SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, December 31, 2009

Meeting di tahun baru

Baru lepas mamam Ani Sup Utara. Alhamdulillah. Orang belanja pulak. Lagi sedap la jadinya. Hahaha!

Semalam pun makan benda yang sama. Gusi tengah bengkak ni malas aku nak mengunyah. Telan aje terus. Lunch tadi pun aku terlupa nak makan. Boleh terlupa nak makan pulak kan. Sebab sibuk sangat mengemas meja yang dah selerak macam seploh orang duduk.

Ni pulak baru dapat minit n nak kena buat maklum balas.

Isnin pulak ada meeting. Waduhhh...

Jangan la tren lambat lagi. Mau dipandang serong aje aku nanti.


 p/s: ni n3 aku yang ke 400.. huhuhu... rajin bebenor aku mengarang benda merapu kan.



Konon nak masuk contest tapi ada sikit sengal

Tengok iklan nuffnang Friso Gold ni teringin pulak aku nak join.

Tapi dalam kepala otak adalah amat bebal sebab tak tau nak buat karangan oke. Dah berkurun aku tinggalkan karang mengarang ni.

Ayat dalam blog ni pun lebih kurang aje.

Kena pulak tajuk dia bagi dalam english. Lagi menangis la aku nak buat ayat sebab english aku tahap dewa dewi punya fail sekarang ni.

Dulu-dulu terror la jugak. *perasan jap*

 Menang holiday pi Disneyland Hong Kong tuuuuu... Aku ni dah la tak pernah gi makan angin kan. Maka amat la jakun jadinya.

Eh, berangan aje keja aku ni.

Tak apa la. Bagi orang lain aje la masuk. Huhuhu...








Semua orang cuti kot

Time aku nak settle keja ni la semua orang yang aku contact tak ada.

Cis betul!

Dah aku pun dapat surat last minit. Orang pulak hujung-hujung tahun ni dok cuti-cuti Malaysia nak kasi clear cuti tu. Aku pun ada lagi 20 hari cuti. Tahun depan tak clear abes hangus aje. 

Memang ramai orang balik kampung kot. Pagi tadi pun relaks je aku sebab jalan lengang. Tak ada la aku menyumpah sangat pagi-pagi.

Eh, aku berkenan dengan maxi dress la. Semalam tengok kat East Wear Alam Sentral. Menjejes air liur lor. Huuuu... Cantik sangat-sangat la.

Tapi adalah kecik ati sebab aku rasa aku gemuk maka tak cun kalau pakai maxi dress tu.

Waaaa....

 

New year is coming

New year esok.

Macam biasa, kalau tahun baru masing-masing berebut la nak berazam kan. Aku kadang-kadang datang mood nak buat azam tu macam-macam ado. Kalau tak ada mood terima kasih aje la Jenab.

Disebabkan pagi ni aku datang awal ke opis even gusi masih sakit sepoi-sepoi bahasa jadi aku pun nak buat azam baru la. Boleh gitu? Hahaha!

  • Mau berjimat cermat. Menyimpan untuk masa depan. *semalam baru beli sehelai baju. perkembangan bagus ke tu? wakaka!*
  • Nak berbisnes. Sekarang on da way. Nanti aku jom hebohkan kedai aku. Akekeke! Mau jadi usahawan berjaya.
  • Nak pindah Penang!!! Gigih mencari jawatan kosong yang boleh mencelah kat sana.
  • Eden nak kuruskan badan yeeee... Berat saya udah 65kg. Nak beli baju yang berkenan semalam pun macam sedih-sedih aje sebab nampak besar gedabak dah aku ni dengan lemak tersentil sana sini. Cis!

Banyak lagi la. Lupa pulak. Hohoho.. Nanti ingat aku tambah. Nak siapkan keja sat sebab petang ni mau pulang ke kampung.

Oh, lagi satu. Happy birthday to my fren ALLY. Sori yang. I sangat ngantuk semalam lupa la nak wish kamu. Tapi dah wish dalam blog ni ok tak? Glamer tau. Akekeke! Sepak pungkoq tu baru tau.









Wednesday, December 30, 2009

Bubur malas

Perut dah mendidih kelaparan... Huuu...

Baru aje bangun tido n masak bubur. Tadi nak masak air pulak tak ada. So, tido dulu la.

Bangun-bangun terpa sink air dah ada balik. Fuhh... Lega.. Alhamdulillah.

Maka terus gigih memasak bubur sebab gusi dah start membengkak lor pulak.

Baru angan-angan nak makan nasik ni. 

Bubur hanyalah bubur orang bujang. Sob.. Sob.. Taruk ikan bilis n bawang yang dah goreng. Nasib baik ada sayur campur yang beku tu. Nampak kalerful la sikit. Huhuhu...


Ok, tengah tunggu bubur sejuk sikit. Panas-panas tak digalakkan makan untuk orang baru cabut gigi ek.


Tak sabor nak mamam...



lapor gaban

Aku kebulur.

Dah la tak boleh nak makan sebab gusi berdenyut. Ingatkan balik nak masak bubur la.

Sekali air pulak tak ada. Orang dok merepair paip pulakkkkk...

Dengan bau-bauan orang memasak ni sedap sungguh.


Hampeh la...



Nak kena minor surgery pulok

Nyut.. Nyut.. Nyut...

Gusi aku tengah dok berdenyut ni. Tadi pi klinik gigi. Nak cabut la kan. Dah berapa kali pi dia kata gusi aku bengkak je. Bagi ubat macam nak suruh buat makanan ruji pulak.

So, pagi tadi terhegeh-hegeh la aku pi klinik.

Nasib baik tunggu tak lama sangat. Oke, bagus... Tak payah tukar piagam pelanggan.

Masuk aje bilik doktor tu, dia tengok gigi aku terus dia kata,

'Susah nak cabut ni.'

Apekah menakutkan aku???!

Aku dah horror oke. Rasa macam nak lari jek. Tapi rileks. Aku kan cool. Wakakaka!

Doktor tu cute la. Doktor perempuan. Bukan laki. So lepas kena bius tu aku dok la weng-weng kejap kat luar bilik sebab doc tu nak cabut gigi orang lain pulak.

Masuk aje balik jenuh doc tu korek-korek nak kasi gigi aku keluar. Macam-macam gaya ada. Kepala aku tu rasa macam apa dah. Siap kena pegang dengan nurse lagi. Adoi...

Lepas berapa minit doc tu berusaha last-last doc tu surrender.

'Akar gigi awak ni dalam sangat la. Saya tak berani nak korek lagi takut termasuk rongga hidung. So, saya set appointment untuk minor surgery lah.'

Erk... Terus rasa nak pitam.

Appointment untuk surgery adalah 1/2/10, hari Selasa pukul 2 petang.

Arrr... Ngeri.. Ngeri... Mimpi ngeri...

N aku dapat MC sebenarnya ni. Tapi sebab ada hal sikit aku ke opis. La ni kat opis la. Sempat lagi nak update blog. Hohoho...

Biasa la, pekerja gemilang kata kan.

;p



Tetek @ payudara @ breast

Ok. Pagi-pagi dah merepek.


Aku nak tanya ni...

Apa beza tetek, payudara dengan breast?

Sama aje kan.

Tapi kenapa kalau aku sebut macam ni,

'Tetek aku sakit la.' *contoh la tu*

Orang akan kata dekat aku. 

'Eh, apa ni mencarut.' Or,

'Cakap sopan sikit boleh tak?'

Errr... Kurang kesopanan kah aku?


Tapi time cakap breast sekuat hati orang tak kata apa pulak.


Adekah perkataan tetek tu mencarut? Kan sama aje makna dengan breast tu. Konon kalau cakap breast adelah sopan kah?


Kalau nak sopan baik sebut payudara.


Dah macam bahasa buku la pulak kan. Kot tak singkatkan macam nama ubat orang dok jual tu, payuda. Wakakaka!





Tuesday, December 29, 2009

Yummy pizza

Hooo... Sendat perut timah oiii...

Baru lepas mentekedarah pizza hut. Lama dah ngidam ni. Heee...

Aku tibai 2 slice pizza chicken trio, 2 ketul chicken wing, 4 potong garlic bread n 1 mangkuk ayun sup. Kalau ada ruang memang dah menyumbat lagi.

Pic tarak. Sebab lupa bawak hp. T__T

Tapi bebudak bertuah tu ada la amik gambo tadi. Macam-macam aksi. Muka aku yang tengah dok mengembung kunyah roti pun termasuk sekali.

Kot diorang tepek masuk fb karang aku curik la. Wakaka...

Jadi bila sudah kenyang perut maka mata pun turut kenyang dan mau tido. Hohoho...

 

Warkah cinta seorang rocker

YOU'LL NEVER WALK ALONE

Warkah cinta seorang rocker

Salam,



Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..



Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?



Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket
konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain. Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!



Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!



Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!



Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!



Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!





Yang Benar,



Razak (Bukan nama sebenar)





^__________^










10 isyarat anda dibuli di tempat kerja

Morning alls...

Wahhh.. Sungguh mengantuk di pagi hari. Dah semalam dekat pukul 1 pagi baru tido. Ntah apa yang aku buat pun tak tau. Nak kata iron baju setakat 2 pasang aje pon yang aku iron. Lepas tu tergolek-golek depan tv layan cerita Bones, lepas tu NCIS, lepas tu Criminal Mind pulok. Huhuhu...

Ni aku lupa aku dah off iron tu ke belum. Hoh.. Dengan hp lupa bawak. Apa nak jadi dengan kepala otak aku ni. Lupa, lupa, lupa. Banyak makan semut kot.

Ok, iron dah tutup. Hahaha! Pang sekali kat dahi tu bagi kuat sikit daya ingatan.

Ni aku ada baca kat majalah Nur ni, menarik tajuk dia. 10 isyarat anda dibuli di tempat keja. Ko, baca majalah Nur aku. Kalau tak komik Utopia yang aku balun baca. Hohohoh.. Dah tua pikiran macam budak-budak.


Ok, ok. Meh aku copy balik pasal isyarat anda dibuli di tempat keja. Cuba korang check tengok. Kot-kot la ada yang kena. Confirm kena buli la tu. Huhuhu...


  • Ketua anda sering mencari kesalahan anda jika ada sebarang masalah yang timbul berkaitan kerja anda. Pada masa yang sama sering membandingkan hasil kerja anda dengan hasil kerja orang lain.
  • Ketua anda sengaja mengatur mesyuarat pada masa dan tarikh yang sememangnya dia tahu anda tidak boleh hadir misalnya anda bercuti atau temujanji dengan klien. Dengan cara ini anda terpaksa membatalkan cuti atau lain-lain perkara yang penting atau anda sering ketinggalan terhadap isu-isu yang dibincangkan ketika mesyuarat. *hoh! terasa kejap. wakakaka!*
  • Ketua anda sabotaj dengan mengatakan 'dia terlalu sibuk' untuk memberi maklum balas atau kelulusan dengan projek, kertas kerja dan lain-lain perkara yang anda telah berjaya lakukan.
  • Anda menyedari bahawa ada staf lain turut bergosip tentang diri dan kerja anda. Malah hal peribadi anda turut menjadi mangsa bualan mereka.
  • Jika ketua anda berada dalam tekanan, dia mengungkit tentang kesilapan-kesilapan yang pernah anda lakukan bagi mengaburi mata orang lain tentang kelemahan lain yang ada.
  • Pada sebelah malam atau hujung minggu anda berasa benar-benar penat dan tidak ada hati atau mood untuk keluar bersama teman.
  • Selain sering dimarahi ketua, orang lain turut ambil kesempatan atas kebaikan diri anda. Walaupun hal ini diketahui oleh ketua anda, dia hanya membiarkan sahaja.
  • Anda merasakan saban hari ketua hanya tahu mengkritik tentang kerja anda.
  • Anda berasa berat hati untuk melangkah ke pejabat. Anda mula tidak seronok bekerja dan mencari-cari kerja lain yang lebih sesuai.
  • Anda merasakan diri anda tidak dihargai oleh ketua dan pihak syarikat sendiri.

So, amacam? Ada yang kena batang hidung tak. Hahaha! Ada la jugak yang macam sipi-sipi kena libas kan. Tapi tak apa. Buat bodoh aje. Tapi bukan la bodoh terus.

Bagus jugak majalah Nur ni. Banyak info. Cara-cara pakai tudung pun ada. Berbaloi-baloi aku beli time bosan-bosan tunggu tren minggu lepas.


Eh, dah aku jadi duta majalah Nur pulak. Hakhakhak!



Aku nak minum milo n makan biskut ni. Lapar pulak.





Monday, December 28, 2009

Melangut kebosanan nih

Aku ingat nak balik awal.... Tapi ni dok melangut kat opis lagi. Huuuuuuu...

Dok menunggu transfer gambo dari hp ke pc.. Berzaman menunggu. Apa ke lombap bonar ntah?

Well, sepanjang aku balik kampung tak ada la yang menarik perhatian pon. Sana sinun orang dok buat kenduri kawen. Dah kata pun cuti sekolah.

Tapi aku berjaya membuat 1 kemajuan. Ngehngehngeh..

Iaitu.....





Aku berjaya drive kereta Abang Misai! Yeaaayyyy!!! *tepuk-tepuk. ^_^*

Selama ni memang horror la aku nak drive kereta laki aku tu. Adik beradik aku panggil kenderaan berat. Padahal kereta Wira aje pun. Hehehe...

Aku tak berani bawak la u olls.. Kereta Abang Misai potong spring maaa... Dah la tu bunyi mengaum-ngaum macam harimau kebulur.

Takut la aku nak bawak. Aku dah la ganas. Kot satgi aku bawak tersondol bumper kuat-kuat dah tertanggal pulak skirting kereta tu. Tak mati aku nak jawab.

Tapi sebab Abang Misai dah suruh bawak sebab aku nak pi balik rumah mama n dia kesian takut Amir kepanasan dia suruh aku drive. Abang Misai lak time cuti tu la dia kena keja. Mencik tau!


Macam la rumah mama tu jauh bebenor. Kalau jerang air atas dapur pun tak sempat nak panas la kalau aku berjalan. Heheheh...


Apa nak buat, aku kawen dengan orang dekat sangat. Cari pakwe sampai Sabah Sarawak nun. Last-last sangkut dengan orang 1 taman jugek. Wakakaka!


Tak mencabar kan.





Sebelum dan selepas

Malas mau menaip. Tengok la pic budak debab ni ek. Sebelum n selepas digondolkan kepalanya. Hahaha!



Jangan tanya kenapa ummi hitam amir putih oke. Huhu..


 
 Aksi terkejut la kunun




 
 Saye sudah botak





 
Amir sudah pandai menggigit teether




Senyum... ^_________^




Aku dapat balik pic ni selepas menggodek guna magic. Hahahaha! Nasib baik dapat. Ingat nak lempar dah memory card tu sebab jahat hilangkan gambar.




Gambar yang dah delete pun leh dapat balik. Beshhhhh!!!





Esok la baru pizza

Eh, tak jadi pulak nak mentekedarah pizza hari ni.

Esok pulak. Sebab ada yang nak join tapi keja tak siap. Hahaha! Baik ko siapkan keja. Karang meroyan bos ko aku tak koser nak layan.

Aku tak apa la sebab aku yang ajak budak-budak ni menyetan kejap.

Esok pun esok la. Boleh aku buat belanjawan 2010. Hohohoho...


Aku tengah nak menabung ni. Laki aku dah bising kata aku ni tak reti menyimpan. Gaji aje abes tapi tak nampak ke mana hala tuju.


Eh, tak perasan pulak aku. Apa aje la yang aku beli. Untuk diri sendiri pun jarang shopping. Baju lagi la jarang bebenor beli baru. Balik-balik baju tu aje la aku belasah sampai nipis. 


Hmmm.... Beli barang Amir kot. *hahaha..salahkan Amir*


Oh, Amir debab sudah botak. Rimas sangat tengok rambut dia kembang-kembang tu kan. Sabtu lepas terus aku dengan Abang Misai trim kan sendiri guna mesin. Dah la tak reti dok diam. Sempat pulak tu melepas time tengah trim rambut tu. Huhuhu...


Marah kot kitorang botakkan dia. Sebagai hadiah dia bagi bau harum semerbak. Hahaha! Bertuah punya anak.


Aku nak tepek pic budak bulat tu tapi pic dalam hp aku sume hilang. Pakai kamera hp cap ayam je. Sekali memory card aku jadi corrupt hilang sume gambar. Kurang sopan sungguh.


Aku nak godek hp sat.











 

Pizza

Aku nak pi makan pizza. Ngehngehngeh..

Mau belanja staf aku sebenarnya. Sebab diorang dah tolong wakilkan aku semalam untuk function yang tak diundang.

So, sebagai ucapan terima kasih aku moh kita mamam pizza.

Sekali sekala apa salahnya kan.

Aku bukan Nizam Kambing

Baru balik dari kampung terus ke opis.

Yee.. Aku tak mandi lagi.

Basuh muka, gosok gigi, sembur perfume dah siap.

Ye la, karang aku balik mandi dulu ada pulak yang sibuk tolong check file cuti aku.

Kalau diorang ni merasa duduk kat tempat aku sekarang macam mana la pulak gayanya. Dengan badan letih tak sempat nak rehat. Nak berulang alik Penang Selangor.

Cakap kat orang boleh la. Cuba rasa sendiri baru la tau.

Dah, aku ada meeting ni. Malas nak layan emosi.


 

Thursday, December 24, 2009

Bakar sama ini pc!!!!

Hadossss...

Nak menitik air mata aku wei...

Dah penat aku buat slide kasi cun anggun dan sewaktu dengannya.

Tetiba slide tu tak boleh save. Error!

Apekah....

Penat aku mengadap dari pagi tadi senah oiii!!!

Kenapa pc ni buat aku macam ni? Why?! Why?!

Eeeee... Rasa nak bakar je.

Huhuhu..

Sengal tengkuk aku mengadap tapi tak boleh save. Pindah tempat lain pun non jadik jugak. 

Waaaaaaa!!!!!

 

Petua kempiskan perut gendut

Sebelum aku bagi petua yang diperturunkan dek kawan aku masa pi Genting tu, izinkan aku gelak berguling-guling ala hindustan sat.

Hohohoho! Hahahaha! Wakakakaka!

Ok. Meh aku bagi petua dia.

Kawan aku la bagi ni. Karang korang kata aku pulak yang buat ajaran sesat. Dia kata ini mak dia ajar n mujarab sebab mak dia pernah buat. Hahaha!

Cara-caranya:


-Mula-mula tarik nafas dalam-dalam. Tahan n jangan hembus dulu.

-Lepas tu cuba bayangkan yang perut korang tu macam pensil.



-N dengan nafas yang tengah dok tertahan tu korang cuba tulis 1 sampai 10 menggunakan perut. Lepas tu baru lepas nafas.



Hahahaha! Aku nak demo karang muntah hijau lak korang tengok aku bergelek perut. Tapi itu la petua dia.


Bukan la aku suruh taruk pensil kat perut oke. Bayangkan yang perut korang tu macam pensil aje. Tak payah la pulak sediakan kertas segala. Konon-konon tulis atas angin guna perut.


Eh, tak reti la aku nak explain.


Rasa-rasa korang paham tak apa aku cuba sampaikan ni.


Akekekeke!





Dah abes hibernate dah

Aku hibernate kejap je. Sebab tengah emosi kan. Karang benda merepek aje aku taip kat sini.

Tadi aku nangis. *malu la. blushing jap*

Sebab aku dah geram sangat. Aku mintak tolong masing-masing ada aje alasan.

Last-last aku nangis terus ajak staf aku pi tukar tiket train. Dah makhluk tu buat function pagi Ahad. Tak ada siapa pulak nak pi. Tak mati aku kena marah nanti dengan bos.

So aku la yang terpaksa pi tu sebab masing-masing alasan macam kan ada family n dah kawen anak seploh.


Yang sorang tu lagi best, kata pagi tadi dah fly pi Sarawak. Tengok-tengok claim dia ada lagi tak lengkap. Tiba-tiba muncul kat opis lepas bagitau macam tu. Ko terjun dari flight ke apa? Nampak sangat menipu tu kan.

Bila dah sampai stesen komuter Batu 3 nasib baik la kat sana tak ada jual tiket intercity sebab stesen Batu 3 tak ada komputer. *miskin bebenor sampai sebijik komputer pun tak ada*


Terus ingat nak ke stesen Shah Alam. Tiba-tiba budak sorang ni call. Kata, tak apa la. Dia pi. Kesian kat aku sebab nak kena tukar tiket semua.


Ceh...


Dah bos ko ni macam orang gila ke hulu ke hilir dengan emosi terganggu air mata air hidung semua meleleh ni baru la korang kesian.




Apa hari-hari aku nak kena nangis ke?


Lepas ni jangan harap korang nak manja-manja dengan aku. Aku nak jadi bos paling kejam. Tak suka boleh blah. 



Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die!









Hibernate

Tak ada mood.

Tengok la karang kalau ada mood aku update la.

Benci betul!


Wednesday, December 23, 2009

Lagi sorang buat benda ikut suka hati aje

Eh, bangang.

Menyumpah aje la keja aku ni tau.

Ni ada lagi satu orang buat majlis tak tanya kita ok ke tak dengan date tu terus set aje. Dah la buat hari Ahad. Baru bagitau semalam. Hari ni baru sampai surat.

Tak ke menyusahkan orang namanya tu. Ingat orang tak ada keja lain ke nak buat? Samdol betul la.

Ada otak tak nak guna. Tau la ada pangkat kan. Tapi pikir la sikit. Ni main taruk aje.

Dengan staf aku masing-masing tolak sana. Tolak sini. Ada hal itu ini. Aku sendiri pun dah beli tiket nak balik kampung la sengal.

Takkan nak cancel lagi.

Memang aku sangat marah dengan orang macam ni tau.

Planning kalau 2-3 minggu awal boleh la aku pikir lagi. Ini lagi berapa hari nak ke hari Ahad.

Heeee... Rasa macam nak lempang aje.





An awesome reply from CEO of J.P. Morgan to a pretty girl seeking a rich husband

Aku dapat emel ni. Lawak yang sungguh sinis oke. So, sila jangan berangan kalau anda adalah cun maka anda akan dapat orang kaya. Wakakaka!



A young and pretty lady posted this on a popular forum:                 
                                                                           
  Title: What should I do to marry a rich guy?                             
                                                                             
 I'm going to be honest of what I'm going to say here.                     
 I'm 25 this year. I'm very pretty, have style and good taste.
 I wish to marry a guy with $500k annual salary or above.                           
 You might say that I'm greedy, but an annual salary of $1M is considered only as middle class in New York .                                       
 My requirement is not high. Is there anyone in this forum who has an income of $500k annual salary? Are you all married?                     
 
I wanted to ask: what should I do to marry rich persons like you? 
Among those I've dated, the richest is $250k annual income, and it seems that this is my upper limit.  
                                             
If someone is going to move into high cost residential area on the west of New York City Garden ( ? ) , $250k annual income is not enough.       
                                                                           
  I'm here humbly to ask a few questions:                                 
                                                                           
  1) Where do most rich bachelors hang out? (Please list down the names and
  addresses of bars, restaurant, gym)                                     
                                                                           
  2) Which age group should I target?                                     
                                                                           
  3) Why most wives of the riches are only average-looking? I've met a few 
  girls who don't have looks and are not interesting, but they are able to 
  marry rich guys.                                                         
                                                                           
  4) How do you decide who can be your wife, and who can only be your     
  girlfriend? (my target now is to get married)                           
                                                                           
  Ms. Pretty      

                                                         
                                                                           
  An awesome reply from CEO of J.P. Morgan:                               
                                                                           
  Dear Ms. Pretty,                                                         
                                                                           
  I have read your post with great interest. Guess there are lots of girls out there who have similar questions like yours. Please allow me to analyse your situation as a professional investor.  
                     
 My annual income is more than $500k, which meets your requirement, so I hope everyone believes that I'm not wasting time here. 
       
From the standpoint of a business person, it is a bad decision to marry you.                                                                                                                                           
The answer is very simple, so let me explain.                             
Put the details aside, what you're trying to do is an exchange of "beauty" and "money" : Person A provides beauty, and Person B pays for it, fair and square.                                                       
However, there's a deadly problem here, your beauty will fade, but my money will not be gone without any good reason. 
                         
The fact is, my income might increase from year to year, but you can't be prettier year after year.  Hence from the viewpoint of economics,  I am an appreciation asset, and you are a depreciation asset. It's not just normal depreciation, but exponential depreciation. If that is your only asset, your value will be much worse 10 years later. 
                     
By the terms we use in Wall Street, every trading has a position, dating with you is also a "trading position".  
                                   
If the trade value dropped we will sell it and it is not a good idea to keep it for long term - same goes with the marriage that you wanted. It might be cruel to say this, but in order to make a wiser decision any assets with great depreciation value will be sold or "leased".       
Anyone with over $500k annual income is not a fool; we would only date you, but will not marry you.                                               

I would advice that you forget looking for any clues to marry a rich guy.  

And by the way, you could make yourself to become a rich person with $500k annual income.   
                                                
This has better chance than finding a rich fool.                         
                                                                           
  Hope this reply helps. If you are interested in "leasing" services, do contact me.                                                                                                                                    
  signed,                                                                 
  J.P. Morgan CEO                                                         


^_^

                                                               

Bergedil tempoyak

Aku beli nasik tadi lepas balik klinik. Kata tak boleh cabut lagi gigi kan. Terus beli nasik. Kalau tak dah kena makan bubur aje la.


Nasik lauk bergedil besar gabak, sikit sayur n hati. Nak tambah darah la konon.

Amik lauk pulak yang tak menarik dengan harapan aku tak bernafsu nak makan banyak kerana dalam proses untuk menguruskan diri yang dah montel.

Yeee... Aku dah montel. Sebelum ni tak nak ngaku. Tapi lepas tengok gambar yang snap-snap kat Genting tengok muka bulat aje. Penuh aje gambar. Tak sukeeee!


Hoh, dan memang lauk adalah tak menarik.


Sebab bergedil dia rasa macam tempoyak.


Apekah?? Makcik ni buat bergedil letak tempoyak ke? Special punya bergedil gamaknya.


Kalau tempoyak yang buat makan dengan sambal belacan memang feveret aku. Tapi kalau dah bergedil rasa tempoyak terus tak lalu aku nak telan.


Tapi tak apa. Kan dah tak pasal-pasal aku tak lalu nak makan. Sekali gus buat aku berdiet. Akekekeke...







Gigi aku ni sayang sangat dengan tuan dia

Aku baru masuk opis. Saje nak buat perangai. Boleh macam tu?

Tak la. Tadi aku pi klinik. Aku ada appointment nak cabut gigi. Dah 2 minggu buat appointment tapi tak pi sebab kursus minggu lepas tu.

Pi tadi sekali tak boleh cabut jugak. Adei la...

Sebab doktor kata gusi ai bengkak lagi. *gigi aku ni tak sanggup berpisah dengan aku kot* Doc kata boleh aje kalau nak cabut. Tapi takut bius tak lut n aku akan sakit lama.

Hoh! 

So, dia bagi option. Mau cabut jugak or tunggu gusi dah tak bengkak. 

Pasti la option ke 2 yang aku pilih. Tak koser la aku nak menanggung sakit lama-lama. Karang jadi isu lagi kalau aku cuti kan. *saje je jeles cuti aku banyak. Gampang!*

Aku ingat tadi kalau lepas gigi tu kena cabut aku nak pi opis jugak. Aku kan pekerja cemerlang, gemilang dan temberang. Wakakaka!


Sekali tak boleh cabut lagi daaa.... Dapat la time slip saje.


Ok la tu kan.


N dapat ubat lagi berkoyan. Kena abeskan lagi. 


Huuuuu...





Tuesday, December 22, 2009

Kita lihat siapa yang kenaaaaa.... ;p

Ok, aku kan dah janji nak bagi hadiah kat orang yang dapat jawab teka teki aku kat entry ni kan.

Well, dah ada jawab yang betul.

Hahahhaa...

Mari kita lihat siapa yang kena......




Nampak tak yang aku petakkan kaler purple tu...

Ye cik benz.. Jawapan anda adalah masyuk. Huhauhauahua! Sebab burung tu tutup telinga guna kepak dia maka tergolek bird la ke bumi. Ahaks!

Sila bagi address anda sekarang cik Benz.

Cik Yan, siapa suruh jawab lambat. Hahahah! Kalau nak kongsi la dengan Benz.. Agagagaga..

;p


P/S : Cik yan... adekah anda sudah lupa cara-cara berblogging sehinggakan sawang telah menyaluti blog anda?

 


 

Monday, December 21, 2009

Amir @ 4 months

Pagi tadi pi klinik. Bawak Amir check up untuk 4 months.


Sebab tu la aku cuti hari ni. Bukan sesaje nak cuti. Kalau klinik tu belakang opis memang la aku tak heran oke. Ni anak aku kat Penang. Takkan setiap masa aku nak mintak tolong orang hantar. Aku pun nak jugak tau perkembangan anak aku.


Hari tu aku terpaksa cancel balik kampung sebab keja orang tak nampak pulak ek. Dah la masa tu dah beli tiket. Nasib baik boleh tukar tarikh.



Dah 4 bulan dah budak debab ni. Makin hari makin montel lemak berkrim disukai ramai.

Rambut kembang dia abah dia belum trim lagi. Kembang semangkuk la macam sarang tebuan. Aku pulak yang rimas nengoknya sebab rasa macam panas aje. Huhu...

Perkembangan Amir untuk 4 months:

-Berat 7.5kg, kusss semangat oke. *pulak tu nampak ummi nak berdukung semedang. huhuhu...*


-panjang a.k.a tinggi 66cm


-lilit kepala 42cm


-dah pandai meniarap tapi tergostan ke belakang. Hahaha! Lepas tu tak reti nak golek balik.



-gelak sakan kalau orang agah-agah


-semenjak masuk 4 bulan adalah sangat cranky di waktu malam. Nak berdukung jugak.. Lebam bijik mata ummi tak cukup tido


-suka masukkan tangan dalam mulut sampai air liur meleleh since tak pakaikan mittens dia.


-dah pandai pegang teether n gigit-gigit teether tu. Gatai gusi kot Amir ni.


Hmmm.. banyak lagi rasanya. Tapi yang ni la paling selalu dia buat. 


Bila nak dapat pindah ni. Tension ah.




Pic tarak sebab malas nak upload. Aku memang stok pemalas sikit. Laptop laki aku ni tadak gigi biru lak. So lagi menjadi-jadi la pemalas aku ye.







entry emo gila khinzir

Supposely cuti adalah hari untuk kita menenangkan fikiran dan ceria-ceria di samping keluarga.

Betul?

Bagus... Betul adalah jawapan yang tepat. 10 markah untuk pasukan biru. Ewaaahhhh! Ewwwaaaahh!!! *terus feeling-feeling Kak Engku*

Tapi aku pelik. Tiap kali aku bercuti memang la sangat tak aman lagi mendamaikan.

Pagi tadi dapat sms staf aku lagi.

Dia kata bos angin pasal aku selalu tak masuk meeting. Eh, apekehalnya???

Aku kan memang tengah cuti. Kalau nak kira since aku abes cuti bersalin baru berapa kali bos wat meeting. 

Yang aku dok tercatuk kat opis time meeting sampai tengah malam tu tak nampak pulak. Orang lain yang memang selalu tak masuk meeting padahal ada je kat opis tak nak tegur pulak. Apesal senah oiii!!!


Memang bengkek la hati aku ni. Bernanah-nanah dah.

Korang tak rasa macam mana jauh dari family senang la cakap.

Meh, aku doa korang kena macam tu pulak. Nak ke?

Kan aku dah emo.

Tambah emo bila aku tengah bengang tak sengaja termarah laki aku. Dah dia pulak nak merajuk.

Ish...

Aku sangat emo la hari ni.

 

Sunday, December 20, 2009

Teka teki teka tekuk.. siapa 1st jawab betul ada habuan untuk anda.. haha!

Sticky mode lagi *nak kena lempang..haha!*. Aku tengah baik hati nak bagi christmas present ni. Lalala~~ Kalau dah jawab tinggalkan jejak bertapak anda, emel or blog or whateva la.



Waahhh.. seronot.. seronot... Dah abes taklimat.

Tapi tak seronot sepenuhnya la pasal esok exam.

Kepala otak dah la bebal sebab dah lama aku tak exam ni. Terus nak baca apa pun tak masuk otak. Takkan nak menoyol pulak. Nak kena tendang dari bilik exam?!

Ni, aku ada 1 teka teki.

Sebab bosan-bosan tahap cimpanzi tadi la. Orang berceramah kat depan kitorang berteka teki kat belakang. Lepas tu bila kena soal terus buat-buat tengok tempat lain. Dengan harapan penceramah tak panggil suruh jawab soalan.

Wakakaka! Perangai macam budak-budak.

Ok, siapa boleh jawab aku kasi hadiah misteri.

Soalannya adalah.....


Ada 2 ekor burung tengah terbang bersama-sama. Lepas tu tiba-tiba lalu la sebijik kapal terbang dekat dengan 2 ekor burung tu. Tiba-tiba 2 ekor burung tu jatuh. Padahal kapal terbang tu tak langgar pun burung tu.


Korang agak-agak kenapa?


Hehehe...


Sila berfikir secara out of the box sekarang.


Hakhakhak!


Eh, lupa. Orang pertama jawab betul la aku bagi hadiah. Kalau semua jawab betul tak makan la mokcik karang. Huhuhu...

Saturday, December 19, 2009

Meragam sokmo

Amir meragam gila since aku balik. Malam semalam lagi la. Bangun aje melalak. Susu tak mau. Puting tak mau. Rupanya nak berdukung. Wuwuwuwu...

Dah mata aku macam kung fu panda. Hitam bulat keliling ni. Ngantuk ok.

Petang tadi pun nak berdukung jugak.

Huiiii... Saje je Amir ni nak qada' dukung time aku tak ada tu.


Mau tido tapi dah tak buleh..


Arggghhhh!!!!


Friday, December 18, 2009

Sudah sampai

Amir tengah tido n Abang Misai pi keluar naik moto pi mana ntah maka boleh la aku melayan blog.

Sampai BM pagi tadi pukul 4 lebih. Laju pulak train ni. Aku sedar masa stop kat Tanjung Malim aje. Lepas tu terus pengsan tanpa rasa bersalah.

Budak sebelah ala-ala nak berborak pun aku abaikan. Huish... Sombong ke aku ni? Idok le. Aku ngantuk sangat. Badan dah lunyai macam sayur benyek punya penat.

Aku tersedar balik masa tu dah dekat sampai stesen Nibong Tebal. Itu pun pasal budak sebelah aku mengigau menjerit sampai semua orang yang dalam koc tu terjaga. Hahaha! Penat sangat ek dik. Terus tersipu-sipu budak tu.


Bagus la dia jerit kejut aku. Kalau tak harus terlajak ke Butterworth untuk kesekian kalinya. Hakhakhak! Pernah terlajak sebab tertido k. Nasib baik la tak jauh sangat.


Kot terlajak pi Padang Besar pasti la meraung. Meraung ke? Ke pi turun shopping mopping kat sana. Ewaaahhh!


Amir bijak ok. Aku balik dia tak nak dok baring-baring. Nak suruh dukung. Sikit-sikit merengek. Haaaa.. Tak balik lagi lama-lama. Kan dah kena dera dengan Amir. Nak berdukung semedang.


Bapak dia pun sama jadi mangsa. Abang Misai pun pi kursus gak 2 minggu. Abes semalam. Malam semalam Amir terus buat perangai tak nak tido. Hahaha! Sudahnya pagi tadi melepek bangun lambat laki aku lepas amik aku.


Eh, teka teki aku tu tak ada siapa nak jawab ke? Aku tengah murah hati nak bagi hadiah ni.


Selagi tak ada orang jawab aku buat sticky mode aje karang. 


Wakakaka!


Dah, aku nak makan. Mak mertua tersayang dah masak untuk menantu hantu pemalas dia ni. Huhuhu...