SaYa SayaNg AnDa :)

Wednesday, November 11, 2009

Langgar lari

Pukul 2 pagi tadi kan aku terbangun sebab aku dengar bunyi.


Bunyi apa?


Nak tau jugak ke?


Bunyi la.


Lempang sekali baru tau. Hahhaha! Bagitau aje la kan. Konon nak saspen.


Aku dengar bunyi berdentum macam accident. Rumah aku kan sebelah jalan besar hala ke Bukit Raja tu.


Aku ingat aku mimpi. Tiba-tiba dengar bunyi suara orang pulak. Eh, mimpi apa pulak ni kan.


Bila bukak mata dengar lagi suara orang. Eh, bukan mimpi la.


Jenguk-jenguk luar tingkap nampak la mamat motor ni dok bebel-bebel sambil tahan kereta yang ada lalu. Kereta pun dah tak banyak pasal dah pukul 2 pagi.


Entah apa dia membebel. Tapi aku macam tak nampak pulak kereta ke motor ke yang berlanggar. Musykil la. Abes tadi tu bunyi apa?


Tengok mamat naik motor ni dok bebel-bebel lagi dengan orang bawak kereta tu. Tiba-tiba datang lagi 2 3 orang ntah dari mana join ternganga kat situ.


Mamat motor ni terus pi tengah jalan dengan gaya ala macho sebelah tangan tahan kereta yang tengah bergerak kan. Lepas tu aku nampak dia macam angkat something. Apa benda tu eh? Tak nampak pasal ada pokok halang.


Sekali bumper kereta daaa.. Kaler merah pulak tu. Rupanya ada kereta langgar signboard u turn kat simpang depan rumah aku. Lepas tu blah. Mamat naik motor ni rasanya dah nak dekat kena langgar kot. Pasal tu dia membebel.


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. *ada gaya-gaya Azlina Redzuwan tak?*


Signboard tu pulak tercabut menyembah bumi jadinya. Isk... Pelik sungguh. Sempat pulak lagi dia lari. Signboard tu atas divider tau. Confirm kereta tu pun naik divider jugak.


Kot korang nampak kereta merah tak ada bumper tu faham-faham je la. Hahahhaa!



4 comments:

[S]itie [B]Um [B]Um said...

umah dkt ngan jalan raya..tak takut berhantu ke? hehe

AmiYs said...

sitie - hahaha.. berhantu? xde la pulak.. rmh tepi jln berhantu ek?

cik EPAL said...

nasib baik takde kemalangan jiwa..hehe..

btw, i klik ur nuffnang ;)

AmiYs said...

cik epal - hehe.. tu la... signboard aje yg terkorban..

tq klik my nuffnang.. nnti i menyinggah ur blog k.. :)