SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 6, 2009

Menuju Puncak!

Dah abes meeting. Punya lah lama dalam bilik meeting. Panas pulak tu. Air cond cap ayam tak function pulak hari ni.


Tapi sebelum meeting sempat makan lempeng pisang kelapa. Mengidam punya pasal. Adik aku lah jadi mangsa kena buatkan. Gigih cari resepi dalam internet. Ahahhaha....


lempeng pisang kelapa.. yummy... yummy...



Mula-mula teringin lempeng kelapa je. Lepas tu abah beli pisang pulak semalam. Nak suruh anak dia rajin makan buah-buahan supaya senang melawaskan diri. Ngehehehe...


Dah ada pisang tu terus lah dari lempeng kelapa jadi lempeng pisang kelapa. Pagi tadi baru bancuh adunan n masak. Sebab semalam adalah super duper letih.




Semalam aku, abah n 2 orang adik aku menuju puncak ye.


muka sebelum menuju puncak adalah begini... ala-ala ayu...



Bukan AF ok walaupun ada ala-ala sebab dok bawak beg seret tu tapi sebab menghantar adik aku ke Puncak Alam. Kampus UiTM yang baru bukak tu. Adik aku yang sorang ni fakulti dia kena pindah ke sana.


Dah lah tak ada signboard nak pi sana. Nasib baiklah aku pernah jugak lalu lalang ikut jalan tu masa nak pi rumah pakcik aku kan. So, macam orang expert lah ni.


Dan kampus itu sangat terperosok ke dalam hutan banat. Sebab diorang nak buat kampus mesra alam. Hoooo... Dari simpang nak masuk ke dalam tu aje aku rasa dah dekat 3km kot. Memang confirm kena ada kenderaan. Basikal pun tak apa lah.


Nak mendaftar kolej pulak nun jauh di atas bukit. Jalan dia macam nak ke Genting Highland tu. Hamik ko. Jammed atas bukit adalah amat tak digemari bagi pemandu kereta manual macam aku ok.


Tak ada masa aku nak tukar gear 2. Gear 1 manjang. Jalan sikit stop, tarik handbrake. Jalan sikit stop, tarik handbrake. Kaki aku ni dah macam nak tercabut dah.


Dengan panasnya, lapar pulak lagi. Nak terkencing tu jangan cerita lah. Tahan aje sepanjang masa. Wuwuwuwu... Kalau buleh kencing dalam botol aku dah buat dah.


Jalan jammed tu sebab kat atas bukit kat kolej tu tak banyak parking. Lepas tu dari jalan 2 lane jadi 1 lane. Siapa yang buat pelan UiTM ni memang lah kena sumpah aje semalam aku rasa. Sempit nak mati.


Jangan tak caya ada Ford Ranger boleh rosak tengah jalan sebab mendaki bukit tu ek. Time aku balik pun still tersadai kat situ. Kesian aku tengok pakcik tu.


Sampai atas tu pulak tak ada parking. Jenuh mencari ni. Rupa-rupanya ada padang kawad yang diorang jadikan parking lot tapi tak letak apa-apa sign tunjuk bahawa padang kawad adalah parking lot. Berbulu betul aku yang meredah jammed ni tau tak.


Pic untuk menunjukkan bahawa aku tensi dalam jammed tak snap pun. Lupa... Masa tu aku ingat nak terkencing jek. Huhuhu...


Yang diorang ni pun dah tau orang mesti ramai nak menghantar budak-budak register buat lah plan betul-betul. Ni dah susahkan orang. Hish....


Sampai sana dalam pukul 12 lebih. Lepak sampai pukul 2. Tunggu adik aku isi borang segala. Then angkat barang-barang dia. Nasib baik tingkat 1 je. Tak payah susah payah nak menunggu lif. Angkut naik tangga setingkat.


muka masa kat puncak time tunggu adik aku sorang lagi tengah register dah macam hape... protes la tu kununnya.. tudung pun dah senget benget... sangat penat oke.



Lepas tu challo lah. Apa lagi nak tunggu lama-lama. Nak hantar abah pi stesen komuter lagi sebab train abah balik Penang pukul 8 malam.


Sampai Shah Alam pukul 3 lebih mencecet cari kedai makan. Kebulur gila.


Then, balik rumah kejap. Lepak-lepak. Pukul 5.50 macam tu pi hantar abah ke stesen komuter pulak.


Balik dari stesen komuter terus terbaring kat rumah.


Dalam pukul 8 aku dah pengsan sampai lah pukul 1 pagi tadi. Ada makhluk bangang be'racing' dekat jalan sebelah flat aku duduk tu dah buat aku terjaga dari tido dalam keadaan terkejut beruk.


Tak reti-reti nak tido agaknya. Aku sumpah masuk longkang baru tau. Mengganggu keamanan sejagat betul.


Nak test power pi litar Sepang lah. Ni dekat kawasan rumah orang. Memang tak sekolah betul.




No comments: