SaYa SayaNg AnDa :)

Monday, July 13, 2009

Nak kena kuarantin diri sendiri ke ni?

Mood di pagi hari Isnin setelah bercuti-cuti Malaysia selama 4 hari termasuk Sabtu dan Ahad adalah sangat tak best.


Kemalasan ok.


Bukan malas aje. Kena pulak hari ni aku kena cibi. Hadoi laaaaa!!!!


Pukul 4 pagi terbangun sebab perut sakit. Dah ke bilik kecik lah tujuannya.


Sampai rasa macam nak sapu minyak panas je kat perut ni. Tapi karang ada anak aku bagi terajang sebab kepanasan. Gila kot ummi dia nih.


Lepas mandi nak pi kerja pun masuk balik bilik kecik tu. Adededes...


Tengah dok menaip ni pun sakit perut lagi ni. Confirm jap lagi ke jamban jugak.



Oh... Jumaat lepas adik aku yang kat UiTM Melaka datang rumah. Nak amik segala barang dia yang simpan kat rumah aku. Malam Sabtu kawan dia dok sms.


'Wei, blok kita dah ada yang kena selsema babi lah. Abes lah kita.'


Malam semalam tengok buletin utama memang confirm UiTM Melaka ada yang positif selsema babi tu. Hooooo....


Tiba-tiba rasa bertanggungjawab nak kuarantin diri sendiri. Huhuhu.... *padahal pemalas nak mati nak pi kerja*


Betul lah kan. Sebab adik aku cerita kat blok dia tu ramai yang dok selsema sekarang. Dia balik hari tu pun dah bersin-bersin aje.


Sangat ngeri... Nak kena pi klinik ke ek?



No comments: