SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, December 21, 2009

Amir @ 4 months

Pagi tadi pi klinik. Bawak Amir check up untuk 4 months.


Sebab tu la aku cuti hari ni. Bukan sesaje nak cuti. Kalau klinik tu belakang opis memang la aku tak heran oke. Ni anak aku kat Penang. Takkan setiap masa aku nak mintak tolong orang hantar. Aku pun nak jugak tau perkembangan anak aku.


Hari tu aku terpaksa cancel balik kampung sebab keja orang tak nampak pulak ek. Dah la masa tu dah beli tiket. Nasib baik boleh tukar tarikh.



Dah 4 bulan dah budak debab ni. Makin hari makin montel lemak berkrim disukai ramai.

Rambut kembang dia abah dia belum trim lagi. Kembang semangkuk la macam sarang tebuan. Aku pulak yang rimas nengoknya sebab rasa macam panas aje. Huhu...

Perkembangan Amir untuk 4 months:

-Berat 7.5kg, kusss semangat oke. *pulak tu nampak ummi nak berdukung semedang. huhuhu...*


-panjang a.k.a tinggi 66cm


-lilit kepala 42cm


-dah pandai meniarap tapi tergostan ke belakang. Hahaha! Lepas tu tak reti nak golek balik.



-gelak sakan kalau orang agah-agah


-semenjak masuk 4 bulan adalah sangat cranky di waktu malam. Nak berdukung jugak.. Lebam bijik mata ummi tak cukup tido


-suka masukkan tangan dalam mulut sampai air liur meleleh since tak pakaikan mittens dia.


-dah pandai pegang teether n gigit-gigit teether tu. Gatai gusi kot Amir ni.


Hmmm.. banyak lagi rasanya. Tapi yang ni la paling selalu dia buat. 


Bila nak dapat pindah ni. Tension ah.




Pic tarak sebab malas nak upload. Aku memang stok pemalas sikit. Laptop laki aku ni tadak gigi biru lak. So lagi menjadi-jadi la pemalas aku ye.







2 comments:

puterikurekure said...

mana gambar budak bam2 tu?

AmiYs said...

puterikurekure - hehe.. nnti kite upload.. tgh mls gila ni.. :)