SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, November 20, 2009

Tak reti pakai tapi nak pakai jugak

Muka aku buruk la pagi ni.


Hasil daripada gatai pungkoq kelebet beg mekap yang aku tak tau pun ada isi apa kat dalam tu. Mekap tu hadiah hantaran akak aku belikan time kawen dulu.


Kelebet punya kelebet jumpa eye liner. Memang benda alah ni aku tak reti pakai. Pernah la pakai tapi mak andam la pakaikan masa bertunang segala tu.


Dah la dah lambat pi opis lepas tu miang sangat ko kan nak bermekap. Lepas tu nak jugak tenyeh eye liner konon-konon tengok orang pakai cantik ko pakai pun boleh cantik.


Sudahnya aku rasa dah macam minah gothic pulak. Hahaha! Dengan mata dah sedia besor ni aku tambah pulak dengan eye liner tak ke dah macam mata ikan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pakai eye liner mata ko dah macam mata bini herman monster tau tak.


Sebab dah lambat pi keja so macam aaahhh! Lantak la situ. Malas nak hilangkan. Terus berdesup pi keja.


Ni kat tempat keja la ni. Malas nak tilik-tilik muka dah.


Kalau orang tanya aku cakap je tak cukup tido. Huahuahaua!


Konkrit tak alasan?


6 comments:

Sharinginfoz said...

pakai aja....

AmiYs said...

sharinginfoz - haha.. mmg taram aje ni..

LuVidA^^ said...

hehee....pakai je ikot suke ati...;)

AmiYs said...

luvida - hehehe.. ikut suka ati la ni dik.. kena p klas mekap la gaya gini.. haha..

Suliana said...

amik la gmbr skit..aku nak tgk:-)

AmiYs said...

suliana - hahaha..nnti aku amek.. mata dah la berkedut mcm org tua dah nie..