SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 20, 2009

Kerana telur dadar... ^_^

Huiii... panas macam dok dalam microwave.


Aircond kat opis ni rosak ke hape ntah. Berpeluh ketiak-ketiak dah ni. Pakai deodorant sebotol kalau dah berpeluh penuh sebaldi pasti lah masam jua. Hohohoh...


Aku online guna broadband ye. Server opis adalah lembap tahap rasa nak pi masuk bilik server pastu siram air biar rosak terus. Tapi sebab depan bilik server ada cctv maka niat jahat itu terpaksa dicancel saje.


Mood untuk buat kerja bila suhu adalah panas pasti lah tidak di kadar optimum. *guna ayat matematik tu*


Aku banyak kerja ni. Tapi buat-buat macam tak ada kerja. Boleh gitu?


Sebenarnya nak cerita pasal breakfast kat hotel semalam. Hehehe...


Semalam time breakfast lepas amik makanan aku teringin lah nak makan telur. Pi lah suruh adik aku mintakkan dekat egg counter. Diorang akan masak time kita mintak tu.


Aku teringin nak makan telur dadar. Mat salih kan panggil omelette. Adik aku pun pi lah mintak kat tukang masak tu.


Maybe dia tak dengar kot adik aku kata omelette. So, dia tanya lagi sekali. Adik aku pun jawab lah,


'Telur dadar 1 bang.'


Adekah brader tukang masak tu senyum-senyum kambing lepas tu tanya lagi,


'Omelette ke telur dadar?'


Adik aku yang dah bengang ni kata lah,


'Sama lah tu. Omelette tu bahasa orang putih. Telur dadar bahasa melayu.'


N brader tu pulak kata,


'Mana sama dik.'


Dan pagi itu adik aku dah menjadi bahan gelak kepada tukang masak itu dan kawan-kawannya ye. Sampai semua handai taulan dia bagitau.


Aku mula-mula pelik lah apesal lah mamat-mamat tu tengok aku dengan adik aku sambil tersengih-sengih. Rupa-rupanya sebab telur dadar. Huahuahaua...


Kesian adik aku kan.


Aku pesan kat adik aku lepas ni kalau diorang buat lawak bangang macam tu lagi cakaplah 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Kalau tak cukup nyanyi sekali lagu,

"Gunakan lah bahasa kebangsaan kita, Marilah gunakan ramai-ramai..."


Nyanyi harus penuh dengan semangat patriotik biar brader-brader senget tu malu sendiri. Huahuahaua...


Dengan itu adik aku telah bersumpah tak nak order lagi telur dadar kalau pi hotel. Wakakakaka...



No comments: