan projek, kertas kerja dan lain-lain perkara yang anda telah berjaya lakukan.
- Anda menyedari bahawa ada staf lain turut bergosip tentang diri dan kerja anda. Malah hal peribadi anda turut menjadi mangsa bualan mereka.
- Jika ketua anda berada dalam tekanan, dia mengungkit tentang kesilapan-kesilapan yang pernah anda lakukan bagi mengaburi mata orang lain tentang kelemahan lain yang ada.
- Pada sebelah malam atau hujung minggu anda berasa benar-benar penat dan tidak ada hati atau mood untuk keluar bersama teman.
- Selain sering dimarahi ketua, orang lain turut ambil kesempatan atas kebaikan diri anda. Walaupun hal ini diketahui oleh ketua anda, dia hanya membiarkan sahaja.
- Anda merasakan saban hari ketua hanya tahu mengkritik tentang kerja anda.
- Anda berasa berat hati untuk melangkah ke pejabat. Anda mula tidak seronok bekerja dan mencari-cari kerja lain yang lebih sesuai.
- Anda merasakan diri anda tidak dihargai oleh ketua dan pihak syarikat sendiri.
So, amacam? Ada yang kena batang hidung tak. Hahaha! Ada la jugak yang macam sipi-sipi kena libas kan. Tapi tak apa. Buat bodoh aje. Tapi bukan la bodoh terus.
Bagus jugak majalah Nur ni. Banyak info. Cara-cara pakai tudung pun ada. Berbaloi-baloi aku beli time bosan-bosan tunggu tren minggu lepas.
Eh, dah aku jadi duta majalah Nur pulak. Hakhakhak!
Aku nak minum milo n makan biskut ni. Lapar pulak.
2 comments:
Betul la Amiys, byk yg kena dlm fakta tu..takleh jadik ni..
zee - ahahaha.. nnti buat sambungan lak patut buat apa klu ada yg kena dlm fakta tu.. hehehe...
Post a Comment