SaYa SayaNg AnDa :)

Tuesday, December 1, 2009

Pagi yang macam s**t

Pagi-pagi ni angin aku dah tak baik.


Nak pi keja pagi tadi tetiba aje kereta Perdana ni potong depan aku dengan tak bagi signal. Aku tengah laju pulak tu. Tau la kereta ko mahal kan. Sipi aje lagi nak bergesel. Memang mangkuk ayun!


Lepas tu pulak tiba-tiba dok menghimpit kereta aku ke kanan. Tadi ko gatal nak ke kiri. Ni main himpit-himpit. Aku sepuk kang. Tengok-tengok kat mulut driver sengal tu ada sebatang rokok tak nyala lagi. Dia pulak dok teraba-raba cari apa ntah kat seluar dia. Dah drive pun terhoyong hayang masuk lane orang.


Kan dah tak pasal-pasal pagi aku penuh dengan makian. Eh, nak merokok tu boleh tunggu ko sampai destinasi dulu tak? Kalau tak mulakan hari dengan rokok tu boleh mati ke ko aaaa??!!!


Aku tak heran langsung orang nak merokok even aku memang tak suka bau asap tu. Tapi pliz.. pliz... pliz.. *aliff satar lak* jangan merokok depan aku n hembus asap tu depan aku *apa kena mengena dengan aku emo ni ntah*. N jangan la merokok time drive ni. Sebab time tu la ko sibuk nak cari lighter la. Nak simpan kotak rokok la.


Lagi satu ek, kalau ko dukung anak ke tengah dok main-main dengan anak ke rokok tu tolong la jangan hisap. Kalau dah kemaruk sangat pi jauh-jauh. Semalam aku nampak sorang bapak ni selamba katak sambil dukung anak sambil hisap rokok. Nak anak ko mati cepat ke apa?!


Aku emo pasal benda lain pun ada sebenarnya ni. Tapi dah meleret pasal rokok pulak.


Aku blah dulu la. Karang makin meleret ke lain pulaknya.


Hari ni memang shitto.....


Dah la malam ni ada meeting. Tak ada masa lain. Time nak berehat pun kena meeting.






2 comments:

zee nazeri said...

Bwk BSABAR Amiys..

AmiYs said...

zee - ntah la zee.. x tau nak sbr camne dh.. sedih lak tu pg2 ni.. :(