SaYa SayaNg AnDa :)
Monday, November 30, 2009
Ke Genting tapi bukan untuk bersuka ria
Laki aku kata aku dah membulatkan diri
Belum mandi dah bukak blog dulu
Wednesday, November 25, 2009
Dah dapat apa yang i tunggu-tunggu
Mulakan pagi anda dengan senyuman
Tuesday, November 24, 2009
Lengan Malek Noor besar kan..
Pinggan besar
Best kan kalau dapat sambung tido time hujan ni
Monday, November 23, 2009
Aku dah lalok ni...
Aku nak balik on time
Aku adalah amat bz
Pada yang jenguk-jenguk tu nanti aku balas balik yea.
Sunday, November 22, 2009
Macam ni ok ke?
Ok, aku dah ubah blog ni jadi 3 column.
Amacam? Ok tak?
Banyak lagi benda aku nak godek sebenarnya. Tapi nanti la dulu. One by one ok. *ayat di sebaliknya adalah malas.hikhikhik*
Macam mana aku buat jadi 3 column ni?
Thanks to Ceera yang buat tutorial pasal benda alah ni. Aku pun try godek-godek semalam. Menjadi dengan jayanya.
Nasib baik tak huru hara. Kalau tak menangis la hilang segala link. Huhuhu...
So, pada sesiapa yang rasa nak buat 3 column tu tapi ala-ala jahil macam aku sila rujuk di blog Ceera untuk maklumat lanjut. *skemanya ayat* Pastikan korang follow macam yang Ceera dok soksek kan. Pasti menjadi. Kalau huru hara den tak campur haaa.. Ekau tanggung la sendiri. Hehehe...
Dalam blog Ceera macam-macam tutorial ada. Eh, aku promote blog Ceera ni. Hehehe... Takkan la korang nak aku jadi cikgu buat tutorial gak kot. Hahaha! Tapi kalau ada yang mau bertanya silakan. Tak baik tau kedekut ilmu ni.
Eh, ok la. Aku tak mandi lagi ni dah ngadap blog. Wakakaka! Nak mandi ni. Papai..
Saturday, November 21, 2009
Operasi dimulakan hari ini
Hari ni aku nak kemas rumah.
Sebabnya aku tak balik kampung minggu ni. Tak dapat jumpa Amir. *rindu la ummi kat budak debab tu* Melepak kat Shah Alam. Rumah kat sini pun dah lama aku tak tolong kemas. Bilik aku pulak lagi la. Dengan sepahnya. Dengan habuk dah tebal macam mekap opera cina tu.
Maka, hari ini perlu menjalankan operasi dengan semangat yang jitu lagi membara. *poyo je ni, tiba-tiba karang sambung tido. kuahahaha!*
Tapi sebelum tu aku nak buat kunjungan balas dulu pada sahabat sekelian yang datang jenguk blog aku ni. Terima kasih ye pada yang sudi jenguk-jenguk tu. ^_^
Friday, November 20, 2009
Tengok tv tapi tutup muka. Baik tak payah tengok.
Siapa tengok cerita Jangan Tegur yang serial drama kat TV3 semalam?
Aku ni memang gagal sikit bab tengok cerita seram ni. Part tak seram pun aku tutup mata dengan tangan tapi ada hati jugak nak tengok cerita hantu.
Tapi cerita semalam tu memang vudus la aku dibuatnya. Takut oke.
Dah la aku tido sorang.
Tak pasal-pasal aku tido tak tutup lampu.
Tapi nak tengok lagi la minggu depan. *kalau ada orang teman la*
Hehehe...
Hitam mata sembapku
Member aku Su mintak aku tepek pic mata yang aku tenyeh eye liner tu.
Ni la dia.
Amik pic mata aje ok. Tak kuasa aku nak amik pic muka yang dah macam apa ni.
Tak semenggah ok mata aku. Dah amik pic dekat-dekat ni baru perasan sudah ada garis-garis penuaan di situ. Ayaks!
Aku guna pencil eye liner. Liquid eye liner lagi la mak tak reti. Harus la seratus kali try baru jadi kot.
Muahahaha!
Perlu ke kelas mekap la macam ni.
Tak reti pakai tapi nak pakai jugak
Muka aku buruk la pagi ni.
Hasil daripada gatai pungkoq kelebet beg mekap yang aku tak tau pun ada isi apa kat dalam tu. Mekap tu hadiah hantaran akak aku belikan time kawen dulu.
Kelebet punya kelebet jumpa eye liner. Memang benda alah ni aku tak reti pakai. Pernah la pakai tapi mak andam la pakaikan masa bertunang segala tu.
Dah la dah lambat pi opis lepas tu miang sangat ko kan nak bermekap. Lepas tu nak jugak tenyeh eye liner konon-konon tengok orang pakai cantik ko pakai pun boleh cantik.
Sudahnya aku rasa dah macam minah gothic pulak. Hahaha! Dengan mata dah sedia besor ni aku tambah pulak dengan eye liner tak ke dah macam mata ikan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak pakai eye liner mata ko dah macam mata bini herman monster tau tak.
Sebab dah lambat pi keja so macam aaahhh! Lantak la situ. Malas nak hilangkan. Terus berdesup pi keja.
Ni kat tempat keja la ni. Malas nak tilik-tilik muka dah.
Kalau orang tanya aku cakap je tak cukup tido. Huahuahaua!
Konkrit tak alasan?
Thursday, November 19, 2009
Kebetulan
Dok selongkar folder dalam pc ni tiba-tiba terjumpa pic ni....
Siapa ni?
Oho.. Budak ni aku kenal dalam tren masa nak balik Penang.
Tengok muka macam kenal la. Macam baru aje aku nampak. Tiba-tiba budak tu tegur aku,
'U yang naik tren minggu lepas tu kan?'
Terus kepala otak flash back time naik tren nak balik KL. Budak ni duduk sebelah aku la masa tu.
Aku ni kalau dah naik tren memang tak ada nak bermesra alam dengan orang sekeliling. Terus membongkang tido. Huhuhu...
Time nak balik Penang tu kebetulan naik tren yang sama jugak n duduk sebelah menyebelah again. Hahahaha!
Budak tu balik KL sebab tempat dia belajar cuti seminggu.
Dik, kalau ko baca blog akak ni contact-contact la. Hahaha!
Aku snap pic tu diam-diam je. Ko jangan saman akak pulak tau dik. Nama pun aku tak ingat. Sadis la aku ni.
Kalau aku dah menyampah tu memang aku menyampah la
Eiii.. Kejap cakap macam ni.
Kejap cakap macam tu.
Tak suka la aku. Menyampah ok.
*Motif tiba-tiba nak menyampah?*
Petang karang aku update.. Ada meeting ni..
Aku nak update tapi lambat sikit la.
Ada meeting yang memerlukan aku jap lagi *aku tak ada meeting tak jalan..wakaka..perasan orang besar sikit*.
Selalu buat auto publish je. Tapi malam semalam tak sempat pulak pasal aku dah ngantuk nak mampus.
Mata tak nampak benda lain selain katil, bantal n selimut. Hujan pulak lagi. Memang syok tido la kan.
Ok sayang-sayang sekelian. I'll be back *baca dengan gaya Arnold susahnakeja.hahaha*.
Wednesday, November 18, 2009
Nak makan orang
Lapar gila. Rasa macam boleh makan orang.
Aku kat opis lagi ni. Keja banyak oke. Kalau timbun-timbun depan aku ni confirm tak nampak muka jelita aku. ;p
Mata pun dah sakit pasal asek mengadap pc je. Keja aku ni kena guna sistem. Harus lah sentiasa meraba-raba aku lepas ni sebab dah rabun.
Pukul berapa pulak nak balik hari ni. Ish.. Tak dapat la makan nasi ambeng kat pasar malam dekat rumah aku hari ni.
Dah kopak-kopak pun nak beli makanan kat luar lagi. Masak sendiri la weiiii...
Busy semedang
Busssyyyynyaaaa rasa macam nak nangis. Huhu...
Pagi tadi ada meeting.
Esok ada meeting.
Ni nak mengupdate segala mak nenek lagi.
Lunch tadi makan nasi lauk sardin dengan telur aje. Bawak bekal. Semalam masak ada lebih. Itu aje la yang mampu sementara tunggu gaji ni. *tinggal 20 hengget aje dalam wallet*
Nasib baik la mampu lagi nak makan. Kalau tak puasa la sampai gaji.
Cakap pasal puasa teringat pulak puasa tak ganti-ganti lagi. *pengsan*
Dah, aku nak buat keja. Esok lusa aku sambung membebel.
Kembar upin ipin..hihi...
Ni bukan Upin mau pun Ipin.
Kita orang panggil budak botak mata besor ni Fik.
Botak sebab mama dia rimas tengok rambut dia dah tebal lepas tu berpeluh-peluh.
Suka sangat main bola. Pandai dah gelecek tu. Kagum aku.
Dia baru setahun lebih je. Apa dia cakap memang aku tak faham pun. Hahaha! Tapi kadang-kadang dia macam cakap 'hotak hang'. Wakakaka!
Siapa-siapa berkenan nak buat menantu sila hubungi aku. Nanti aku bagitau kat mama dia untuk tapisan. Hahahaha!
Aku dah try Tia Amelia tu.. ngehngeh...
Ni nak sambung cerita pasal Tia Amelia ni. Haha! Tak abes-abes la kan nak menerai untuk jadi jelita.
Set tu dah ada di tangan beta dari hari Khamis lepas. Hasil kegigihan Kak Ita membuat survey secara online di opis dari pagi sampai petang. Hikhikhik..
So malam tu jugak dengan tak sabarnya aku merasmikan produk yang telah menyebabkan aku kopak sebab belum gaji tapi nak jugak jadi jelita kan. Huhu.. Ni ada hutang lagi dengan Kak Ita ni. Tunggu gaji i bayar ye kak.
Ini la dia makhluknya....
Sabun dapat 2. Krim UV 1. Krim kunyit 1. Krim pemutih pun 1. Semuanya adalah amat la cinonet rasa macam tak sampai hati aku nak pakai. Tapi sebab dah beli angan-angan nak nampak cun macam Rozita Che Wan aku pakai jugak la.
Cara pemakaian benda alah ni senang aje. Malam lepas cuci muka dengan sabun oren tu, pakai la krim pemutih. Then krim kunyit. Kuning tu melekat kat tangan ooo... Siang pulak lepas cuci muka dengan sabun tepek aje krim UV tu jadikan alas bedak. Simple ok. Jangan gatal nak tenyeh krim kunyit gak siang-siang. Nanti orang ingat kena demam kuning lak. Heheh..
Ni aku sehari lepas pakai Tia Amelia. Ada perubahan tak? Wakakaka! Terajang lekat kat dinding baru tau. Baru pakai sehari perubahan apa yang nampak. Huhauhaua!
So, sama-sama kita nantikan adakah aku akan berubah menjadi jelita. *dush sekali! hahaha!*
Tak ada la jelita kan. But at least ada perubahan ke tak gitu.
Awal bulan 12 aku taruk testimonial. Sama-sama kita saksikan. Hahahaha!
Tuesday, November 17, 2009
Amir the debab boy
Aku ada kata nak tepek gambo Amir kan.
Ni la dia latest pic hero aku yang sorang tu.
Makin debab n montel buat aku geram rasa nak gigit-gigit je pipi dia tu. Hehe.. Rindunya kat Amir... Minggu ni tak boleh balik pulak.
Dem u KTM! *motif marah KTM? hahaha!*
Ok, sila sambung keja anda yang berlonggok itu.
Bz n idea tarak
Selamat pagi korang. Macam bagus-bagus aje tepek gambo dengan Fahrin tu kan. Huahuahaua!
Siapa-siapa yang masuk blog aku ni jangan la muntah sebab masuk-masuk aje terpampang muka aku sebagai mukadimah. Hahaha!
Aku tengah tak ada idea ni. Bz sangat oke. Lusa nak meeting. Meeting dengan aku memang tak dapat dipisahkan. Ceh...
Dah la minggu ni tak dapat balik. *sedih* Tiket abes pulak. Memang mengundang kemurkaan betul tau kaunter tiket keretapi ni. Siapa suruh jual tiket tak tinggal untuk aku. Aku ni regular customer tau tak. Aku bakar kang. *emosi terlebih*
Tu aku dengan Fahrin tu masa aku ada meeting kat Tiara Beach resort PD. Time tu baru lepas nikah. Hahaha! Tak sempat aku nak ngorat. *berangan*
Eh, ye ke baru lepas nikah. Masa tu bulan puasa. Eh, belum nikah lagi u. Hehehe. Lupa pulak kan dah tua-tua ni.
Eh, ok la. Aku nak buat keja yang dah menimbun macam everest tu. Karang bos terjah bilik aku karang harus lah aku tengah berblogging pulak.
Papai!
Monday, November 16, 2009
Ponat sungguh baru balik dari kampung
Aku kat opis tapi masuk lambat. Pukul 12 baru aku masuk. Suka-suka hati buat opis macam opis ni aku ada syer. Hahaha!
Pagi tadi ada meeting rupanya. Dah aku masuk lambat memang hampeh tak tau la biji butir apa yang diorang dok bermeetingkan tu. Bos ada cari aku pulak tu. Huhu.. Terus staf aku jawab aku masuk lambat sebab balik dari kampung.
Maka keluar la ayat-ayat kesian dari bos,
"Susah jugak ye suami duduk jauh ni."
Ha'ah. Susah ok. Baru bos tau ke? Bos besar tak tau anak aku kat kampung jugak. Tu yang tiap-tiap minggu aku meroyan nak balik kampung.
Amir dah makin debab ok. Nanti aku tepek gambar.
Si Amir ni macam tau-tau aje ummi dia balik. Mula la buat perangai nak berdukung n tido celah ketiak. Selalu aku tanya laki aku dia ok je. Tido pun layan diri. Aku ada dia tak nak layan diri oke.
Dah terkejar-kejar aku nak masak dengan kejap-kejap dia dok nangis. Alahai... Nak manja-manja sungguh anak ummi ni.
Dah makin debab lepas tu nak berdukung. Harus la lenguh tangan aku. Dah tangan aku memang tengah sakit ni. Tapi aku suka dukung dia. Haha! *mati la ummi kena marah dengan abah lepas ni kalau Amir meragam dengan pengasuh nak berdukung je*
Timbang masa 2 bulan tu dia dah 5.75kg. Pampers pun dah kena tukar saiz. Ni timbang 3 bulan minggu depan ni berapa kilo pulak la. Ruam kat muka tu pun dah ok dah. Alhamdulillah.
Semalam time aku nak dekat balik dia tido. Bila aku cium dia nak keluar rumah dia bangun. Bila call ke rumah mak aku cakap dia dok meragam. Ala... Kesian dia.
Sori la sayang.. Ummi pi kerja. Insya Allah, tak lama lagi ummi dapat tukar. Boleh la Amir dok berkepit celah ketiak ummi je.
Eh, tetiba sentimental rasa nak nangis.
Friday, November 13, 2009
Hatiku berbunga riang
Hatiku berbunga-bunga. Lalala~~
Apa yang berbunga sangat tu. Heeee...
Guess what?
Well, maybe la ada orang yang nak tukar suka sama suka dengan aku ni. So i boleh balik Penang. *senyum sampai telinga*
It just a 'maybe' la... Belum confirm lagi. Tak ada la excited sangat.
Tapi hatiku tetap berbunga-bungaan..
petang karang aku buat magic... zasss.. hilang... hahaha!
Malam ni nak balik.
Menggelupur dah kat opis ni. Nak buat keja pun asek tengok jam je. Bila nak abes keja ni. Hahaha! Memang tak concentrate dah.
Macam mana la Amir kan. Makin tembam n bulat ke makin memanjang ke? Wahaha!
Eeeee.. Tak sabar la nak balik.
Tapi laki pulak tak ada kat kampung. Kena outstation hari ni sampai 24hb kot. Isk.. Aku balik dia pulak kena outstation. Tak suka tau.
Barang nak balik tak packing lagi. Nak balik cepat la hari ni. Hehehe... Curi tulang ek.....
Mana ada curi tulang. Curi masa je. ;p
Thursday, November 12, 2009
Tawa dalam tangisan
Aku tak ada mood. Seriously... Mood aku dah gone with the wind. So, bila mood dah tak ada keja pun tak jalan.
Untuk menghilangkan duka lara aku blogwalking ke sana sini. Baca blog-blog yang selamba n boleh buat aku ketawa.
Eh, shit la perasaan ni...
Pernah tak korang ketawa lepas tu tiba-tiba menangis. Tak ada sebab pun. Tiba-tiba aje nak nangis.
Or, sebab dah terlampau bergelak sakan tiba-tiba rasa sedih n teringat benda yang buat kau sedih lepas tu terus nangis.
Ada tak?
Apesal macam tu ek? Tindakan refleks ke? Normal ke?
Bos oh bos
Tengahari ni ngantuk pulak.
Aku tak makan pun lunch. Kenyang lagi breakfast nasi lemak pagi tadi.
Nak story pasal terjah menerjah ni. Bukan terjah melodi tu. Hahaha!
Bos aku ni. Pe'el dia suka bebenor masuk aje bilik orang tak ketuk pintu. Kadang-kadang dia ketuk tapi tak sempat aku nak bersuara dia dah bukak pintu dah.
Kadang-kadang kalau aku kunci pintu tiba-tiba aje dengar bunyi orang pulas tombol. *tapi tak boleh bukak la kan* Lepas tu bila aku bukak tengok dia dah tercongok depan pintu tu.
Pernah time rehat pulak aku tengah syok makan dia terus masuk. Tengah menganga nak menyuap pulak tu. Lepas tu ingatkan dah nampak aku makan tu dia tak kacau la. Oh, tidak ye. Dia bagi jugak arahan.
At least ketuk la dulu, lepas tu tunggu aku bukak pintu. Kot masa tu kain aku tengah terselak ke, aku dok buat projek mengepam lupa nak kunci pintu ke? Tak ke aku dah buat free show depan dia. Huuuuuu....
Hahahha! Memang tak tenteram aje aku rasa. Macam la dia tak boleh call aku je kan.
Korang punya bos ada tak buat macam tu?
Saje gila glamer kejap
Eh.. Apesal tepek muka sendiri banyak-banyak ni?
Gila glamerkah anda?
Hahahaha! Tak ada la. Aku saje je nak tepek pic sendiri. Meroyan nak tunjuk tudung baru. Wakakaka!
Ni la tudung aku beli masa pi pasar pagi kat stadium seksyen 13 tu. Yang putih tu pakai semalam. Yang belang-belang macam kuda belang tu pakai hari ni.
Feeling-feeling Soleha cerita indon tu la. Leha... Leha... Hahahaha...
Tak ada maknanya Soleha. Iras Marshanda pun jauh bebenor.
Senang sikit pakai tudung ala-ala Leha ni. Sarung aje. Tak payah kau nak pin-pin bagai. Kalau yang ada corak tu lagi best. Tak payah iron. Wakaka! Memang gila pemalas punya statement.
Budak opis ni cakap aku pakai tudung ni nampak macam ustazah. Lagi aku gelak guling-guling. Huahauhaua!
Perangai macam syaitonirrajim kadang-kadang tu buleh ke jadi ustazah? Maybe 1 hari nanti kot. Amin...
Hehehe...
Oke.. Oke... Sambung keja. Karang bos terjah lagi bilik tu.
Nanti la aku cerita pasal terjah menerjah ni.
300 sudah
Hahaha...
Saje je buat entry tak berfaedah sempena entry yang ke 300. Confirm tak ada kerja lain selain mengadap blog aje. *ada la. i kan multi task. hahaha!*
Aku rasa macam nak touch up sikit la blog ni. Nak buat 3 column. Ok ke?
Tapi macam tak berani pun ada. Karang tunggang terbalik pulak jadinya. Hahaha!
Ok tak kawan-kawan kalau buat 3 column? Tak nampak macam semak sangat ke ek?
Wednesday, November 11, 2009
Langgar lari
Pukul 2 pagi tadi kan aku terbangun sebab aku dengar bunyi.
Bunyi apa?
Nak tau jugak ke?
Bunyi la.
Lempang sekali baru tau. Hahhaha! Bagitau aje la kan. Konon nak saspen.
Aku dengar bunyi berdentum macam accident. Rumah aku kan sebelah jalan besar hala ke Bukit Raja tu.
Aku ingat aku mimpi. Tiba-tiba dengar bunyi suara orang pulak. Eh, mimpi apa pulak ni kan.
Bila bukak mata dengar lagi suara orang. Eh, bukan mimpi la.
Jenguk-jenguk luar tingkap nampak la mamat motor ni dok bebel-bebel sambil tahan kereta yang ada lalu. Kereta pun dah tak banyak pasal dah pukul 2 pagi.
Entah apa dia membebel. Tapi aku macam tak nampak pulak kereta ke motor ke yang berlanggar. Musykil la. Abes tadi tu bunyi apa?
Tengok mamat naik motor ni dok bebel-bebel lagi dengan orang bawak kereta tu. Tiba-tiba datang lagi 2 3 orang ntah dari mana join ternganga kat situ.
Mamat motor ni terus pi tengah jalan dengan gaya ala macho sebelah tangan tahan kereta yang tengah bergerak kan. Lepas tu aku nampak dia macam angkat something. Apa benda tu eh? Tak nampak pasal ada pokok halang.
Sekali bumper kereta daaa.. Kaler merah pulak tu. Rupanya ada kereta langgar signboard u turn kat simpang depan rumah aku. Lepas tu blah. Mamat naik motor ni rasanya dah nak dekat kena langgar kot. Pasal tu dia membebel.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. *ada gaya-gaya Azlina Redzuwan tak?*
Signboard tu pulak tercabut menyembah bumi jadinya. Isk... Pelik sungguh. Sempat pulak lagi dia lari. Signboard tu atas divider tau. Confirm kereta tu pun naik divider jugak.
Kot korang nampak kereta merah tak ada bumper tu faham-faham je la. Hahahhaa!
Mari menerai produk kecantikan bersama-sama
Waahhh... Suka... Suka!!!
Apehal la suka sangat tu kan. Tiba-tiba bersuka ria. Sawan ke perempuan ni?
Suka la sebab esok dapat set Tia Amelia tu. Hahaha!
Housemate i beli online. Gigih nak menerai beramai-ramai. Kalau tak berkesan tiga-tiga boleh maki bersama-sama. Hahahaha!
Ok, aku try dulu. Nanti 2 3 minggu lepas pakai i buat testi oke.
Kak Eta, dapat produk nanti i bayar k. Hahaha...
Bayar ansuran boley tak? Wakakaka! Gaji lambat lagi.
Dah tau gaji lambat saje je mentel nak membeli jugak. Hehehe...
Makan tanpa rasa bersalah itu memang nikmat
Sakit perut lor malam tadi. Apahal ntah.
Aku rasa sebab banyak sangat melantak semalam. Melantak sampai 2 round. Tambah lagi jelly kelapa 2 bekas.
Kan dah sakit perut. Lepas tu balik rumah melantak lagi.
Ish... Makan aje keja aku.
Kalau macam ni la sapu sebotol pati halia limau nipis tu sehari pun tak nampak kesan. Huhuhu...
Eh, aku pakai barut berempah tu pun tak nampak kesan jugak. *abes pi opis pun bau rempah macam bibik jual jamu.hahaha...* Salahkan barut pulak. Ate pakai pun ikut suka hati, tak pakai lagi kerap daripada pakai macam mana nak berkesan. *cepuk sekali kat dahi tu*
Memang sah la aku dah terlebih makan ni.
Tuesday, November 10, 2009
Makan besar hari ni
Waaahhh... Sangat kenyangnya.
Eh, lupa nak snap gambo apa aku makan tadi.
Alkisah la kan, bos besar datang. Maka perkara wajib la adakan makan-makan tu. Sekali bos besar puasa la.
Makan sedap. Breakfast *pukul 12 baru breakfast* siap berhidang bagai. Rasa macam anak raja pulak.
Menu breakfast adalah nasi dagang lauk kari ayam n kari ikan tongkol, kerabu mangga, mihun goreng, kuih cara berlauk, kuih apa ntah yang ada kacang tu. Eh, dah macam lunch pulak gayanya.
Lepas tu pukul 1 lebih makan lagi. Lunch pulak. Lagi meriah menu dia. Ayam goreng kampung potong suku, asam pedas sembilang, masak lemak daging salai dengan belimbing, sayur kacang buncis, kerabu kacang botol. Siap ada sambal tempoyak. Tapai pun ada. jeli kelapa feveret i pon ada jugek.
Aku rasa setengah ekor ayam kampung tu aku makan sorang aje. Mana tak mengembang perut kau sampai melecet. Muakakaka! Sendiri cari nahas sendiri tak sedar diri.
Sekarang aku dah macam biawak kekenyangan dalam bilik aku. Perut dah rasa macam nak meletup nih.
Makcik kayooo!!!
I dah tepek facebook badge kat sebelah nun.. Sila2 la add kalau rajin..
Nampak tak Facebook badge kat sebelah tu?
Kalau tak nampak memang tahap rabun kuasa puluh ratus ribu dah tu.
Kalau rajin add la ye. Kalau lambat sikit aku approve jangan marah. *perasan ramai peminat*
Tu memang nama betul aku. Yeee... Nama aku memang macam jepun.
Tapi aku tak ada keturunan jepun mau pun mix jepun. Mix rawa dengan bugis ada la. Hahahaha!
So, kalau nak add search aje dalam facebook tu. Aku sorang aje nama macam tu. Haha! Mari-mari kita meramaikan kawan-kawan.
Perut pun buleh melecet ke?
Ketahuilah bahawa aku adalah amat perlu untuk menguruskan badan dan mengempiskan perut.
Aku dah gemuk. Wuuwuwuwuwu...
Buktinya?
Oke, kalau aku kata perut aku melecet sebab dok bergesel dengan kain baju kurung korang caya tak?
Sila la percaya. Hukhukhuk... *takkan aku nak tepek gambo lak kan*
Pedih oke perut aku. Nasib baik sikit aje. Nampak sangat la perut tu dah melakukan tumbesaran yang melampau.
Aku jadi kuat makan la sekarang ni. Tak tau la apesal. Adakah kerana gembira? Nak gembira apakejadah? Dah la anak dengan laki jauh.
Tak boleh jadi ni. Dapat gaji ni memang wajibun aku cari krim pati halia plus limau nipis tu. Nak beli bengkung moden pitih kena kumpul la....
p/s : entry adalah auto publish sobab aku adalah amat bz dengan macam-macam keja...
Monday, November 9, 2009
Produk kecantikan mana yang baguih dok ada?
Banyaknya keja... Macam aku sorang la yang banyak keja kan. Hehe...
Eh, korang-korang yang wanita ni kan. Aku nak tanya sikit la.
Korang guna produk kecantikan apa ek?
Aku tengah dok survey-survey produk kecantikan ni.
Muka dah macam tar jalan aje rasa. Bergerutu sana sini. Huuuu... Dengan kulit yang oily boleh buat goreng nugget. Isk.. Isk.. Isk...
Aku dengan housemate aku yang 2 orang tu dah macam tertarik la pulak dengan produk Tia Amelia ni. Sebab member aku ni kata kawan dia guna Tia Amelia kulit dia sekarang mulus tulus dah.
Haruslah kan aku pun tergedik-gedik nak muka tulus mulus jugak. Terpengaruh dah ni. *sila kembalikan aku ke alam realiti*
Perempuan mana tak nak kulit halus mulus kan.
Siapa-siapa yang dah try produk ni? Amacam? Ok tak?
Dah setahun rupanya...
Baru lepas meeting n makan dengan kenyangnya. Soto sedap. Heeee...
Hari ni kan, kita sambut anniversary tau.
Anniversary apa?
Anniversary la.
Ni apehal gedik tetiba lak ni. Hahaha! Piang sekali.
Hari ni my wedding anniversary la. Dah setahun rupanya aku kawen. Sekejap aje rasa.
Bonus anniversary adalah Amir si budak debab yang jauh di mata dekat di hati. Huuuu...
Tak dapat nak celebrate dengan Abang Misai. Tak apa, tunggu hujung minggu ni aku balik.
Tapi rasanya celebrate kat rumah aje la. Masing-masing belum gaji lagi. Ades... Kesesakan poket sungguh kritikal sekarang.
Sunday, November 8, 2009
Berjimba di pagi ahad
Hari ni mau berjalan ke seksyen 13. Ala, pasar pagi yang besar jenuh nak berjalan tu.
Saje la kan cuci-cuci mata. Nak shopping tu tengok dulu macam mana. Kalau terberkenan kat hati beli kot. *poket dah kering nih*
ok la. Kuar dulu. Daaaaa...
Saturday, November 7, 2009
Amir dok tunggu ummi balik ni...
Aku berblogging live dari opis. Dengan rasa yang amat menyampah sekali.
Selalunya time sekarang ni aku dah ada kat kampung. Dok berkepit dengan Amir. Sangat sensitif aku hari ni.
Pagi-pagi lagi Abang Misai dah buat video call. Dia cakap Amir dah bangun dari pukul 6 pagi lagi n tak mau tido. Minum susu pun tak mau, sumbat puting pun tak mau jugak. Dok menceceh kat abah dia, 'mana ummi? mana ummi?' *tipu la tu*
Ye la, selalunya time tu la aku dah ada kat rumah. Dok bagi dia nenen. Minggu lepas dia ikut abah dia amik aku kat stesen keretapi.
Mesti hari ni dia dok tunggu ummi balik kan. Mana la ummi ni tak balik-balik. Amir nak nenen ummi ni. *sedihnya*
Tadi pun Abang Misai buat video call lagi sekali time aku kat opis ni. Dia bawak Amir jalan-jalan. Sampai tertido Amir kat dalam kereta. Punya tunggu ummi tak sampai-sampai. *berderai air mata dah ni*
Timbalan bos pulak semalam *kira bos aku jugak la tu* boleh tanya soalan sensitif yang boleh mengundang air mata berjurai-jurai dalam bilik tu,
"Awak tak balik Penang ke minggu ni?"
Wachaaaa!!! Haruskah aku mengeluarkan jurus-jurus yang boleh menyebabkan kecederaan parah pada bos aku tu.
Nak balik!!!!
Friday, November 6, 2009
Tak best betul esok kena keja pulak... Warghhh!!!
Bertenang ok.. Bertenang.. Jangan bertendang.
Tarik nafas dalam-dalam. Hembus nafas slow-slow... Fuuuhhhh... Fuuuuhhhhhhh... Ok, macam tu.
Bayangkan anda berada di sebuah pulau yang sunyi dan tenang dengan suasana yang menarik.
Ahhh.... Tak terbayang pon.
Aku tengah cuba control kuciwa nih.
Sebab esok pagi kena datang keja. Huuuwaaaa!!!!!!
Tadi bos sudah angin 1 badan lor sebab slide yang nak present depan KP nanti tak siap lagi. Sebenarnya info semua dah ada. Just tak sempat nak update aje dalam slide tu. *bukan aku la yang buat*
Terus bos bagi arahan esok pukul 10 semua kena datang keja. Hukhukhuk...
Baru aje aku pasang angan-angan nak kemas bilik, kemas rumah segala. Sebab aku dah geram semut banyak dalam rumah tu entah dari mana datangnya. Asal masak air je biar sejuk nak masukkan dalam botol semut pun sibuk nak berenang.
Tak pasal-pasal aje nanti aku dehydrated tak cukup minum air masak pulak. *haha! tipu*
Tak suka la macam ni. Huhuhuhu...
M untuk Malas
Mengantuk sebenarnya ni. Tapi malas pulak nak tido.
Sebab.... Kalau aku dah tido huruf M besor dah bersarang atas kepala aku.
Dah la pukul 3 jap lagi ada meeting.
Tido 5 minit ok kot.
Hahahaha!
Tido jugak la tu namanya.
Copy itu boleh tapi bagi la credit ye dik
Aku nak story pasal copycat ni.
Sebenarnya semalam aku terjumpa 1 entry yang 99.9% sama. Masa tu aku tak perasan blog yang aku masuk tu copy entry orang lain. Dah abes baca n dah komen dah pun tetiba aku terperasan dekat blog list aku tajuk yang sama.
Aku pun bukak la blog lagi satu ni n baca. Lepas tu aku mula confused. Nenong..Nenong.. Ni siapa punya entry sebenarnya ni?
Aku pun tinggal la komen kat blogger ni tanya macam mana entry boleh sama ek? Siapa copy siapa.
Dah pagi ni aku bukak blog amik ko. Blog si tukang copy dah penuh dengan amarah yang marah daripada orang ramai.
Tak berapa minit lepas blog tu dah pun kena tutup.
Hmmm...
Rasa bersalah ke aku? Huhuhuhu... Ada la sikit. Macam melagakan orang pulak. Tapi sebenarnya tak kot. *tembak kepala tu baru tau*
Aku tak pelik pun pasal hal copy mengopy ni sebab time study dulu aku pun buat. Ahahaha! But agak-agak la bila mengopy tu ye.
Ni cikgu nak buat ajaran sesat sikit ni. Huhuhu...
Kalau nak copy sebijik sejibon tu tolong la bagi credit pada tuan punya entry or anything yang korang nak copy. Jangan copy lepas tu jadikan hak milik korang. Apedehal la macam tu kan.
Lagi satu, kalau ye pun nak copy jugak tak mau bagi credit ubah la benda yang dicopy tu jangan sampai sama melampau-lampau dengan yang asal.
Nanti tak pasal-pasal aje korang terima 'pujian' percuma.
Ada ngertik? *bunyi macam bibik pulak dah*
Thursday, November 5, 2009
Sad........ T_T
Nak cakap macam mana ntah...
Really sad right now tapi tak nak la story kenapa. Sad.. Sad... Sad...
N really miss my munchkin Amir very-very much....
Very the very long meeting lor
Hoooooooo.... Letih.....
Baru abes meeting oke. Cuba kira berapa jam aku meeting dari pukul 8.30 pagi sampai 5.30 petang.
Memang berpusing kepala berpinar bijik mata la dalam meeting room tu.
Apa bos cakap lepas dari aku present memang sah masuk telinga kiri keluar ikut telinga kanan, lubang hidung, mulut, liang roma semua la. Memang dah tak concentrate.
Ni pun macam biol-biol lagi.
Nak balik ni agak-agak boleh drive tak sebab kepala nenong-nenong ni.
Hahahaha! Gila melampau la tu.
Hari ni aku bermekap anggun ayu bagi bos tak marah aku dalam meeting
Pagi ni aku ada meeting. Meeting aje kan. Macam tak ada benda lain aje dalam life aku ni. *ayat nak kena sepak*
Pagi-pagi tadi masa pi keja darah aku dah menyirap. See! See! Hari ni pun dimulakan dengan angin 1 badan. *apa kena dengan ko ni haaa???*
Aku dah la lambat nak pi keja. Lambat sebab ngada-ngada hari ni tetiba rasa anggun ayu terus nak bermekap bagai. Aku drive sepenuh hati la. Boleh kat tengah-tengah jalan tu ada budak 2 orang ni naik basikal dari tepi jalan terus pi tengah jalan dengan tak tengok kiri kanan.
Korang nak mati ke apa weh??!!
Aku dah la drive laju nak mati. Dah tetiba lak kena hon orang n tekan brake serentak. Macam mana aku boleh buat macam tu aku pun kagum jugak sebab selalu kalau dah tekan brake aku susah nak tekan hon. Hahaha!
Budak tu pulak boleh dok tersengih-sengih tengok muka aku dah macam singa ni. Apa, muka aku ni tak cukup garang ke?
Kan ke dah memusnahkan mood pagi aku yang nak kena masuk meeting dengan muka bermekap ni dengan harapan bos tak marah sebab aku nampak ayu. *sila hempuk kepala aku. nguahaha!*
Adoi la.... Malas gila nak present dalam meeting ni.....
Wednesday, November 4, 2009
Tiba-tiba rasa nak emo
Hari ni entry adalah entry emo sepanjang masa ye. Marah, tekanan, bengang, menyampah, busyyyyyyyy manjang.
Apesal aku nak marah tetiba pulak ni kan. Sebab tadi aku nak minum air kopi 3 in 1 lepas tu nak bukak sachet tu aku tak jumpa gunting.
Sebenarnya dah lama memendam rasa nak marah ni. Huuuuiiii... Tarik napas bebanyak....
Gunting tu memang dari start aku masuk keja dah lesap dari penglihatan dah. Tapi hari ni baru aku rasa nak marah. *boleh gitu?*
Lepas tu aku nak marah lagi pasal time aku cuti hari tu segala harta benda aku dalam bilik ni banyak yang hilang. Pensel yang aku dah korek bagi tajam semua hilang lesap tak dapat dikesan. Pisau aku pun hilang.
Klip kertas aku beli sendiri tak mintak opis pun dah menyusut. Stapler aku pun hilang *nasib baik yang opis bagi*.
Apa lagi? Apa lagi yang hilang?
Eeiiii... Banyak la.
Aku pasang cctv dalam bilik ni karang. Haaaa....
p/s : gila.. tetiba nak marah.. huhuhu...
Memang dah sewel kejap la ni
Entry caca marba
Ai bz... Bz... Bzzzzzzz!
Huuuuu... Gila la aku hari ni. Kejap lari sana. Kejap lari sini. Makan pun dok ngadap pc buat keja. Kalau boleh dengan pc tu sekali aku makan.
Minggu ni tak boleh balik kampung. Waaa!!! T_T
Sebab demam tak ok lagi. Hingus meleleh-leleh. Mencik aaa!!! Tak dapat jumpa Amir. Rindu la saya...
Semalam aku kata nak pi klinik kan. Aku tak pi pun... Sebab time aku nak pi tiba-tiba pulak ok. Hingus tak ada, badan tak panas. Terus aku batalkan niat nak pi menyinggah ke klinik. Kalau aku pi confirm doktor kata aku saje nak mc aje. *pi klinik gomen tak ada maknanya nak dapat mc*
Ingatkan dah baik terus la demam aku tu. Malam semalam amik ko. Bersin, hingus meleleh, badan rasa sejuk menggigil-gigil. Sampai aku pakai sweater macam orang duduk kat kutub utara.
Sewel aku sampai Isnin depan. Huuuuuuu........