Ni nak sambung cerita pasal Tia Amelia ni. Haha! Tak abes-abes la kan nak menerai untuk jadi jelita.
Set tu dah ada di tangan beta dari hari Khamis lepas. Hasil kegigihan Kak Ita membuat survey secara online di opis dari pagi sampai petang. Hikhikhik..
So malam tu jugak dengan tak sabarnya aku merasmikan produk yang telah menyebabkan aku kopak sebab belum gaji tapi nak jugak jadi jelita kan. Huhu.. Ni ada hutang lagi dengan Kak Ita ni. Tunggu gaji i bayar ye kak.
Ini la dia makhluknya....
Sabun dapat 2. Krim UV 1. Krim kunyit 1. Krim pemutih pun 1. Semuanya adalah amat la cinonet rasa macam tak sampai hati aku nak pakai. Tapi sebab dah beli angan-angan nak nampak cun macam Rozita Che Wan aku pakai jugak la.
Cara pemakaian benda alah ni senang aje. Malam lepas cuci muka dengan sabun oren tu, pakai la krim pemutih. Then krim kunyit. Kuning tu melekat kat tangan ooo... Siang pulak lepas cuci muka dengan sabun tepek aje krim UV tu jadikan alas bedak. Simple ok. Jangan gatal nak tenyeh krim kunyit gak siang-siang. Nanti orang ingat kena demam kuning lak. Heheh..
Ni aku sehari lepas pakai Tia Amelia. Ada perubahan tak? Wakakaka! Terajang lekat kat dinding baru tau. Baru pakai sehari perubahan apa yang nampak. Huhauhaua!
So, sama-sama kita nantikan adakah aku akan berubah menjadi jelita. *dush sekali! hahaha!*
Tak ada la jelita kan. But at least ada perubahan ke tak gitu.
Awal bulan 12 aku taruk testimonial. Sama-sama kita saksikan. Hahahaha!
2 comments:
mesti cerah la... macam model dalam tv tu... jangan kulit muka putih tapi tangan gelap dah la...
syima - hahaha..muka putih tgn gelap tu mcm dah pasti je..
Post a Comment