SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, September 30, 2010

Sakit dada

Amboi... terbelalak semua mata nak baca bila tulis DADA ye. Hep.. Hep... Biasa lagi tu. Bawak-bawak mengucap ek. ;p

Ok, serius balik. Aku memang tengah sakit dada. Bukan sakit tetek tapi sakit dada okeh.

Rasa sesak sangat dada ni. Nak bernafas pun pendek-pendek je.

Nak kata asma aku takde pun sakit tu sebelum ni. Kenapa sebenarnya ni?




Pernah tak rasa macam ni?

Salam

Aku pagi-pagi dah kena panggil mengadap bos. Tot tet tot tet kena bebel. Tadah je la telinga gajah aku ni.

Pernah tak korang rasa korang adelah sangat hopeless dan rasa macam tak nak je hidup lagi? Pernah tak sampai tahap macam tu?

Saje je aku tanya. Sebab aku rasa aku dah sampai tahap tu. Cuma masih lagi dapat berfikir secara waras n iman kat dada ni ada lagi sipi-sipi. Kalau tak dah memang tamat riwayat dah.

Dan staf aku yang sangat sweet dah menyejukkan hati aku dengan calling-calling tanya aku nak makan apa-apa tak. Ingat jugak korang kat bos korang yang dah separuh sewel ni kan.

Walaupun aku sebenarnya tak ada selera langsung aku cakap beli je la apa-apa.

Sebab cuma korang yang baca entry aku ni je yang tau aku ni tengah bermasalah. Aku tak nak cerita apa masalah aku. Cukup la korang tau aku tengah depressed.

Depan orang aku senyum je. Dengan senyum plastik ni orang tak akan tau yang ko sebenarnya tengah sakit di dalam. 

Senyum... :):):)




Wednesday, September 29, 2010

Depression test

Aku buat depression test kat sini tadi.

N result dia cenggini.




DisorderYour Score
Major Depression:High
Dysthymia:Moderate
Bipolar Disorder:Moderate
Cyclothymia:High
Seasonal Affective Disorder:High-Moderate
Postpartum Depression:Slight-Moderate
Take the Depression Test

Aku kena jumpa doktor kot. Kot tak pun pi kaunseling.


Hujan tengahari = best tido

Hujan lebat pulak kat luar. Baru je lepas meeting. Setelah kureng bermeeting time puasa. Sekarang ni dah aktif balik la.

Hujan-hujan time tengahari ni memang sedap la peluk bantal tido kan. Bahagianya kalau dapat buat macam tu.

Ni kejap lagi aku bakal dibambu lagi. Pening~~

Hari ni dapat makan rendang daging. Yip Yip Yip! :D:D:D

Mesti kakak aku tengah bersilat kat rumah tu. Semalam beli sekilo daging. Tapi kan kitorang bantai beli je sebab sorang-sorang haram tak reti nak pilih. Just cakap nak daging sekilo. RM20 ye per kg. Housemate aku cakap harus ditelan lemak-lemak dia sekali sebab mahal. Hahahaha!

Aku nak tido la kejap. Sempat lagi ni sebelum meeting lagi 2.30 jap lagi.

Hehehe.. Jom tido. ;)




quick update

Quick update. Aku ada meeting.

Ni pun baru lepas mengadap bos. Kena bambu. Oh, seronoknya kena bambu. Lalalala~~

Turun dulu. Nanti aku update. daaaa!



Tuesday, September 28, 2010

nak balik dah ;p

Hari ni keja aku layan lagu Faizal Tahir - Hanyut sampai lebam. Dari pagi sampai sekarang aku dengar lagu tu ulang-ulang non stop.

Balik kejap lagi nak angkut akak aku pi pasar. Nak beli daging. Aku teringin nak makan rendang dari hari tu tak dapat-dapat kan. Nasib la, siapa suruh tak simpan untuk aku. So, aku buat kerahan tenaga sempena dia datang cuti-cuti kat rumah aku. Muakakakaka!

Aku nak masak rendang? Maap la. Saya tak reti. Muekekeke! Makan aku reti la. ;p

So, mau mintak excuse balik awal sikit even keja adelah macam hape tetiba nak banyak pulak. Chow sin chiiiiiii!

;p;p;p




Aku bukan penternak lipas

Oit.. Oit...

Keji betul tau lipas ni. Aku bukan ternak lipas ok puan Ajee. Huhuhu...

Saje je lipas tu. Dah tau aku angin 1 badan ni konon nak buat aku surprise la dengan duduk dalam handbag aku. Konon nak buat aku gembira la.

Anda telah tersilap langkah wahai lipas. Dah la aku memang tak suka kat ko. Haaa... Kan dah kena hempuk ke dinding dengan kotak kasut.

Eeeee... Keji betul buat surprise macam tu. Aku dah check dalam beg takde unsur-unsur anak beranak lipas pun ok. Sila jangan fikir aku adalah penternak lipas berjaya. ;p




Rindu Amir Ridhwan





Sebab blogger adelah sengal tak boleh upload pic baru dengan editor baru dia ni so aku amik pic lama.

Dah setahun sebulan dah Muhammad Amir Ridhwan.

Macam-macam benda dah pandai. Sekarang ni fesyen berjalan macam orang tua ok. Kadang-kadang letak tangan kat belakang, kadang-kadang kat depan. Dah macam YB pulak anak ummi ni. Hehehe...

Dah pandai merajuk dengan ummi. Tapi pandai marah abah kalau abah marah ummi. Hahaha! Memang good boy anak ummi ni.

Kalau dia tak nak n kita paksa dia akan jerit 'amauuuu'. Tak mau la tu. Nampak kucing dah pandai sebut, 'cat, cat'.

Suka simpan makanan dalam mulut. Bahaya betul tau. Ummi suruh kunyah dia simpan pulak. Makan pulak tu meleleh air liur sampai siku kalau bagi dia pegang sendiri.

Kalau mandi suka peluk kaki ummi. Dengan ummi sekali basah kalau mandikan dia.

Pandai ajak orang berjalan. Kalau ummi dah siap pakai tudung dia pun sibuk nak berdukung. Kalau orang lain nak amik pun dah tak nak dah kat orang tu sebab nak ikut. Takut ummi tinggalkan dia.

Ummi rindu kat Amir. Rindu sangat-sangat. Ummi tak dapat balik 2 minggu ni macam mana la Amir kan.




Gunting pun nak curi???

Ni lagi 1 buat aku hangen. Gunting aku dalam laci pun boleh hilang.

Gunting tu bukan subsidi ok. Gunting subsidi aku kena sapu dek sape tah. Ini gunting aku beli sendiri. Siap tulis nama pulak tu.

Aku dah la nak buat keja ni.

Gunting dalam laci dalam bilik pun korang boleh rembat ek. Macam tooot betul la!!!!



Lipas dalam handbag!!!!!

Yeeeee.....

Ada lipas dalam handbag aku. Apekah????

Tadi aku nak cari straw nak minum air mineral aku rembat time meeting semalam. Beg aku ni beg doremon sikit. Semua benda ada dalam tu. Hahahaha! Nasib baik la aku tak gagau je macam selalu aku buat.

Tengok-tengok elok je si lipas tu dok kat barang paling atas dalam handbag aku. Tadi aku tak zip. Maybe baru masuk la tu. Cis betul tau.

Aku dah la tengah tak ada mood. Ko pulak boleh ada dalam beg aku kan lipas. Memang selamat la aku campak handbag tu. Aku teraburkan semua barang. Mencicit lari tepi kotak kasut. Terus bangggg!!! aku himpit kotak kasut tu ke dinding.

Tapi masih gagah perkasa lipas tu lari. Even dah agak terhoyong hayang. Pandai pulak cari jalan keluar ke pintu bilik aku.

Hoh! Apesal nak bergurau senda dengan aku haaa lipas?!!!

I hate u lah!!!





Weng weng

Salam

Video clip tadi tu entry auto publish. Semalam gigih cari kat youtube before balik rumah.

Aku suka lagu tu. Lirik dia menikam kalbu kan. 

AKU MASIH SETIA - DIA FADILLA
Kini telah tiba masanya
Untuk kita berbicara
Tentang hubungan ini
Yang makin dingin dan menyepi
Teman-teman ku membawa berita
Cerita kecuranganmu
Namun ku masih mampu
Masihku bertahan kerana
Aku masih setia

Namun kesabaranku ada batasnya
Mungkin jua kerna aku masih menyintai
Bukan ku menyalahkan
Hanya sekadar ingin mengingatkanmu
Agar cinta ini kembali bahagia

Semakin kusut kurasai
Hari berganti hari
Engkau terus membisu
Egomu makin membelenggu
Apakah aku yang keliru
Bingung dikaburi cemburu
Atau sememangnya dirimu
Sebenarnya sebegitu
Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya

Namun cinta ini ku pertahankan kerana
Aku masih setia
Di sudut hatiku masih percaya
Dikau kan kembali
Seperti semula


Aku still tak ada mood. Sorang je yang tau kenapa aku tak ada mood. So, kalau aku update macam haram atau pun aku update semua stok-stok ayat pasrah atau mode sedih aku tengah layan perasaan la tu. Sori la ye.




Aku masih setia




Monday, September 27, 2010

Am i sick?

Already back from Sepang.

Tapi nak drive balik rumah tu macam malas sikit sebab hujan lebat yang amat kat luar. Dengan mood yang ke angkasa ni.

Aku tak rasa aku boleh drive dengan betul. Karang nampak pokok ada aku pi tujah pokok tu dengan kereta.

Aku tak tau la kenapa.

Pagi tadi tengah tunggu tren aku rasa macam nak terjun depan tren yang tengah gerak tu. Gila kan?

Am i sick?




Amir dah pandai merajuk dengan ummi :(

Sangat sangat sangat dan sangat bored......

Rasa macam kosong je. Apa pun tak ada dalam kepala otak ni.

Hari Sabtu masa sampai kampung Amir ikut Abang Misai amik aku kat stesen keretapi. N dia merajuk.. Dah pandai merajuk anak teruna aku tu. Huhuhu...

Ummi panggil dia pandang ke lain. Ummi pegang tangan dia, dia tarik macam gaya orang tak suka kita pegang tangan tu. Sentap betul dengan ummi.


Ummi pun sedih bila Amir merajuk. Bukan ummi sengaja nak tinggalkan Amir. Ummi kena kerja.


Ni nanti 2 minggu aku tak dapat balik kampung. Mesti dia terus tak nak dengan aku kan.


Sedih gila bila fikir camni...





Tak sihat mental n fizikal

Aku tak ada mood sebab aku tak berapa sihat hari ni. Tak sihat mental n fizikal. Yang fizikal tu hidung n tekak aku ni sakit macam nak selsema. Tekak rasa berpasir je ni. Dah lama kot aku tak demam.

Tak sihat mental aku tengah gila. Hahahaha! Ada la problem sikit. Tapi tak semua boleh cerita kat blog kan.

Aku rasa nak makan nasi dengan telur mata n kicap la. Dah berapa hari nak makan itu je. Pregnant? Oh, no! no! no! Bendera jepun tengah berkibar so sangkaan pregnant tu boleh la tolak ke tepi ek.

Mau keluar membeli nasi la. Petang karang aku kena ke Sepang pulak. Ada meeting. Meeting yang cukup aku tak berkenan.

Jadi, mari lah membeli nasi dengan pantas dan tuntas. Hehehe...




takde tajuk dah

Salam. Morning semua. :)

Lambat aku update hari ni. Well, masuk opis pun lambat jugak. Bukan sebab tak sengaja tapi sengaja masuk lambat. Hahahaha!

Macam opis sendiri je aku buat kan.

Aku pi amik road tax kat bank tadi. Ate gile ko aku nak bawak kereta sampai opis dengan road tax dah mati tu. Tadi pun pi bank gamble je hope tak ada la polis ke JPJ terlebih rajin buat road block pagi-pagi buta.

Alhamdulillah, dah selamat amik road tax. Tapi tak lekat lagi kat cermin tu. Aku nak cari plastik lekat road tax tu dulu. Karang kalau lekat macam tu je berkerak la time nak tanggal kat cermin tu. Huhuhu... Nehi kebi nehi ok.

Aku tak ada mood sebenarnya hari ni. Tapi buat-buat ada mood la kan. Kalau ikutkan tak ada mood memang tak ke opis la aku. Tapi apekah mau dengar mak tiri membebel sebab petang ni aku kena pi meeting kat Sepang dengan dia? Oh tidakkkkk!!!

Ok, mau memanaskan enjin untuk buat keja. Jom! Jom!



Friday, September 24, 2010

Sugar glider

Ahad lepas kan aku baru balik dari Penang. Bawak la abah aku jalan-jalan kat pasar pagi kat stadium tu.

Tetiba nampak menatang ni kena jual.

Image:cdt to wikipedia

Terus rasa macam holoh holoh holoh... cutenyaaaaa la kamu ni. Rasa nak bela. Aku ni memang suka haiwan. Except cicak dan menatang yang sedia maklum orang tak suka macam lipas n so on la.

Tanya harga terus rasa nak pitam. RM300/ekor. Erkkk!!!!

Menatang tu namanya sugar glider. Tukang jual tu kata tupai terbang. Hehehe... Tupai ke? Aku tengok wikipedia, sugar glider ni tergolong dalam golongan gliding marsupial. Tetiba teringat kartun marsupilami. Marsupilami! Marsupilami! Hahaha! Ni la kalau otak kartun.

Ada sesiapa bermurah hati mau menghadiahkan sugar glider comel kiut miut ni kat aku tak? Birthday aku baru je lepas ni. Hehehe...




Kenyang perut suka hati :D:D:D

Tengah suka la ni. Hehehe...

Baru lepas makan. Ada pulak lemang n daging masak ape aku tak tau la kawan aku buat. Lagi la tambah suka plus dah mengantuk ni. Huhuhu...

Ada nugget, ada kek batik. Air? Bancuh la sendiri. Hahaha! Tak ada siapa teringat bab air. So, pandai-pandai la korang cari air kalau tercekik. Aku memang jarang minum air time makan except apa yang aku makan tu sangat la hot n spicy.

Oleh kerana makan tak ingat dunia, gusi tempat gigi kena cabut dah mula nyut nyut nyut. Hohoho... Tak tenteram la kejap lagi ni.

Malam ni aku balik kampung. Dah mula balik la rutin aku berulang alik Penang Selangor. Minggu depan maybe tak dapat balik. Sob.. Sob... Minggu lagi 1 pun sama. Meroyan la aku rindu kat Amir. Huwaaaaa!!!!!!

Amir... Ummi rindu kat Amir... 

Dah tetiba mood sedih pulak.




Makan besar lagi :):):)

Assalamualaikum :)

Selamat pagi Jumaat yang mulia. :):):)


Hari ni lambat sikit aku update. Sebab sampai opis perut terus memulas-mulas. So, toilet la tujuan utama. Huhuhu...

Kotor la pagi-pagi cerita pasal toilet. Hahaha!


Semalam staf aku cakap hari ni diorang nak buat pot luck. Ala, bawak makanan masing-masing masak tu. Takkan la tak tau kan.

Mula-mula aku fikir nak bawak roti gardenia je dengan 1 tin susu. Muakakakaka! Gila kedekut la bos diorang ni kan. Ahaks. Tapi sedap apa makan roti dengan susu pekat manis tu. Lemak berkrim disukai ramai. ;p


Lepas berhempas pulas memerah otak pikir nak bawak apa terus zas zas zas sms adik aku suruh dia belikan barang. Sebab semalam dia keluar dengan adik aku sorang lagi. Aku pulak dalam kereta dah dekat sampai rumah baru teringat staf aku kata nak buat pot luck tu. Huhuhu...

Hasilnya setelah memerah keringat petani malam semalam n pagi tadi ini la yang aku buat.....



Tau tak apa ni? Takpe, bagi hint lagi. Hehehe...
 Haaaa... ni pulak apa?

Yeee.. aku masak spageti. Sendiri tanya sendiri jawab je la. Hahaha...
Senang kot masak spageti ni. Tak renyah sangat. Sebab aku buat main campak je. Hehehe... Sedap tak sedap kalu belakang kira. Yang penting boleh makan.

Resepi spageti campak-campak aku:
  • Bawang besar n bawang putih (ikut suka korang nak banyak mana) dicincang halus
  • Halia (kalau nak letak. tak nak letak pun takpe) cincang halus
  • Daging kisar (aku selalu beli RAMLY yang dah siap pack tu)
  • sos spagetti bolognese (aku guna Leggos botol besar. Prego takde tanda halal pulak.)
  • frankfurter
  • cendawan
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit garam
Cara-cara masak:
  • Panaskan sikit minyak dalam periuk.
  • Masukkan bawang besar, bawang putih n halia yang dah cincang tadi. Tumis sampai naik bau-bauan yang sedap tu.
  • Masukkan daging kisar. Aku memang masuk sebungkus tu terus. Sedap sikit banyak daging. Hehehe... Kacau-kacau sampai daging tu sebati n nampak dah takde macam mentah-mentah tu.
  • Dah rasa puas hati masukkan pulak sos spageti tu. Aku selalu campur air sebab nak banyakkan kuah. Tapi agak-agak la. Karang cair melampau pulak jangan salahkan aku bagi resepi tah apa-apa. Hahaha!
  • Letak sikit garam dalam kuah tu bagi ada rasa. Jangan letak sebungkus. Aku tak jamin korang kena darah tinggi eh.
  • Masukkan pulak frankfurter n cendawan tadi sebagai bahan sampingan. Nak kasi meriah kuah spageti tu je. Hahaha! Selalu aku buat gitu la. Nampak macam dah boleh makan tu korang tutup la api.
Amacam, senang je kan. Aku memang nak senang guna sos spageti dah siap dalam botol tu. Tak reti la aku nak buat tradisional guna tomato puree segala mak nenek daun apekejadah nama dia tu.

Dah buat kuah tu jangan lupa rebus spageti pulak. Apa korang nak makan kuah je ke? Spageti selalu aku rebus dengan sikit garam n minyak 2 sudu. Nak kasi rasa n tak lekat-lekat.

Yang atas ni aku tak masak. Hahaha! Semalam adik aku beli. Sempena celebrate birthday aku kata dia.

So, itu saje dari chef takde tauliah Amiys. ;p;p;p

Notatapaktangan : staf aku pun bawak spageti rupanya. Kalau aku tau aku bawak je roti gardenia dengan susu tu. Huahuahauahua!





Thursday, September 23, 2010

Kebuluran~~

Lapar... Lapar... Lapar....

Hukhukhuk...

Tadi dah makan bubur. Kata pun sakit lagi kat tempat gigi kena cabut tu. So, buat la cara orang sakit.

Tapi perut melayu aku ni memang tak kasi can la. Nak nasik jugak.

Nak nasik.. Nak nasik.. Nak nasik...




Makan sampai pengsan

Hari ni MBSA buat open house Aidilfitri tau. MBSA tu Majlis Bandaraya Shah Alam.

Open House ni diorang buat kat perkarangan STADIUM SHAH ALAM. Sesiapa mau makan free *plus kawan aku kata sedap* sila la ke perkarangan stadium Shah Alam dari pukul 3 sampai la pukul 6 petang ni.

Sila kosongkan segala compartment perut anda untuk diisi. Muakakaka!

Makan free oiiii. Takmo ke? Takmo ke? Takmo ke? Hahahaha!

Boleh makan sampai pengsan.

Aku? Tengok orang makan aje kot. Wuwuwuwu... Takut pulak makan banyak karang terselit celah lubang gusi yang belum tertutup ni.

Uuuuhhhh.... Sungguh ngilu sekali perasaan itu.




Anak dah kena sepak sampai mati pun ko sayang lagi kat orang tu???

Pelik kan. Orang tu dah sepak anak dia sampai mati pun dia still sayang. Kalau aku la, hish... Sepak dia balik sampai mati kot.

“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,”


Errr... Terlampau sayang la sampai budak tu kena sepak. Sebelum ni pun budak tu kena dera. Heran sungguh aku dengan mak budak ni.


Cerita lanjut korang baca la kat sini.

Al-Fatihah pada adik Syafiah Humaira Sahari.



Pipiku bengkak sebelah

Assalamualaikum :)

Morning! Morning!

Aku kat opis dengan pipi yang bengkak sebelah. Huhuhu... Semalam aku pi cabut gigi. Pukul 2 pi klinik pukul 3 baru la kena panggil.

Dapat MC untuk petang semalam je. Sadis ok.

N Doc tak bagi pain killer. Dia bagi aku kapas dalam 5 keping. Apekah begitu jimat cermat???

Sampai rumah aku tido. Sebab bius tak hilang lagi so ok sikit la. Tak rasa sakit. Dah petang pukul 5 macam tu bibir je yang kebas-kebas lagi. Kat dalam dah nyut nyut nyut....

Nak makan pun seksa. Adik aku belikan bubur. Aku ngap. Nasi ambeng pun ada. Aku ngap jugak sakit-sakit tu. Tapi dah macam ular sawa sebab main telan tak kunyah. Huhuhu...

Malam nak tido makin kuat berdenyut. Dengan tangkap sebelah kepala n mata ni. Akhirnya telan uphamol 2 bijik terus tido sampai pagi.

Pagi ni apa pun tak makan lagi. Perut dah lapar. Tapi sakit berdenyut-denyut. Hukhukhuk... Nak makan ubat pun tak boleh sebab belum makan apa-apa lagi ni.


Ni ada nasihat lepas cabut gigi ek. Aku baca kat klinik siap snap sekali takut lupa. Hahaha!
  • Gigit kapas kuat-kuat selama 1/2 jam (nak lebih pun boleh. Korang yang gigit pun, bukan orang lain. Hahaha!)
  • Jangan masukkan jari atau lidah dalam lubang cabutan / soket (kalau rasa nak tau apa jadi lepas tu sila la buat)
  • Jangan cuci mulut a.k.a berkumur-kumur (kalau kumur bleeding susah berenti)
  • Jangan gigit pipi dan bibir yang masih kebas 
  • Jangan makan makanan atau minum minuman panas
  • Jangan mengunyah atau menggigit makanan di tempat gigi yang telah dicabut (gila sakit la woi kalau buat macam tu)
  • Sekiranya berlaku sebarang kesulitan atau pendarahan yang berterusan SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR GIGI DENGAN SEGERA (atau pergi ke hospital untuk kecemasan)
Sekian. Itu nasihat dari Doktor Amiys (Doktor Lantik Sendiri). Muakakaka!


notatapaktangan : kalau sakit jugak lepas ni aku nak balik rumah... huhuhu....




Wednesday, September 22, 2010

Melayan Amir berjalan :):)

Wooohh... tetiba keja banyak. Huhuhu...

Petang karang la baru pi klinik. Nak pi sekarang bos tengah rajin mencari. Semalam pun tengah dok menyuap bos panggil mengadap.

Jadi mari la menyelitkan pic anak bujang aku masa kitorang pi ikut abah dia ke opis untuk release tensi.

Abaikan muka ummi yang kembang setaman. Huhuhu... Baru lepas raya la katakan. Mencekik tak ingat. Mau tak kembang.

Background tu laut. So, cuba teka kat manakah kitorang. Hahaha! Tempat keja laki aku mengadap laut ni la. Bau laut busyuuukkkk... yeck yeck yeck....

Ni masa tunggu abah dalam kereta. Lama sangat tunggu tu yang pi keluar sebab ini budak tak reti dok diam. Semua barang dia campak-campak. Ummi nak tido pun tak boleh.

Tengok pic ni terserlah kekurusan anak aku kan. Tengok la lengan dia. Dia asal makan je muntah. Nak minum susu je. Dah aku nak dekat balik tu baru la dia nak makan dengan aku. Amir suka makan spaggeti. Nanti ummi buatkan lagi ye.

Ummi dah tak larat nak tengok Amir main campak-campak barang. Lepaskan dia jalan kat luar.


Masa ni lagi best. Amir korek-korek tanah dalam pasu tu. Itu tak apa la lagi. Lepas tu dia terjumpa seketul tanah elok je bulat besar macam kuih raya. Terus ngap! Dia masukkan dalam mulut.

Hohohoho! Terus ummi jerit macam tarzan kat situ. Hahaha! Amir.. Amir.. Tanah tu dia ingat kuih raya. Terkena sikit la kat mulut tu.

Dah dapat kaki ni memang tak reti dok diam. Berjalan je ke sana sini. Jatuh pun tak nangis. Bangun balik sambung jalan. Kemaruk jalan pulak. Hahaha!

Ummi miss u so much....



Makin tua ke? :D:D:D

Assalamualaikum :)

Hari ni adelah hari yang orang akan kata aku dah makin tua. Mana ada tua. Aku pakai Safi Rania Gold eh. Awet muda tau. Muakakaka! ;p

Orang pertama wish tepat pukul 12 malam adelah Abang Misai. Tru SMS dengan sepotong ayat, 'HAPPY BIRTHDAY'. Tu je ok. Tak ada sayang ke, manja ke, bucuk ke. Huhuhu... Tak romantiks tawww... Sebenarnya dia taip tu dalam keadaan mamai. Itu dah pasti.

Orang kedua wish adalah cik Benz. Tq cik Benz. Ingat jugak birthday aku ye.

Akak aku sepatutnya jadi orang 1st wish tp dia wish sebelum pukul 12 malam. Hahaha! Sebab dia ngantuk. 

Yang selebihnya, my mom n Lynx.

Kat opis sorang pun tak wish sebab diorang tak tau hari ni birthday aku. Low profile ok. Hehehe...

Apa pun Alhamdulillah sebab aku masih lagi diberi kesempatan bernafas kat bumi Allah ni. Dapat tengok anak manja aku, Amir seminggu sekali. Dapat jumpa husband pun seminggu sekali kalau tak ada keja lain time weekend. Ada mama n abah, adik beradik semua.

Cuma aku harap dapat la aku pindah balik ke Penang dekat dengan family. Itu je la permintaan aku.

Ok, kejap lagi birthday girl *girl lagi ke? huhu* nak pi cabut gigi. Time-time birthday ni la aku nak cabut gigi kan. Sebab hari semalam dengan hari ni je boleh cabut gigi kat klinik gomen tu.

Tata!


Tuesday, September 21, 2010

Hari ni melayang 1K :(

Hujan lebat gila-gila dekat Shah Alam ni. Drive pun nampak blur je.

Settle dah aku renew road tax n insurans. Tapi menunggu tu punya la lama. Aku sampai 12.30, settle dalam 2.40 gitu. Ada pakcik tu siap komplen dekat kaunter dia tunggu dah 2 jam baru nak panggil.

Nak kata orang ramai sangat tu tak la. Tapi sebab kaunter yang bukak ada 2-3 je. Lagi 5 kaunter tu elok buat hiasan je. Huhuhu...

Lagi 3 hari road tax siap. Abes la terbang 1k tadi. Hukhukhuk....

Esok pulak aku nak kena pi cabut gigi yang sakit sebelum raya hari tu. Kelmarin abah aku takutkan aku pulak. Dia kata ada sorang makcik ni meninggal pasal cabut gigi. Rahang terjatuh doktor tak perasan.

Mulut makcik ni tak boleh tutup. Nak makan pun tak boleh. Doktor tak dapat detect apesal. So, sebab tak boleh makan masuk drip aje la. Elok je doktor dapat detect rahang dia jatuh tak lama tu terus meninggal.

Huhuhu... Perlu ke tak payah cabut. Nanti sakit lagi la aku rasa macam nak terajang orang je. Hari tu pun sampai menangis menghempas-hempas aku tahan sakit.

Betul ke rahang boleh jatuh kalau cabut gigi?




Evil plan

Aku telah membuat plan agak evil dengan staf aku. Nak cabut keluar lunch awal. Huhuhu.. Evil ke gitu??

Aku nak pi bank sekali. Nak renew road tax aku yang bakal innalillah hari Jumaat ni. Lagi 3 hari nak baru hegeh-hegeh nak renew. Maklum la, cuti raya sakan sampai tak ingat dunia. Huhuhu...

Bos pun tak ada. So, line clear. Muakakakaka! Gelak yang sungguh syaitonirojim. Waka waka eaaa eaaa... Hahahaha!

Bos cuti tapi tak bagitau pun kitorang. Bila aku MC tak sempat-sempat nak bagitau dia dah membebel-bebel macam apa dah. At least inform la. Boleh la aku jawab bila orang tanya dia pi mana. Hish....

Muka aku dah sembap gila kan.



Bawah mata tu dah hitam dah. Hasil daripada dok mengadap PC non stop dari pagi sampai petang. Time solat or pi toilet je la aku tak pandang pc pun sepanjang ofis hour ni.

Sebab gigih nak sifarkan orang miskin.

Kalau pakai garnier yang untuk mata je tu boleh kurang tak agak-agak? Ke elok pakai Safi? Aku sekarang pakai Safi Rania Gold tu. Tapi krim mata aku tak beli. Tu nanti la aku cerita.

Ok, sambung keja lepas tu aku nak cabut pi bank sat. :D:D:D




HAPPY BIRTHDAY TO UUUUUU :):):)

Eh, ada benda penting aku lupa. Huhuhu...

Semalam tido awal tu yang lupa tu.

Hari ni adelah birthday kakak aku. :D:D:D:D

 Yang mekap tebal tu aku. Sebelah tu kakak aku. Hehehe... Ni time aku nikah.

HAPPY BIRTHDAY
TO MY LUVLY SISTER
 
Semoga dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki, diberkati dan dipelihara oleh Allah S.W.T sentiasa. Amin...

Dah masuk angka 3 kat depan tu. Hehehe... Anak pun nak masuk 3 dah. Eh... Hahaha! Esok birthday orang pulak Yong. Hehehe... Takde hadiah ke? Ngehehehe...

Birthday kakak aku dengan aku berjiran je. Dia cukup umor 2 tahun aku pun selamat la keluar esoknya. Wakakaka...

So, sila teka berapa umur saya. Agagaga ;p



Aku pun nak tepek pic raya jugak :D

Salam pagi :)

Sebelum start buat keja harus la update dulu apa yang patut. Hehehe...

Semua orang tepek pic raya. Aku pun menggigih jugak nak tepek. Even pic adalah tak banyak. Sebab malas nak snap n laki aku pun susah nak bergambar.

Sempat la snap Amir berbaju melayu. 

Berposing dengan ummi dulu. Nasib baik dia nak senyum. Hehehe...

Sibuk main ape tah. Terus abah pakai kan songkok. Tapi songkok tu abah punya. Amir punya tak beli. Ummi nak beli tapi abah kata tahun depan Amir tak muat dah.

Tengok tv. Mesti tengok iklan. Dia cerita kat tv tak layan sangat. Tapi pic blur sebab anak bertuah banyak gerak.

Pakaikan songkok elok pulak dia tak bukak. Kalau dia bukak pun dia pakai balik. Hahaha! Tapi kalau pakaikan topi harus la tak sampai seminit dia dah campak topi dia kat lantai.

Baju raya Amir adalah sangat gedoboh. Aku tak sempat nak alter. Ingatkan nak lipat n jahit sikit kat tangan n kaki tu. Tapi baju pun baru beli petang sehari sebelum raya. Malam tu baru sibuk nak basuh. So, memang harapan la. Pakai la gedoboh-gedoboh pun. Hehehe...

Ok, nak buat keja. Next week mesti dah start segala mak nenek meeting. So, harus la aku malas nak jawab kan kalau figure tu statik even kalau statik tu pun bukan salah aku. Huhuhuhu... 
Moh la kita bekeja. :):):)



Monday, September 20, 2010

Tunggu turn tukar sampai berjanggut ke???

Aku dah call cikgu yang mengajar menjahit tu. Sebab aku dah nekad gila. Nak belajar menjahit sampai pandai. Nak amik upah menjahit. Lepas tu berenti keja.

Tapi masa belum confirm lagi. Aku bz sikit 2-3 minggu ni. Hampeh kan. Heee...

Dengan ongkos nak kena kumpul. Roadtax pulak nak mati Jumaat ni. Aiyooo... Botak kepala ooo pikir pasal duit ni.

Dah la tadi call HQ tanya pasal pertukaran tu frust aje jawapan yang aku dapat. Sebab ada orang dah tunggu 6-7 tahun la. Ape la. Kena tengok pemberat nak pindah la. Apa penting nak pindah la.

Jadi boleh la memikirkan alternatif lain selain daripada mintak tukar yang zaman bila nak dapat tu.




Berkhidmat untuk negara..... la sangat......

Aku kan kalau boleh malas sangat nak buat entry marah-marah, merungut segala mak nenek. Especially bab keja.

Tapi aku tengah berbulu je ni. Naik-naik keja berlonggok tu aku tak kisah. Memang fadan muka la kan cuti lama-lama.

Yang aku kisah sebab ada function 2 minggu berturut-turut hari Ahad. Lepas tu memang muka aku ni la kena aim suruh pi. Just sebab perkataan kat situ registration untuk sistem dot dot dot... 

Ahad ni n ahad depan. N ahad lagi depan aku kena pi PD pulak ada perjumpaan untuk pegawai anak-anak tiri kat jabatan lain ni. So, cuba bagitau aku bila masa aku nak balik kampung?

Bila aku nak jumpa Amir yang dah cerdik. Dah pandai merajuk dengan ummi. Dah pandai cakap 'amau' (tu maksud dia tak mau).

Kalau orang kesian condition aku ni tak apa. Ni setakat faham tapi tak kesian. Bukan tak ada orang lain boleh pi. Tapi semua pun nak elak. Dengan keadaan sebagai anak tiri ni lagi la kan. Memang harus la ko jadi macam bawang merah tu.

Aku emo.

Dah, malas nak membebel. Kejap lagi mau angin naik kepala. Dah la hari ni puasa. Kurang pahala puasa aku.




Pertolongan diperlukan.. Di manakah lokasi ini????

Disebabkan aku adelah buta jalan. Kat sini aku nak tanya sikit.

Siapa orang Klang? Tolong la aku ye.

Ada function hari Ahad ni. Aku tak tau la boleh pi ke tak. Maybe hantar anak buah kot. N sorang pun tak tau address kat surat yang diorang hantar ni. Nampaknya bukan aku sorang buta jalan. Muahahaha!

Addressnya adalah, Jalan Tangkak 1/KU 1, 41400 Klang.

Aku try google map haram tak jumpa. Tanya orang kat opis ni lagi la diorang ni macam terkulat-kulat. Orang Klang sendiri pun macam blur-blur. Apekah???

Jadi kalau ada orang Klang yang memang sangat terror boleh bagitau tak kat celah mana sebenarnya jalan tangkak 1/KU 1 ni.




Selamat Hari Raya Part 2

Assalamualaikum :)

Hari pertama masuk opis balik lepas 2 minggu kat kampung cuti raya. Mood keja pasti la masih di takat beku. Huhuhu...

Rindu betul kat Amir. Hari ni dia kena cucuk. Cucuk untuk setahun. Lambat sebulan sebab aku balik hari tu bawak dia pi klinik amik berat dengan tinggi je. Rupanya nak cucuk setahun kat klinik kesihatan kat kawasan rumah aku tu diorang set hari Isnin je pulak.

So, hari ni Abang Misai la bawak Amir pi cucuk. Jangan dia meragam dah la. Hari tu masa nak amik berat dengan tinggi pun macam kena dera punya la takut dengan orang lain. Peluk ummi memanjang.

Sambung la cerita raya ok. Raya tahun ni macam tak berapa meriah kot. Pada aku la. Sebab tekak aku ni tekak ala jawa. N family husband tekak utara memang sangat la tak matching ok.

Mak mentua aku masak kuah kacang dengan kari ayam aje. Dia pun tak berapa nak larat. Aku nak masak karang dia tak bagi. Hahahaha! Alasan.. ;p

Aku tak reti makan kuah kacang dengan nasi impit ye. Maka terima la kari ayam seadanya. Tekak pulak teringin sangat nak makan rendang dengan kuah lodeh. Simpan je la angan-angan tu.

Raya tahun ni aku beli jubah. Di samping senang main sarung je. Kelebihan jubah ni tak menyekat perut ko nak makan banyak mana pun macam baju kurung. Tak rasa sengkak. Hahahaha! Bernas tak pemikiran aku. Wakakaka! Lepas tu baru menyesal bila tengok perut macam pregnant 4 bulan hasil makan tak ingat dunia. *nanges*

Sebab bernas sangat Abang Misai pun follow idea aku dengan pi beraya rumah sedara mara pakai kain pelekat dengan baju melayu je. Konon boleh terus solat Jumaat. Cet! Dah la aku nak belikan baju melayu pun dia tak nak. Dah tak sedondon dengan aku n Amir.

Keluar rumah pi ziarah kubur arwah pak mertua aku dulu. Lepas tu ke rumah pakcik makcik laki aku. Dapat dipastikan hidangan utama dari rumah ke rumah adalah laksa ye. Huhuhu... Aku nak makan rendang. Wuwuwuwuwu...

Ada la pi beraya 3 buah rumah. Lepas tu balik sebab petang tu Abang Misai keja. Bosan kan. Malam tu akak aku ajak pi rumah tok aku laju je aku ikut. Dengan Amir sekali aku angkut.

Kaki Amir dah tegap dah. Merata dia berjalan. Belikan pulak kasut raya ada lampu lip lap. Lagi seronok la dia nak berjalan. Petang-petang je tarik tangan ummi dia ajak tawaf 1 jalan kat rumah tu. Lepas tu main pasir. Huhuhu....

Tu je la raya aku tahun ni. Dengan laki kena keja. Nak berjalan pun susah. Tahun depan sila amik cuti siap-siap ye suamiku. Kalau tak nampak la muncung sedepa aku ni tahun depan. ;p;p;p




Sunday, September 19, 2010

Rindu sama Amir yang sangat bijak

Salam

Sungguh tak ada mood hari ni. :(:(:(

Aku dah ada dekat Shah Alam. Semalam lagi dah sampai. Drive all da way non stop dari hentian Juru ke Shah Alam ye. Sila kagum dengan aku. Macam nak cramp kaki aku. Lepas tu kejar adik aku yang drive laju gila babun. Bawak kelisa tapi press minyak sampai 140. Apekah???

Stop kat hentian Juru tu pasal nak makan. Aku kebulur. Dari hentian Juru pukul 1.15 camtu. Sampai Shah Alam pukul 4.20. Korang kira sendiri berapa jam. Aku bab mengira memang tak suka ok. Nak congak lagi tak suka. Huhuhu...

Jalan pun clear. Tak jammed. Alhamdulillah la. Laki aku dah takutkan aku kata jalan mesti jammed la, ape la. Heee... Dah la aku kat jalanraya ni memang mulut puaka tebing hiway je. Hahahaa!

Eh, aku tak ada mood la. Sebab rindu kat Amir. Amir dah bijak sangat. Sob.. Sob.. Lagi sedih la aku nak tinggalkan dia.

Bayangkan sepanjang aku kat kampung dia memang melekat aje dengan ummi dia ni. Ummi pi mandi dia melalak. Ummi nak memerut dia pi intai dari bawah pintu toilet. Hahaha!

Ummi pi dapur nak makan dia ikut. Mana ummi pi semua dia ikut. Abah dia ada pun dia tak heran. Nak dengan ummi je. Siapa yang tak sedih. :(:(:(

Pagi tadi bangun pun Abang Misai kata dia dok tunjuk-tunjuk tempat aku selalu tido. Asek panggil-panggil. Sebab dia tak reti nak panggil ummi dia panggil aku ma. Sehari ni keja dia melepak je. Selalu pagi-pagi dah terkinja-kinja nak ikut abah naik motor. Ni baring je kat katil dia.

Sedihnya ummi teringat kat Amir. Nak meleleh air mata baca sms Abang Misai yang Amir dok cari-cari ummi dia. Jenguk-jenguk dalam bilik tapi tak jumpa. Waaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!

Aku sedih sangat ni. Aku rindu gila kat Amir. Aku dah nangis ni. Tolong pujuk aku. :(:(:(

Sob... Sob....

Notatapaktangan : entry sume takde pic... Malas nak upload sebab mood ke laut.... Rindu sangat kat Amir.... :(:(:(