SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, November 12, 2009

Bos oh bos

Tengahari ni ngantuk pulak.


Aku tak makan pun lunch. Kenyang lagi breakfast nasi lemak pagi tadi.


Nak story pasal terjah menerjah ni. Bukan terjah melodi tu. Hahaha!


Bos aku ni. Pe'el dia suka bebenor masuk aje bilik orang tak ketuk pintu. Kadang-kadang dia ketuk tapi tak sempat aku nak bersuara dia dah bukak pintu dah.


Kadang-kadang kalau aku kunci pintu tiba-tiba aje dengar bunyi orang pulas tombol. *tapi tak boleh bukak la kan* Lepas tu bila aku bukak tengok dia dah tercongok depan pintu tu.


Pernah time rehat pulak aku tengah syok makan dia terus masuk. Tengah menganga nak menyuap pulak tu. Lepas tu ingatkan dah nampak aku makan tu dia tak kacau la. Oh, tidak ye. Dia bagi jugak arahan.


At least ketuk la dulu, lepas tu tunggu aku bukak pintu. Kot masa tu kain aku tengah terselak ke, aku dok buat projek mengepam lupa nak kunci pintu ke? Tak ke aku dah buat free show depan dia. Huuuuuu....


Hahahha! Memang tak tenteram aje aku rasa. Macam la dia tak boleh call aku je kan.


Korang punya bos ada tak buat macam tu?



2 comments:

zee nazeri said...

Huhuhu..dangerous tu..
My bos nak ke toilet mmg lalu ikut my room, sbb ade pintu rahsia dia kt bilik ni..
So mmg kena berhati2 la..
Tak buat la aksi2 kelucahan melampau..hehehe

AmiYs said...

zee - hahaha.. tu la, kena sopan santun perempuan melayu terakhir sentiasa lak... xde privacy even ada bilik sendiri kan...