SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, November 16, 2009

Ponat sungguh baru balik dari kampung

Aku kat opis tapi masuk lambat. Pukul 12 baru aku masuk. Suka-suka hati buat opis macam opis ni aku ada syer. Hahaha!


Pagi tadi ada meeting rupanya. Dah aku masuk lambat memang hampeh tak tau la biji butir apa yang diorang dok bermeetingkan tu. Bos ada cari aku pulak tu. Huhu.. Terus staf aku jawab aku masuk lambat sebab balik dari kampung.


Maka keluar la ayat-ayat kesian dari bos,


"Susah jugak ye suami duduk jauh ni."


Ha'ah. Susah ok. Baru bos tau ke? Bos besar tak tau anak aku kat kampung jugak. Tu yang tiap-tiap minggu aku meroyan nak balik kampung.


Amir dah makin debab ok. Nanti aku tepek gambar.


Si Amir ni macam tau-tau aje ummi dia balik. Mula la buat perangai nak berdukung n tido celah ketiak. Selalu aku tanya laki aku dia ok je. Tido pun layan diri. Aku ada dia tak nak layan diri oke.


Dah terkejar-kejar aku nak masak dengan kejap-kejap dia dok nangis. Alahai... Nak manja-manja sungguh anak ummi ni.


Dah makin debab lepas tu nak berdukung. Harus la lenguh tangan aku. Dah tangan aku memang tengah sakit ni. Tapi aku suka dukung dia. Haha! *mati la ummi kena marah dengan abah lepas ni kalau Amir meragam dengan pengasuh nak berdukung je*


Timbang masa 2 bulan tu dia dah 5.75kg. Pampers pun dah kena tukar saiz. Ni timbang 3 bulan minggu depan ni berapa kilo pulak la. Ruam kat muka tu pun dah ok dah. Alhamdulillah.


Semalam time aku nak dekat balik dia tido. Bila aku cium dia nak keluar rumah dia bangun. Bila call ke rumah mak aku cakap dia dok meragam. Ala... Kesian dia.


Sori la sayang.. Ummi pi kerja. Insya Allah, tak lama lagi ummi dapat tukar. Boleh la Amir dok berkepit celah ketiak ummi je.


Eh, tetiba sentimental rasa nak nangis.



4 comments:

@e_da said...

ida dapat rasa camana tiap kali amys nak tinggalkan amir... tp amys lg kuat dr ida... amys mmg tabah.. ida tak sekuat tu nak lawan perasan berjauhan ngan mika.. dunia rasa kosong sesangat.. ida doakan amys cepat2 dpt tukar dpt duk ngan amir sekali.... sesungguhnya anak memerlukan kita ibunya disisi...

AmiYs said...

ida - tq coz doakan amiys ye.. ni pun mmg terpaksa la tabahkan ati.. klu asek pk je mmg xleh wat keja dah..

izzahazfar said...

ADUH...BERJAUHAN DGN ANAK...TAK SANGGUP....MINTA LA TUKAR...HUHUHU

keje gomen kan...tukar la SUK penang banyak kosong ni...hehehhe

AmiYs said...

izzah - mmg mintak tukar dh lama dh.. tp ssh btul nk dpt.. kata xde kosong.. kat SUK ada x gred E41 kosong.. heheh..kot ada leh mintak..