SaYa SayaNg AnDa :)

Friday, July 10, 2009

Semalam memerap kat rumah

Abang Misai tak ada. Dia pi sembahyang Jumaat. Maka aku boleh curi-curi mengupdate blog. Ahahaha...


Hari ni masih di rumah. Cuti lagi. Semalam pun cuti. Bahagia sungguh duduk kat rumah. Isnin masuk kerja mesti tekanan. Huhuhu... Dengan anak buah pi kursus seminggu pulak. Waahhhh!!!


Semalam tak pi mana-mana pun. Pagi hantar adik aku pi kerja. Lepas tu pukul 9.50 ke Perodua Glenmarie. Tapi kereta tak servis pun. Sebab aku rasa macam bangang nak mati aje ke sana. Buang masa oke. Korang jangan lah pi sana. *menghasut*


Ye lah. Aku dah buat appointment. Biasa kalau kita buat appointment mesti terus kena entertain kan. Tak adalah kau nak menunggu lama-lama. Tapi di sana tidak yeeeee....


Nak cari parking dah satu hal. Kereta depan perodua tu bersusun-susun. Tak apa lagi tu.


Bila dah masuk dalam tu greeting ok lah. Senyum segala. Tapi bila jumpa service advisor dia memang aku dengan laki aku rasa macam nak hentak. Huhuhu...


Service advisor adalah lelaki. Mukadimah lebih kurang macam gini lah.


Service Advisor : Nak servis ke?

Husbandku : Ye. Nak servis lah. *abes tu aku datang tu nak buat apa pulok*

Service Advisor : Dah berapa km kereta tu, jenis apa?

Husbandku : MyVi. Dah 15 ribu km.

Service Advisor : Dalam buku ni patutnya 20 ribu km baru service cik.

Aku : Sebelum ni saya pi seksyen 15. Diorang yang letak kat sticker tu 15 ribu kena datang servis.

Service Advisor : Biasa lah tu. Diorang nak duit je. Bisnes kan.



Aku tengok laki aku, laki aku tengok aku. Ada pulak jawab macam tu. Dah lah dekat seksyen 15 tu wakil servis diorang jugak.


Service Advisor : Datang balik lah bila dah 20 ribu km.

Husbandku : Tapi kereta tu ada problem jugak. Tak boleh servis ke?

Service Advisor : Boleh. Apa yang problem?

Husbandku : Oil filter dia bocor lah. Minyak macam meleleh je. Lepas tu bila brake aje ada bunyi eeekkkkk.. Macam bunyi ngilu tu. Sebelum ni wife saya dah 2 kali hantar ke seksyen 15 tu. Tapi still problem sama.

Service Advisor : Kalau macam oil filter tu kena bayar lah. Brake tu FOC je. Tapi dalam pukul 3 baru boleh siap. *sambil godek-godek pc dia*

Aku n Husband : Lamanya...

Service Advisor : Memang lah sebab sekarang pun dah pukul 10. Pukul 12.30 kita orang rehat. So dalam pukul 3 baru boleh siap.

Aku : Tapi saya dah buat appointment. Kenapa pulak lama sangat nak kena tunggu.

Service Advisor : Appointment tu just untuk masuk register je. Cik still kena tunggu turn jugak. Lagi pun pukul 12.30 kami rehat.

Aku : Macam tu baik saya tak payah buat appointment. *masa ni dah agak berasap*

Service Advisor : Kalau cik buat appointment pukul 8 tak apa lah.

Aku : Semalam saya call kata pukul 8 dah penuh.

Service Advisor : Saya tak boleh nak buat apa-apa cik. Lagi pun pukul 12.30 kami rehat.


Eeeeiiii... Aku rasa macam nak telan aje mamat depan aku ni. Berapa kali kau nak bagitau kau rehat pukul 12.30. Aku belum pekak lah.


Aku pelik bin ajaib dengan diorang punya servis ni. Pada aku kalau kau dah buat appointment memang for sure lah kereta kau terus masuk bengkel kan. Nak tunggu turn apa lagi. Kalau macam tu baik kau datang je terus menonong tak payah buat appointment. Still kena tunggu turn jugak.


Lepas tu asek lah nak ingatkan aku yang diorang ni rehat pukul 12.30. Apa jadahnya. Nak terkeluar taik telinga tau tak. Company macam tu sekali rehat semua pi rehat ke? Tak ada buat stagger break ke? Setau aku lah, selalunya kalau company yang busy-busy ni memang akan rehat ganti-ganti. Ini tak. Aseklah nak tekankan company kau rehat pukul 12.30.


Sudahnya aku dengan Abang Misai blah aje dari situ. Tak jadi aku nak servis kereta dengan peel pelik-pelik. Buang masa aku betul.


Balik tu terus masak ayam kukus. Laki aku mengidam pulak.


Petang amik adik aku balik kerja.


Balik rumah lepak-lepak. Tibai sandwich kawan aku bawak balik dari opis dia sampai 6 keping. Lepak lagi.


Malam tu adik n housemate aku ajak tengok Ice Age tapi aku dah tak larat. Diorang pi tengok Ice Age aku kat rumah terbongkang sampai pagi tadi.


Hahahaha...


Boring aje Abang Misai sebab aku tido awal. Sori lah, i penat sangat semalam.


Hari ni lah baru nak pi tengok Ice Age. Best... Best...




3 comments:

-inay- said...

mmg bodo kan system...sbb tuh aku slalu tinggalkn je keta kt situ...mls nk layan alasan2 mereka nih

amiys said...

-inay- - sgt bodo kot.. huhuhu.. nak tinggalkan keta xleh pulok... sbb xde sape nak tolong amik...

puteh jelita said...

mntk maaf la cerita da lame tp sy nak mencelah sket..

sy slalu kena anta keta2 bos ke perodua ni..

sy pun bengang gak dgn mamat perodua glenmarie ni.. yg putih2 nama mula huruf F & pakai spec..

anta kul 8.30 pg mmg confirm smp 12 br keta tu keluar or dorg bg tau keta da siap cik..

dush3.. sy rs yg oke, cume service advisor yg kepala botak tuh.. haha..