SaYa SayaNg AnDa :)

Thursday, July 30, 2009

Keterlupaan yang kronik

Apesal lah semua benda pun aku nak lupa sekarang ni ek.


Tengahari tadi time nak pi solat aku lupa something. Masa tu dah sampai depan surau dah.


Rasa muka dengan tangan semua dah wuduk. Apesal macam ada benda tertinggal ni. Aku dok la pikir depan pintu surau tu.


Ya Rabbi!!! Aku lupa nak wudukkan kaki aku. Huhuhuhu... Sampai macam tu sekali tahap keterlupaan aku.


Dah patah balik ke toilet.



Tapi aku bukan nak story pasal tu je.



Aku lapar.. Sob.. Sob.. T_T


Lunch aku ni jek haaa.....


Bubur segera dalam cawan



Sadis tak... Semua sebab bekal tertinggal. Lepas tu tak ada siapa yang nak keluar nak kirim beli makanan. Aku dah tak larat nak jalan. Kedai jauh. Kena drive. Lagi lah malas kan.


Aku agak jakun masa makan benda alah ni. Sebab aku tak pernah makan bubur dalam cawan. Meggi selalu lah.


Bukak-bukak je aku dah confuse.


Ni bubur ke polisterine hancur?


Belum taruk air panas maka rupanya begini



Rupa bentuk sebijik macam polisterine yang dah kena hancurkan tu ek. Aku ni dah kena tipu ke????


Aku tanya adik aku. Sebab dia yang suka makan bubur cawan ni. Adik aku kata memang lah rupa dia macam tu. Takkan nak taruk beras pulak. Itu kan bertih beras. Kalau taruk beras bila tahun lah nak jadi bubur setakat guna air panas.


Hohohoh... Mana lah saya tau. Tak pernah makan maaaa....


Dah letak air panas n gaul-gaul dengan perisa



Rasa dia boleh lah.... Setakat nak buat alas perut.


Tapi aku masih kebuluran. Hukhuk....


Balik ni nak makan apa ek?



No comments: