Morning! Morning!
Aku kat opis dengan pipi yang bengkak sebelah. Huhuhu... Semalam aku pi cabut gigi. Pukul 2 pi klinik pukul 3 baru la kena panggil.
Dapat MC untuk petang semalam je. Sadis ok.
N Doc tak bagi pain killer. Dia bagi aku kapas dalam 5 keping. Apekah begitu jimat cermat???
Sampai rumah aku tido. Sebab bius tak hilang lagi so ok sikit la. Tak rasa sakit. Dah petang pukul 5 macam tu bibir je yang kebas-kebas lagi. Kat dalam dah nyut nyut nyut....
Nak makan pun seksa. Adik aku belikan bubur. Aku ngap. Nasi ambeng pun ada. Aku ngap jugak sakit-sakit tu. Tapi dah macam ular sawa sebab main telan tak kunyah. Huhuhu...
Malam nak tido makin kuat berdenyut. Dengan tangkap sebelah kepala n mata ni. Akhirnya telan uphamol 2 bijik terus tido sampai pagi.
Pagi ni apa pun tak makan lagi. Perut dah lapar. Tapi sakit berdenyut-denyut. Hukhukhuk... Nak makan ubat pun tak boleh sebab belum makan apa-apa lagi ni.
Ni ada nasihat lepas cabut gigi ek. Aku baca kat klinik siap snap sekali takut lupa. Hahaha!
- Gigit kapas kuat-kuat selama 1/2 jam (nak lebih pun boleh. Korang yang gigit pun, bukan orang lain. Hahaha!)
- Jangan masukkan jari atau lidah dalam lubang cabutan / soket (kalau rasa nak tau apa jadi lepas tu sila la buat)
- Jangan cuci mulut a.k.a berkumur-kumur (kalau kumur bleeding susah berenti)
- Jangan gigit pipi dan bibir yang masih kebas
- Jangan makan makanan atau minum minuman panas
- Jangan mengunyah atau menggigit makanan di tempat gigi yang telah dicabut (gila sakit la woi kalau buat macam tu)
- Sekiranya berlaku sebarang kesulitan atau pendarahan yang berterusan SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR GIGI DENGAN SEGERA (atau pergi ke hospital untuk kecemasan)
notatapaktangan : kalau sakit jugak lepas ni aku nak balik rumah... huhuhu....
2 comments:
kalau saket lagi, awak pi balek kat klinik tu mintak mc. sure leh dapat punya. ok?
intan - huhuhu... smlm mintak pun diorg mcm xnk bg.. sadis ooo... klinik gomen mmg kedekut cuti la...
Post a Comment