Aku dah kat opis. Pukul 10.30 tadi sampai. Memang tengah malas tahap dewata raya dah ni. Maklum la, 4 hari kat kampung.
Abang Misai tak beli ole-ole pun dari Terengganu. Nak berjalan apakebendanya, dah banjir. Taun pulak lagi. Pulak tu, time nak balik kereta yang dia naik rosak pulak. Cis! Kalau tak pagi Khamis tu laki aku dah jemput aku. Ini Petang Khamis tu aku pulak yang jemput dia kat stesen bas sebab kereta tu tak siap repair.
So, hari Khamis siang tu aku dok bawak mak dengan adik aku pi JKM lepas tu melepek dengan Amir debab. Semangat sungguh lah badan anak ummi ni. 3 months checkup berat dia dah 6.6kg. Wawawa...
Amir dah pandai gelak-gelak dah sekarang. Lepas tu keja dia nak ajak orang berborak je. Lagi satu, pantang bebenor nampak muka aku mula la dia merengek nak suruh dukung. Ish.. Ish.. Kecik-kecik dah bijak.
Tido pun sekarang dia suka mengiring. Sampai masuk wilayah aku tido pulak tu. Harus lah bulan depan kena cari baby cot untuk dia. Karang dah pandai meniarap ada yang tak perasan dia dah kat bawah katil pulak. Kaki dah la suka main tendang-tendang ummi. Nasib baik dia kenal ummi dia lagi.
Hari Jumaat tu sehari suntuk kat rumah makcik laki aku. Diorang buat korban sekor lembu. Orang lain dok rewang masak-masak aku tolong tengok je. Hahhaha! Alasan yang paling konkrit adalah aku kena jaga Amir.
Aku segan la. Ai kan pemalu. Dusyum sekali! Huhuhu...
Pulak tu nak kena potong-potong daging tu lagi la haram aku tak reti. Bukan tak reti apa la. Kita potong lain. Orang tua punya cara lain. Karang ada yang pandang aku pelik-pelik pulak. Jadi, untuk mengelak pandangan pelik orang, baik lah aku duduk diam-diam layan Amir.
Keja aku dari raya haji sampai la balik semalam melantak daging aje la. Mana tak berlumba-lumba lemak cari tempat kosong kat badan ni nak melepak. Laki aku kata aku dah debab. Adik aku pun kata macam tu jugak. Wuuuuuuu.....
Ai nak kena langsingkan badan la macam ni. Kena ganti puasa cepat-cepat. Huhuhu....
1 comment:
biasalah dah lama cuti nak datang office pun malas kan..
Post a Comment